Monday, January 4, 2010

Lagu Rasmi Imigresen Malaysia


Monday, January 4, 2010





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Sumbangan Kecil

Kira-kira sebulan dua yang lalu aku tergerak ha
ti untuk melayari laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ada maklumat penting yang ingin aku cari. Aku nak tahu sesuatu tentang JIM. Cari punya cari aku telah membuka halaman Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat JIM. Aku terlihat pada tanda 'lagu rasmi' (anthem) JIM. Bila aku tekan pada 'punat' tanda lagu itu keluarlah senikata lagu rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Tiada langsung catatan nama pencipta lagu atau nama penulis liriknya. Namun demikian aku terus meneliti senikata yang terpapar di situ. Rasa macam biasa sangat dengan lirik lagu itu. Sejurus kemudian aku sedari akulah yang telah menulis lirik lagu tersebut pada tahun 1980! Lagu itu masih ada dalam simpananku. Dalam buku skrap kerja seniku.



*{ Klik untuk imej lebih besar}

[Allahyarham Encik Hamid Baharudin dan Loh Wai Lan
memerhatikan Penulis bermain piano dalam sesi muzik
Kelab Muzik JNS,Kementerian Pelajaran Malaysia
sekitar tahun-tahun 1980-an]


Aku tidak berlengah lagi. Mesti cari siapa yang boleh aku hubungi untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Nak beritahu orang JIM siapa pencipta dan siapa penulis lirik lagu rasmi mereka. Aku bukan nak tuntut royalti. Aku cuma nak hasil karya kami d
iberikan sedikit akuan. Mungkin selama ini pihak pengurusan JIM sekarang tidak pernah mengetahui kami berdua yang terlibat dalam pembikinan lagu rasmi mereka. Maklum saja perkara itu telah berlalu begitu lama. Dan, rakan sejawat aku yang mencipta lagu itu pun sudah tiada.


*[Klik untuk imej lebih besar]

Aku terus melayari laman web yang memaparkan senarai terbaru nama para pegawai Jabatan Imigresen. Aku terlihat akan nama dan alamat email seorang Pegawai Imigresen Tinggi di Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat (Unit Hubungan Luar). Pegawai itu bernama Lily Liew. Maka pada 18 Disember 2009 aku pun menghantar suatu email kepadanya dengan salinan kepada Ketua Pengarah Imigresen. Aku sertakan surat penghargaan yang aku terima daripada JIM sekitar tahun 1980 dahulu sebagai bukti.
*[Klik pada surat untuk imej lebih besar]


Aku menerima panggilan telefon daripada Sdri Lily Liew tiga empat hari selepas aku menghantar email kepadanya. Beliau menjelaskan bahawa (selepas berbincang sesama pegawai yang berwajib) telah dipersetujui nama kami berdua dicatatkan masing-masingnya sebagai pencipta dan penulis lirik yang terlibat dalam pembikinan lagu rasmi JIM. Aku bersyukur sekurang-kurangnya sumbangan kecil aku dan rakan sejawatku Allahyarham Abdul Hamid Baharudin diambil ingatan.Terima kasihlah Sdri Lily Liew dan terima kasih juga kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Namun, alangkah baiknya kalau ada surat bertulis daripada golongan baru pihak pengurusan JIM dihantar kepada aku . . . menyatakan dengan ringkas akuan yang bersesuaian dengan gaya masa sekarang . . . (walaupun surat yang lama dahulu tentunya masih relevan !). Dapat juga aku simpan sebagai kenang-kenangan yang diperbarui.

Sambil itu ingatanku kembali pada kawan lamaku yang 'sempoi' dalam episod blog terdahulu "What's Your Contribution?". Bila dia bertanya apa sumbanganku kepada masyarakat . . . dan aku jawab tak ada apa-apa . . . kawanku itu lantas mengatakan aku warga yang baik . . . semata-mata kerana aku tak timbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana pihak pun. Menurutnya dengan tidak menimbulkan apa-apa masalah itu aku sudah cukup menyumbangkan sesuatu yang baik kepada negara!

dan, ... ... ... agaknya kalau ketika itu dia tahu aku dan rakanku sama-sama berusaha sehingga wujudnya lagu rasmi JIM (walaupun kecil sangat sumbangan kami itu) apalah pula agaknya tindakan kawan lamaku yang 'sempoi' itu nanti. Aku yakin dia tidak akan teragak-agak memberikan aku penghargaan dalam bentuk yang sangat 'sempoi' juga tetapi berkesan!

Maka jika ada anggota pihak berwajib JIM terbaca akan tulisan dalam blog aku ini . . . haraplah mereka akan berfikir seperti kawan lamaku yang 'sempoi' itu juga.




Blog @: Bamuda d'SUARANG

0 comments:

Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment




Sunday, January 3, 2010

Hendak Seribu Daya


Sunday, January 3, 2010



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Akhirnya 'Tak Nak' Jua



Seperti yang aku janjikan kelmarin ... ini lanjutan cerita bagaimana aku berhenti merokok. Tidak ada sebarang petua yang aku ikut. Tiada apa-apa pantang yang aku turut. Aku cuma berpegang kepada ketabahan hati dan keazaman diri. Aku percaya dengan ungkapan "Hendak Seribu Daya". . .

Dulu pada suatu ketika dalam tahun-tahun 80-an aku pernah berhenti merokok. Aku cuba mengunyah bunga cengkeh dan memakan gula-gula dsb. kononnya sebagai ganti. Tak menjadi. Lepas empat bulan berhenti, aku merokok kembali. Malah makin menjadi-jadi. Tak mujarab. Aku merokok semakin kerap!

Aku terfikir akan suatu resmi biasa manusia. Barang yang mudah dapat mereka tak suka. Barang yang sudah terlalu banyak jadi tidak berharga. Sesuatu yang berlebihan boleh memualkan. Aku terfikir lagi apa salahnya aku cuba 'membosankan' diriku dengan melihat terlalu banyak rokok di merata-rata kelilingku. Baik aku praktikkan teori mudah sendiri-sendiri ini.

Aku pun membeli berkatun-katun rokok. Aku biarkan tersimpan di sana sini. Lantaklah terletak di mana pun. Aku biarkan saja kotak-kotak rokok yang belum dibuka, yang penuh, yang separuh penuh,yang hampir kosong dan yang sudah kosong tersepah di merata-rata. Di rumahku, di pejabatku, di dalam keretaku. Pendeknya di mana-mana tempat kebiasaanku. . . Aku akan terlihat rokok, rokok dan rokok!

Rokok yang telah aku hisap seluruh atau separuh akan aku biarkan bertaburan di tempat-tempat kebiasaanku yang tersebut tadi. Aku tak benarkan sesiapa mengemas tempat-tempat itu. Aku tak mahu puntung-puntung rokok itu dibuang.

Paling drastik . . . apabila aku teringin sangat hendak merokok aku letakkan saja sebatang rokok di bibirku. Aku biarkan rokok itu berada di bibir selama waktu yang aku mahu. Aku tidak menyalakannya! Biasanya tembakau rokok itu akan basah dan rokok menjadi lembut atau patah kerana disalut air liur secara berterusan. Bau tembakau yang bersalut air liur . . . tahu-tahu sajalah . . . memang tidak menyenangkan!

Aku ingat aku selalu berbuat demikian ketika memandu kereta dari rumah ke pejabat pada setiap hari bekerja. Jarak perjalanannya tidak jauh. Hanya kira-kira 50 kilometer. Tetapi, laluan merentas jalan yang sentiasa sesak dengan 'jam' dan seribu satu macam kerenah pengguna jalan raya memang mencabar kesabaran. Dan, ketika itulah pula aku sentiasa ketagihkan rokok! Aku akan melakukan perkara yang serupa berturut-turut hari, minggu dan bulan. Sepit rokok yang tidak dinyalakan api pada celah jari atau bibir.

Aku juga masih ingat akan ada mempunyai sebatang rokok yang tidak dinyalakan tersepit sama ada di celah jariku ataupun di celah bibir hampir setiap waktu aku berihat atau bekerja. Pada waktu-waktu begitu ramai ahli keluarga dan kawan-kawanku agak kehairanan melihat telatah aku. Mereka selalu menegur kenapa aku tidak menyalakan api pada rokok yang macam hendak aku hisap itu! Mereka mungkin ingat aku terlupa berbuat demikian . . . Pada hal mereka inilah juga yang kuat mendesak aku supaya berhenti merokok. Agaknya mereka sudah bosan menasihati aku. Lantas pegang saja pada ungkapan Inggeris,"You can't beat them join them". Mujur mereka itu tidak ekstrem sampai terikut jadi perokok pula!

Sesungguhnya (pasti dengan izin-NYA jua), lama-lama usaha aku itu berkesan. Aku jemu melihat rokok. Aku hilang rasa ketagih terhadap rokok. Kepada asap rokok pun aku sudah tidak sudi. Aku jadi benci. Aku tidak teragak-agak. Aku dah 'Tak Nak' (curi ilham iklan nasihat KK le sikit).

Sekian ceritanya. Pengalaman aku tentang usaha berhenti merokok. Ini cara aku sendiri. Aku lakukan semampu aku. Kalau nak cuba ... ... ... cubalah. Atau, kalau ada cara lain yang lebih sesuai ... ... ... lakukanlah. PEROKOK BOLEH Insya Allah!










Blog @: Bamuda d' SUARANG

0 comments:

Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment







Tuesday, December 29, 2009

Tiada Kata Secantik Bahasa




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


"Adakah ..."


Ini kisah anak kecil yang baru mula belajar bercakap. Perhatikan mereka cuba menuturkan sesuatu dengan gaya atau cara tersendiri. Tutur kata mereka biasanya melucukan. Kata yang terucap memang tidak cukup jelas. Mungkin pelat. Mungkin tergagap-gagap. Tidak mengapa. Mereka tetap mencuba!


Kecuali seorang, anak-anak aku yang lain, cepat dapat bercakap. Mereka sudah boleh bertutur dengan teratur pada usia yang awal. Mereka rata-ratanya mula bercakap dalam lingkungan usia 10 bulan hingga satu tahun. Tetapi anak lelaki aku yang seorang ni lain sedikit. Dia tidak boleh berkata-kata sehingga mencapai umur 1 tahun 4 bulan lebih kurang.


*[ Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Penulis, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]

Kami sekeluarga risau dengan perkembangan 'vokalnya' yang tidak 'mantap'. Dia hanya boleh menunjuk dengan tangannya kepada sesuatu yang dikehendakinya. Apabila dilayan bercakap dia akan berdiam diri. Dia akan memandang sahaja kepada muka sesiapa yang bercakap itu. Isteriku yang paling risau. Pernah dia menyarankan supaya anak ini dibawa berjumpa doktor pakar. Minta diperiksa kerongkongnya atau kotak atau peti suaranya. Isteriku risaukan anak kami itu kot-kot 'bisu' ... aku pun sebenarnya risau ... tapi buat-buat relaks aje.


*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Penulis, Halim Zaharyn]


Hendak jadi cerita, suatu petang pada tahun 1980/81, Basri Omar datang ke rumahku. Basri adalah adinda saudaraku. Dia ketika itu seorang pegawai tentera berpangkat mejar. Basri dan isterinya Zawiyah Abdul Aziz (masa itu mereka belum punyai cahaya mata) memang tinggal setaman dengan kami di Selayang pada waktu itu. Mereka berdualah yang rajin datang 'menjenguk' kami sekeluarga. Tetapi pada hari itu Basri berkunjung ke rumahku bersendirian sahaja.


*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 8 Oktober 1988. Foto ini dirakamkan 8 tahun selepas peristiwa dalam blog. Sekadar memperkenalkan keluarga Basri dan Zawyah)

[Kiri ke kanan: Basri Omar memangku Siti Nur Asilah bt Basri, Zawyah Abdul Aziz memangku Muhammad Fitri bin Basri]
[Berdiri: Siti Nur Nazihah bt Basri]


Ketika Basri sampai di pintu pagar masuk ke rumahku, anak yang diceritakan ini sedang bermain-main. Dia berlari-lari di kawasan lapang depan ruang tamu. Kalau tak silap aku dia sedang melakukan sesuatu 'kenakalan' yang menarik perhatian Basri. Lantas Basri bersuara, "
Adakah ... ..."

Aku dan isteriku nampak anak itu terus terhenti daripada 'beraktiviti'. Dia memandang tepat kepada Basri yang masih berdiri di hadapan pintu pagar sebelum masuk. Basri berkata lagi dengan suara yang kuat, "
Adakah ... ..."

Rupa-rupanya anak itu memerhati sahaja apa yang diperkatakan Basri. Mungkin dia terkejut. Atau mungkin dia asyik membaca gerak bibir Basri. Percaya atau tidak apa yang terjadi selepas itu . . . aku serahkan kepada para pembaca sendiri memikirkan.



*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Alimah, Halim Zaharyn]

Pada keesokan paginya, sedang anak aku semalam itu bermain-main, tiba-tiba tercetus perkataan 'ADAKAH' daripada mulutnya. Selepas peristiwa itu dia terus petah bercakap. Terlalu petah pula hinggakan mendapat gelaran 'datuk' daripada kedua-dua orang datuknya iaitu Baharom Shariff dan Yasin Ahmad!

*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Berdiri di belakang: Penulis]
[Depan kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]

Anak inilah juga yang terlibat dalam cerita blog aku (Permintaan Yang Tulus) ... yang memesan menu goreng ayam jantan di sebuah restoran! Anak itulah Halim Zaharyn bin Abdul Majid . . .

Maka selepas peristiwa sebutan "Adakah ..." itu aku tak perlulah mematuhi saranan isteriku seperti di atas tadi. Tak perlu bawa anakku itu berjumpa doktor pakar untuk mencari di mana tersorok peti suaranya ... peti suara yang selama setahun suku dikhuatiri hilang itu!


Apapun, aku insafi betapa besarnya kuasa Ilahi.



Blog @: Bamuda d' SUARANG

Sunday, December 27, 2009

Budaya Bahasa Daerah


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Serasi Serasikan

Ini secebis cerita tentang isteriku ketika baru-baru berkahwin denganku. Dia orang Pulau Sebang, Melaka. Namun bahasa yang digunakan di daerah kampungnya tetap bahasa daerah Negeri Sembilan. Ini kerana Pulau Sebang terletak bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan. Bukan
bahasa sahaja yang dipengaruhi slanga Negeri Sembilan. Adat dan budaya masyarakat Pulau Sebang juga banyak terpengaruh dengan adat dan budaya Negeri Sembilan yang terkenal dengan amalan Adat Perpatih.

Ceritaku ini bukan hendak mempersendakan sesiapa atau mana-mana pihak. Aku cuma terkenangkan beberapa peristiwa 'lucu' yang menimpa diri isteriku Alimah Yasin. Ketika itu tahun awal-awal 70-an. Isteriku mengikut aku balik ke kampungku di Tapah, Perak buat julung-julung kalinya selepas kami berkahwin. Rumah kampungku itu harta Atuk Sharif dan Opah Aishah aku. Ketika itu ibu bapa dan adik-adik aku tinggal di situ. Bapaku menjaga dan memperbaiki rumah itu supaya terpelihara dan tegap berdiri.


Menyentuh tentang budaya bahasa . . . Bahasa daerah di kampungku amat berbeza dengan bahasa daerah di Pulau Sebang. Slanga Perak daerah kampungku walaupun tak setebal daerah-daerah tertentu di Perak ... masih boleh mengelirukan.

Suatu hari kami berdua dan seisi keluargaku di rumah Tapah sedang bersarapan. Ada banyak makanan yang berbagai jenis terhidang. Tiba-tiba bapaku Baharom Shariff menyuruh isteriku begini:
"Tolong Mah ambikkan roti dalam tin tu. Teringin pulak bapak nak cecah dengan kopi ni."
Alimah terpinga-pinga. Dia memandang aku. Dia seolah-olah mahukan kepastian. Dia memerlukan pertolongan aku. Dia tidak memahami dengan jelas apa yang diperkatakan bapaku.

Aku tersenyum lalu berkata,"Mah, bapak mintak tolong ambikkan biskut dalam tin itu."

Isteriku pun bangun lalu mengambil biskut itu. Kemudian baru aku tahu daripada Alimah bahawa pada mulanya dia amat keliru dengan suruhan bapaku itu. Dia rupanya terfikir adakah memang orang Perak menyimpan 'roti' dalam tin. Patutlah dia melihat sekeliling pada waktu itu dan tercari-cari. Agaknya dia mencari tin besar yang menempatkan 'roti' itu!

Selain daripada istilah 'roti' yang biasa digunapakai dikampungku untuk memaksudkan 'biskut' ada beberapa lagi 'istilah' yang boleh mengelirukan pendengar yang kurang biasa. Contohnya perkataan 'cekelat' yang bermaksud 'gula-gula', 'sia' bermaksud 'mangkuk tingkat', 'sangai' bermaksud 'tudung saji', 'pantalun' bermaksud 'seluar panjang', 'mereket' bermaksud 'pasar', 'tengin' bermaksud 'bodoh', 'teroyak' bermaksud 'menangis' dll.

Sambung balik cerita keliru isteriku. Suatu waktu isteriku pergi ke 'mereket' menemani ibuku membeli ikan dan sayur-sayuran. Sedang mereka berdua membelek-belek barang yang hendak dibeli, datang seorang kerabat keluargaku ke arah mereka. Dia menyapa ibuku lalu bertanya, "Yong, ini ke tunang Majid?"

Ibuku menjawab mengiakan soalan itu. Isteriku keliru lagi! Kemudian dalam perjalanan pulang ke rumah isterku bertanya kepada ibuku, "Mak, kenapa orang tu tadi tanya saya ni tunang Uda (panggilan terhadap diriku dalam keluarga). Kan kami dah berkahwin. Dia tak tahu ke?"

Ibuku selamba menerangkan kepada Alimah isteriku, " Orang kat sini sebut 'suami' tu 'tunang'." Isteriku tunduk diam. Ha . . . Satu lagi istilah daerah kampungku dipelajarinya!


Pendeknya banyak peristiwa begini yang berlaku. Tetapi yang paling melucukan (mengerikan?) isteriku telah berlaku ketika dia sedang mandi di bilik air rumah kampungku. Ketika itu bilik air itu betul-betul di bahagian tepi luar rumah. Bapaku hendak ke kolam yang terletak jauh di belakang dari kawasan rumah. Bapaku menuju ke bilik air rumah terlebih dahulu. Mendapati pintu bilik air terkunci bapaku bersuara,"Siapa dalam bilik air ni?"

Isteriku menjawab," Mah pak."

Bapaku berkata lagi," Ha tolong bagi bapak cebok."

Suasana senyap sepi seketika. Isteriku tidak berkata-kata. Lama juga bapaku menunggu di luar bilik air. Kemudian agaknya baru bapaku teringat. Menantu barunya ini bukan orang Perak. Mesti ada kekeliruan pemahaman 'istilah' ni.

Lalu bapaku pun bersuara lagi, "Ha Mah ... bagi bapak gayung tu."

Kami di Perak mengistilahkan 'gayung' (pencedok air) itu sebagai 'cebok'. Bukannya bapaku tadi hendak 'mencebokkan' menantunya!


tiada kata seindah bahasa,
tiada gambar secantik lukisan ...





Blog: dsuarang.blogspot.com

Friday, December 25, 2009

Ghaz di Baldwin Hill


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Tak Ke Laut Ke Bukit Pun Jadi


Ini aku nak buka cerita sikit tentang kawan baik aku seasrama dahulu. Ingat tak budak yang tak dapat turut serta dengan Geng MBH ke Pulau Pangkor pada tahun 1964? Ha ... Betul dah ... si Ghazali Kamaruddin le, siapa lagi. Tak usahlah kita bangkitkan semula kisah Ghazali 'frust' tak dapat turun ke laut tu. Dia rupanya berazam naik ke bukit pula pada tahun 1968. Agaknya dia yakin kali ini Cikgu Zaharah (bonda yang tercinta) tidak akan menahannya lagi. Dah 4 tahun tambah matang dari segi usia. Dah kerja pulak tu. Memang tepat dia berkeyakinan begitu. Cikgu Zaharah telah membenarkan Ghazali meneruskan hasratnya. Lalu Ghazali pun ibarat 'tersirat niat terlaksana hajat'. Tak dapat selam laut yang dalam, daki sajalah bukit yang tinggi, Li!

Ghazali ke Baldwin Hill di Tapah, Perak. Sebenarnya pada ketika itu abangku, Azman, melangsungkan perkahwinannya. Ghazali menjadi tetamu khas aku sekeluarga. Kalau tak silap dia berada di rumah kami selama lebih seminggu. Dia tidak kekok. Ghazali seorang peramah. Dia juga periang. Paling menonjol sikapnya yang berbudi tinggi dan kelakar. Pendeknya dia disenangi ahli-ahli keluargaku.


*[Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar]
Foto di rakam di rumah keluargaku di Baldwin Hill, Tapah pada tahun 1968

[Semua posisi dari kiri ke kanan --> Berdiri: Eno, Ghazali, Timah, Asmah, Leha, Maznah, Mat dan Aton]

[Duduk: Penulis, Baharom (bapa Penulis), Saliah (ibu Penulis --> pangku Haja), Zainal (--> pangku Udin), dan Hamid]


Selama berada di Tapah, Ghazali sempat aku bawa meninjau-ninjau beberapa tempat yang 'terkenal' di sana. Antaranya, tempat bermandi-manda di "River Corner" (Sungai Batang Padang), "River Gardern" di Jalan Tapah Road (pelik juga dah 'Jalan' ada 'Road' pulak di hujungnya.) Entahlah, begitu yang aku dengar dan tahu daripada cara orang lama di sana menyebutnya. Tapi memang pun pekan kecil yang ada stesen kereta api itu bernama Tapah Road. Jadi, jalan yang menuju ke arahnya dipanggil Jalan Tapah Road.

Ghazali juga sempat pergi mengunjungi beberapa kampung yang berhampiran. Kampung-kampung yang agak pelik namanya. Kg Lubuk Katak dan Kg Beromen (macam bunyi ber- 'romance' dalam bahasa Inggeris.) Dia juga sempat aku bawa ke rumah Atok Shariff dan Opah Aishah aku di Jalan Temoh. (Sebelum wujud Lebuhraya Utara-Selatan , Jalan Temoh yang menuju ke Kampar inilah satu-satunya jalan utama yang amat sibuk digunakan orang menuju ke tempat-tempat di Utara, Semenanjung.) Selain itu Ghazali bersia-siar di deretan bazar pekan Tapah. Dia berkunjung juga ke rumah Atok Abdillah dan Opah Zaidah (datuk dan opah saudara aku) yang tinggal di Kg Datuk.

Kami juga merayau hingga ke batu 7 Jalan Pahang. Jalan yang menghala ke bukit peranginan terkenal milik negeri Pahang. (Pada masa dahulu jalan dari pekan Tapah merupakan satu-satunya jalan yang sempurna keadaannya untuk pergi ke Cameron Highlands. Orang Pahang pun kena naik melalui Tapah untuk ke sana!)

Sambil bergerak ke sana sini di Tapah ketika itu, fikiran aku tetap teringat akan waktu aku dan kawan-kawan seasrama yang lain (Amin, Kamarudin dan Nordin) makan durian di Gombak. Kat dusun rumah Ghazali le. Hampir setiap kali pada musim durian kami akan lakukan 'ritual' itu. Termasuklah mandi di Sungai Gombak yang masih sangat 'murni' keadaannya ketika itu. Kini tinggal kenangan ...

Apapun Li, kami semua berdoa semoga engkau cepat-cepat sembuh. Dah sihat nanti kita teroka episod lain pulak! Insya Allah.







Blog @: Bamuda d' SUARANG