Monday, January 11, 2010

Meriah di Sarawak



Assalamualaikum dan salam 1 Malays
ia



Ada Hikmahnya



Sepanjang minggu 10 Jun 2009 hingga 15 Jun 2009 aku bersama ahli-ahli keluargaku berada di Kuching, Sarawak.


Kami ke sana untuk menghadiri dan meraikan majlis perkahwinan puteriku Mazlyna Hanum bt Abdul Majid dengan Royhai'zam bin Basri. Semuanya kami seramai 22 orang dari Kuala Lumpur.




[Hasnah bersama penulis dan Halmy berjalan masuk
ke rumah pengantin lelaki Royhai'zam Basri]



Majlis kenduri perkahwinan itu berlangsung pada hari Ahad 14 Jun 2009. Suasana majlis memang sangat meriah. Para tetamu yang hadir dengan ramainya menambah seri suasana di Kg Stapok, Jalan Batu Kawa, Kuching di mana majlis diadakan. Aku sangat berbesar hati dengan layanan mesra seisi keluarga sebelah pihak besanku Basri bin Samir dan isterinya Hajijah bt Bujang. Budi baik mereka tetap aku hargai.




[Dari kiri: Roslan, Penulis, Zolkeplay, Halmy]


Aku juga bersyukur segalanya berjalan dengan baik dan lancar sepanjang aku berada di sana dan sepanjang hari majlis diadakan. Maka, terjalinlah silaturahim yang segar dengan sa
udara mara anak menantuku di Kuching khasnya dan di Sarawak amnya. Alhamdulillah.




(Foto dirakam pada 12 Jun 2009 di rumah 'bertanggak' rombongan pengantin)
[Dari kiri: Hasnah, Alimah, Maimunah]




(Foto dirakam pada 12 Jun 2009 di rumah 'bertanggak' rombongan pengantin)
[Dari kiri: Hisyam, Roslan, Penulis]



(Foto dirakam pada 12 Jun 2009 di rumah 'bertanggak' rombongan pengantin)
[ Dari kiri: Hisyam, Roslan, Penulis, Ghazali]

(Ketiga-tiga foto di atas dirakam di Taman Puteri, Petra Jaya, Kuching)



Namun rupa-rupanya ada sesuatu yang akan turut menggembirakan aku di sana selain daripada majlis perkahwinan itu. Peristiwa pertemuan aku dengan adik saudaraku (dua pupu --> datuk adik beradik) dan keluarganya di Kuching! Sudah lebih daripada 50 tahun kami tidak pernah bersua! Hanya mendengar cerita dan sesekali berita yang tidak begitu nyata. Peristiwa berkenaan tidak aku duga akan berlaku dalam suasana yang amat mesra dan muhibah.

Aku bertemu Roslan bin Tajudin dan isterinya Hasnah Aminah Ahmad serta dua orang anak lelaki mereka Saifu
l Hizam (no.1) dan Hisyamudin (no.3). Dua orang lagi anak perempuan mereka iaitu Aina Shahirah (no.2) dan Aiza Adibah (no.4) belum sempat aku temui. Roslan sekeluarga buat masa ini menetap di Taman Sukma, Kuching, Sarawak.

Roslan adalah anak kepada bapa saudaraku Tajudin bin Mohd Said (aku panggil 'Pak Anjang'). Mereka daripada keluarga besarku keturunan Tok Mohd Said bin Ismail. Aku daripada keturunan Tok Mohd Shariff bin Ismail (adik Tok Mohd Said). Sebenarnya Roslan dua beradik di Sarawak. Ada seorang kakaknya di Bumi Kenyalang itu yang bernama Hasnah bt Tajudin. Aku belum berkesempatan bertemu dengannya.




[Roslan dan isterinya Hasnah --> sama nama dgn kakaknya <--]


Pak Anjang Tajudin ketika merantau ke Sarawak dan akhirnya bermastautin di Betong puluhan tahun dahulu sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak di Semenanjung Tanah Melayu. Isteri beliau yang aku panggil 'Mak Anjang' bernama Khatijah berasal dari Rembau, NS. Sulaiman bin Tajudin merupakan anak mereka yang sulung dan Faridah Anum bt Tajudin anak yang kedua. Jadi, dengan dua orang lagi anak yang dikurniakan dengan 'Mak Anjang' di Sarawak pula, maka Pak Anjang Tajudin bin Mohd Said sebenarnya mempunyai 4 orang anak kesemuanya.

Aku pertama kali bersua Roslan, Hasnah dan Hisyam apabila mereka datang ke rumah tempat kami sekeluarga 'bertanggak' di Taman Puteri, Petra Jaya, Kuching. Rumah tersebut disediakan dengan ehsan besanku Basri sebagai tempat 'menumpang sementara' di Kuching. Sebelum itu aku telah menelefon Roslan menyatakan hasrat bersua dengannya sekeluarga (nombor telefon diberikan kepadaku oleh Pak Anjang Hj Lokman Mohd Shariff.) Alhamdulillah, bersua juga sudahnya . . .

(Aku pernah mencari keluarga Pak Anjang Tajudin pada tahun 1986/87 ketika bertugas rasmi di Kuching dan Sibu malangnya tidak bersua.)




(Foto dirakam pada 14 Jun 2009 di Kg Stapok, Kuching. Rumah Abang Bujang Akip)

[Dari kiri: Penulis, Alimah, Hasnah, Roslan]

Aku mempelawa Roslan dan Hasnah sekeluarga untuk menyertai rombongan kami mengiringi Mazlyna Hanum (pengantin) ke majlis perkahwinannya di Kg Stapok pada 14 Jun 2009.

Roslan dan Hasnah bukan sahaja sudi menyertai rombongan kami bahkan mereka suami isteri telah menjadi 'orang kuat' kami dalam majlis perkahwinan tersebut. Maklum mereka lebih 'arif' tentang soal adat istiadat perkahwinan di Sarawak.




[Roslan Tajudin dalam istiadat merenjis pengantin]



(Foto dirakam pada 14 Jun 2009 di Kg Stapok, Kuching)
[Dari kiri: Hasnah, Royhai'zam, Mazlyna Hanum, Roslan]



(Foto dirakam pada 14 Jun 2009 di Kg Stapok, Kuching)
[Dari kiri: Roslan Tajudin, Halmy Zahari Abdul Majid,
Ghazali Kamaruddin, Mazlyna Hanum Abdul Majid,
Penulis, Nurliza Zainuddin, Hasnah Aminah Ahmad,
Noor Shafini Abdul Hamid]




(Foto dirakam pada Ahad, 14 Jun 2009 di Kg Stapok, Kuching)

[Dari kiri: Afzan Shafinaz, Marlyana Haniz,
Hazry Zaharith, Ghazali,
enjoy nampak]



[Hasnah (di hadapan) memimpin pasangan pengantin
dalam acara "makan nasi temuan", suatu adat perkahwinan
yang diamalkan di Sarawak. Zolkeplay dan penulis memerhatikan.]



Terima kasih Roslan dan Hasnah. Kami sekeluarga terhutang budi kepada anda berdua. Semoga kita dapat bersua lagi. Kunjungilah kami di sini apabila berada di KL.

Padi bukan sebarang padi,
Padi bukit enak dirasa;
Budi bukan sebarang budi,
Budi terbit tidak dipaksa.

Begitu kehendak Tuhan. Ada hikmah dalam setiap yang digerakkan-Nya.





dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

Saturday, January 9, 2010

Keturunan Tok Said, Tok Shariff, Onyang Konah




Assalamualaikum dan sa
lam 1 Malaysia


Pertemuan Keluarga Besar di Rawang



Aku ingin memaparkan suatu peristiwa kekeluargaan. Peristiwa yang besar ertinya buat diriku. Pasti juga buat ahli keluargaku dan semua anggota keluarga besar Mohd Said bin Hj Ismail, Mohd Shariff bin Hj Ismail dan Konah bt Wan Ali. Keturunan daripada Tok Said, Tok Shariff, Onyang Konah buat pertama kalinya dapat berkumpul beramai-ramai di Rawang, Selangor D.E. pada hari Ahad 6 Ogos 2000. Tujuan utamanya untuk mempereratkan tali silaturahim antara semua ahli keluarga besar.


Sedikit info tentang susur galur keluarga besar ini. Datuk saudaraku Mohd Said bin Hj Ismail @ Tok Said (abang Mohd Shariff bin Hj Ismail) datang ke Tanah Melayu dari tanah Seberang (Sumatera) kira-kira pada tahun 1918. Beliau bermastautin di Kg Melayu, Rawang, Selangor. Tok Said pertama kali berkahwin dengan Naemah (orang Gopeng), Perak. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hafsah bt Mohd Said dan Esah (Montel) bt Mohd Said (masing-masingnya pangkat opah kepada penulis --> kerana perkahwinan bapa penulis dengan anak Esah (Montel) bt Mohd Taib yang bernama Zainab bt Mohd Taib --> tetapi pangkat Mak Wa dan Mak Ngah kepada saudara dua pupu penulis yang lainnya.) Panggilan nama ini mungkin mengelirukan sedikit bagi mereka yang kurang mengetahui susur galur keluarga besar ini. Penulis sebenarnya kena mengena rapat dengan kedua-dua belah pihak keluarga Mohd Shariff (sebelah bapa) dan keluarga Mohd Said (sebelah ibu)!

Tok Said kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Teh Aishah (kakak Konah / emak saudara Aishah bt Long {opah penulis, sebelah bapa}) yang berasal dari Terengganu. Mereka menetap di Rawang dan dikurniakan lapan orang anak, 6 lelaki dan 2 perempuan. Anak-anak hasil perkongsian hidup mereka ialah Abdul Razak bin Mohd Said (Pak Yeop), Che Yah bt Mohd Said (Mak Ngah, Gombak), Che Yang (Mariam) bt Mohd Said (Mak Yang, Rawang), Abdul Malek bin Mohd Said (Pak Uda), Abdullah bin Mohd Said (Pak Andak), Tajudin bin Mohd Said (Pak Anjang), Idris bin Mohd Said (Pak Uteh) dan Osman bin Mohd Said (Pak Usu).

Jadi sebenarnya Tok Said mempunyai 10 orang anak kesemuanya!

Tidak lama kemudian Mohd Shariff bin Hj Ismail @ Tok Shariff (datuk penulis / ayah kepada bapa penulis, Baharom bin Mohd Shariff) mengikuti jejak langkah abangnya Mohd Said bin Hj Ismail meninggalkan kampung halaman di Lubuk Sikaping, Sumatera berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Tok Shariff berkahwin (P2) dengan Aishah bt Long (anak saudara Teh Aishah / Konah) yang berasal dari Pulau Rusa, Terengganu. Mereka menetap di Tapah, Perak. Tok Shariff dan Opah Aishah (datuk dan nenek penulis sebelah ayah) dikurniakan 8 orang anak, 6 lelaki dan 2 perempuan. Anak-anak mereka itu ialah Baharom bin Mohd Shariff, Abdul Kamal bin Mohd Shariff, Zainal Abidin bin Mohd Shariff, Mohd Nadzar bin Mohd Shariff, Khusaini bin Mohd Shariff, Lokman bin Mohd Shariff, Aminah bt Mohd Shariff dan Nooraini bt Mohd Shariff.


{Klik pada foto utk imej lebih besar}
{Foto keluarga Tok Shariff (P2) dirakam di Tapah, Perak 1950/1960an}

[Duduk dari kiri: Aminah bt Mohd Shariff (Wan Cik penulis), Mohd Shariff bin Ismail (Datuk penulis), Aishah bt Long (Opah penulis), Nooraini bt Mohd Shariff (Wan Chu penulis)]

[Berdiri dari kiri: Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Pak Uda penulis), Lokman bin Mohd Shariff (Pak Anjang penulis), Zainal Abidin bin Mohd Shariff (Pak Lang penulis), Baharom bin Mohd Shariff (Bapa penulis), Abdul Kamal bin Mohd Shariff (Pak Ngah penulis), Khusaini bin Mohd Shariff (Pak Andak penulis)]


Ketika Tok Shariff berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu pada awal tahun-tahun 1920an beliau meninggalkan seorang isteri di Sumatera. Isterinya bernama Ning Fatimah berasal dari Betawi. Dia tidak yakin hendak mengikut Tok Shariff ke Malaya pada waktu itu. Mereka ada dua orang anak perempuan yang bernama Norani bt Mohd Shariff dan Halimatus Sa'adiah bt Mohd Shariff. Keturunan daripada keluarga ini masih ada di Medan, Padang, Aceh dan Jakarta.



Klik pada foto utk imej lebih besar

Tok Shariff (Hj Mohd Shariff bin Hj Ismail) bersama-sama dua orang puterinya Norani bt Mohd Shariff (kiri TS) dan Halimatus Sa'adiah bt Mohd Shariff (kanan TS). [Norani dan Halimatus Sa'adiah adalah ibu saudara kepada Penulis.]

Maka Tok Shariff sebenarnya mempunyai 10 orang anak kesemuanya.

Jadi terasnya, keturunan tiga keluarga besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah inilah yang mengembangkan keluarga kami di sini. Kami juga masih ada ramai ahli keluarga di Tanah Seberang. Kami tetap berhubungan dan biasa berjumpa dari semasa ke semasa.



*{Klik pada gambar untuk imej lebih besar}
{Foto Keluarga Besar Mohd Shariff bin Hj Ismail}


{Semua posisi dari Kiri ke Kanan}

[Duduk atas padang: Khairuddin bin Baharom (pangku Lukman Hakim bin Khairol Anuar), Khaliq bin Khalim, Fauzana bt Ainuddin Ridzwan, Siti Sarah bt Wan Noor, Riduan bin Ruslan, Khidir bin Khalim, (anak Razif 1), (?), (?), (?), Muhammad Aizat Saiful Alif, (?), Ayesha Hanis bt Saiful Alif , Siti Sakinah bt Kamaruddin, ( ?), Mohd Iesniza bin Zainuddin (pangku ?), Mohd Izani bin Zainuddin pangku (?), (?), Aina Yasmin bt Hajaludin, Siti Nabilah bt Wan Noor, Amira bt Jalaluddin, Nordalila bt Rusilan, Nor Shahnaz bt Samad, Akila walid Salleh, Mohd Shahmi bin Khairuddin]

[Duduk/berdiri di barisan depan: Fauziah bt Abu Bakar, Norhaslinda bt Ibrahim, Mohd Juli bin Jaafar, Mohd Razif bin Lokman (pangku anak ?), Wan Noor bin Abdul Rahman, Mohd Azman bin Baharom, Jamaluddin bin Che Sab, Rusilan bin Yunus, Penulis, Salleh bin Shariff, Zainuddin bin (?), Nooraini bt Mohd Shariff, Mohd Nadzar bin Mohd Shariff, Zaleha bt Jamil, Mariam bt Yaakob, Lokman bin Mohd Shariff, Shamsidar bt Lokman, Siti Salmah bt Sadri ( pangku dua anak?), Che Haslinda bt Khusaini , Khusairi bin Khalim, Alimah bt Yasin, Salina bt Shamsuddin, Asmidar bt Lokman (dukung anak?), Hasmawati bt Mond Rasidi (dukung anak?), Zaleha bt Osman (dukung anak)]

[Berdiri di barisan ketiga: Kamaruddin bin Mohd Nadzar, Khairol Anuar bin Ismail (dukung Aida Natasha bt Khairol), Hajaludin bin Baharom (dukung Anis Sofea bt Hajaludin), Nor Arzlin Radzwan, Zam Hadila bt Mohd Aris, Zaleha bt Abdul Moid, Ismail bin Baharom, Muhamad Yusmaizi bin Yusof, Khairol Maslina bt Ismail, Nurul bt Nazri, Fuziah bt Mohd Nadzar, Annati bt Jamaluddin, Feridah bt Mohd Nadzar, Haleza bt Khusaini, Siti Hawa Noor bt Baharom, Asmah bt Baharom, Zaleha bt Baharom, Che Zahara bt Zainal Abidin, Halimaton bt Baharom, Nor Sharina bt Mohd Azman, 'Ain, Shariffudin bin Lokman, Khairul Anuar bin Baharudin (dukung 2 anak)]

[Berdiri di barisan keempat: Mohd Idzham bin Salleh, Hafiz bin Hashim, Wan Faiz bin Wan Noor, Abha bin Jamaluddin, Noreen bt Rusilan, (?), Nora bt Rusilan, Mazlyn Hanim bt Abdul Majid, Siti Farah bt Wan Noor, (anak Halimaton 2?), Mazlyna Hanum bt Abdul Majid, Marlyana Haniz bt Abdul majid, Irdawati bt Lokman, Che Zaimah bt Zainal Abidin, (anak Jamaluddin Che Sab), (anak Noor Rashid 3?), (anak Noor Rashid 1?), Aminah bt Abdul Rahman, Noor Rashid bin Abdul Kamal, Abdul Samad (Adam) bin Mat Som, Mohd Asraff bin Lokman]

[Berdiri di barisan belakang sekali: Halmy Zahari bin Abdul Majid, Mohd Azurin bin Mohd Azman, Halim Zaharyn bin Abdul Majid, Fahrul bin Ainuddin Ridzwan, Hazry Zaharith bin Abdul Majid, Mohd Izrul bin Zainuddin, Mohd Haffiz bin Lokman]

Berbalik kepada majlis pertemuan keluarga besar ini . . . semuanya terhasil daripada 'kata-kata' yang diucapkan secara bersahaja di antara beberapa orang ahli keluarga PTS dalam suatu majlis perkahwinan. Aku masih ingat waktu aku membantu Abang Arish Abdul Malek (Setiausaha merangkap Bendahari PTS ketika itu) menguruskan pungutan derma dalam majlis perkahwinan di rumah abangku Ismail Baharom di Kg Nakhoda Selayang pada tahun 1999/2000. Azimah Idris, Along Mokhtar Ramli Abdul Malek, Abang Shahrom Ariffin, Abang Shahrin Abdul Ghani serta Abang Shaari Abdullah juga berada di bawah khemah bersama kami.


{Klik pada foto utk imej lebih besar}
(Bukan rakaman foto di Kg Nakhoda, Selayang tetapi di Taman Sri Kota,Taiping. Majlis perkahwinan Mohd Imran bin Zainuddin)

[Dari kiri: Mokhtar Ramli bin Abdul Malik, Mohd Arish bin Abdul Malik, Penulis, Rusilan bin Yunus]

Kami memikirkan alangkah baiknya jika dapat diadakan satu majlis pertemuan keluarga seramai mungkin. Bincang punya bincang tercapai kata sepakat supaya diusahakan cara untuk mendapatkan tenaga kerja bantuan daripada ahli-ahli keluarga yang lain juga bagi merealisasikan hasrat itu. Alhamdulillah, setelah didayakan segala usaha yang perlu ke arah tujuan yang murni itu, tercapai juga hasrat keluarga besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah mengadakan suatu perjumpaan yang amat bererti.




*{Klik pada foto untuk imej lebih besar}

{Foto Keluarga Besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah di rakam pada 6 Ogos 2000 di Rawang, Selangor Darul Ehsan}

Pada pagi hari Ahad di hujung minggu 6 Ogos 2000 yang istimewa itu, kami semua telah memenuhi Dewan Orang Ramai, Rawang untuk sama-sama meraikan majlis pertemuan keluarga besar yang julung-julung kali diadakan. Ramai ahli keluarga tidak kira 'senior' mahupun 'junior' turut serta dalam perjumpaan ini. Kami saling bertanyakan khabar, berkenalan lebih rapat dengan seramai mungkin ahli keluarga, menyertai acara beramah mesra sambil mempereratkan tali silaturahim di atas pentas, dan memeriahkan majlis makan dan minum bersama. Aku telah diminta oleh pihak yang menganjurkan pertemuan keluarga besar itu menjadi pengacara majlis (MC). Aku gembira melaksanakan tugas tersebut demi kebaikan bersama.


Gabungan Tiga Cabang Keluarga Besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah
{Klik pada foto utk imej lebih besar}
(Foto dirakam di Rawang sekitar 1950/60an)


[Duduk kiri ke kanan: Khusaini bin Mohd Shariff (Pak Andak penulis - KTSh), Osman bin Mohd Said (Pak Usu penulis - KTSd), Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Pak Uda penulis - KTSh)]

[Berdiri kiri ke kanan: Shaari bin Abdullah (Abang Saudara penulis - KTSd), Baharuddin Osman (Tok Sulung penulis - KOK), Lokman Shariff (Pak Anjang penulis - KTSh)]

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut terutamanya kepada saudara mara yang bermurah hati menaja apa saja kemudahan untuk majlis dalam bentuk hadiah/sumbangan kebendaan dan juga wang ringgit. Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik anda sekalian. Sokongan daripada semua ahli keluarga dari segi tenaga, buah fikiran dan apa sahaja bentuk usaha sama ada secara bersendirian mahupun berkumpulan amat kami hargai. Tanpa sokongan dan persefahaman yang sedemikian tentu sukar hendak dicapai tujuan yang mulia itu. Diharap kita dapat lagi bertemu seperti yang telah kita lakukan pada 6 Ogos 2000 dahulu. Bila lagi agaknya ...

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Pak Uda penulis), Tuan Hj Lokman bin Mohd Shariff (Pak Anjang penulis) dan Tuan Hj Baharudin bin Osman (Tok Sulung penulis) atas bantuan yang mereka berikan kepadaku dalam perkara menyentuh susur galur keluarga besar ini. Tanpa bantuan sedemikian rupa daripada ketiga-tiga mereka, tidak mungkin dapat aku tuliskan blog ini dengan sesempurnanya.

Hingga kita bertemu lagi seperti di Rawang pada 6 Ogos 2000 dahulu . . . . Hidup Keluarga Besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah!













dsuarang.blogspot.com

*Maaf jika ada kesilapan fakta dsb. Sila berikan fakta/nama/ejaan nama yang betul di mana terdapat sebarang kesilapan. TQ


Wednesday, January 6, 2010

Happy Birthday Ghaz



Assalamualaikum


Wish U Well @ 64








Tuesd
ay 5 January 2010 brought me much meaningful joy. Harun Saeran and his younger brother Jamil Saeran dropped in at my place in the morning. Both came all the way from Sungai Kantan and Sungai Sikamat, Kajang respectively. Harun brought along his wife Madznah Adnan while Jamil brought Azizah Abdullah (his wife also lah ... who else.)

Jamil and I had planned just that Monday before to visit Ghazali Kamaruddin (Ghaz) at his mother's house in Gombak. Remember that 'boxer kid'? (as Ghaz was referred to quite recently by my other ex-hostelite friend Nordin Abdul Manaf.) The latter has had the misadventure of being bashed up by Ghaz with that infamous MBH hook in unofficial 'not so golden gloves' bouts. According to Nordin he still 'cherished' the hiding he got then! Yeah that kid is none other than the same kid who missed the MBH Gang's camping trip cum recreation do at Pangkor Island in 1964. And, yeah he is also that guy who successfully made his way to Baldwin Hill, Tapah 4 years later!


Well to cut a long story short (not too sure I can do that now...) that Tuesday 5 morning at about 10.30 am after having a simple home made 'kuih koci and Sarawak's kek lapis' breakfast (plus some very significant MBH styled nostalgic 'tose' treat which Jamil & Co brought in for the occasion in my house) my two 'bro' and their spouses and Alimah Yasin and I made our journey to Gombak. I was the chauffeur driving Jamil's Naza Ria. Jamil entrusted me with the driving as he was not that familiar with the route. Perhaps he wanted to 'relax' a little bit or get the feeling of being a big boss (which he is) . . . ha, ha. Indeed it turned out to be more than a 'relaxing' drive as I took a longer 'time' to cover that extra stretch of 'distance' (because of the 'misses'...) along the way to Ghaz's place!

Yes, we were all talking very earnestly and I missed many a junction along the Duke Highway and the road leading to 6 3/4 ms Gombak. We were however safely at Ghazali's by 11.18 am (after 48 minutes of travel ... when in fact I usually will make the journey in under 20 minutes!) No one is to be blamed ... as Harun Saeran puts it ... quote and unquote, "It was a memorable ride for three ex-KL MBH inmates (of the late 50s & early 60s) that can only occur after more than 4 decades!" 'Padan muka' he says ...

Again, now let's cut the long story short. Yeah, I will. I will cut short the story (I mean from being written in English to continue with it in Malay). OK with you Senor Ghaz? (I wrote in English in the first place because Ghazali said to me," Jid, you just write in any language ... Malay or English ... By the way what makes you think I cannot understand English huh?") So now let's see whether our friend is equally good in Malay ... he, he.

Jadi, kita sambung cerita kita ini dalam bahasa Melayu pula . . . dan dengan demikian bermakna cerita kita belum cukup panjang lagi. Pengertian mudahnya ... baru sahaja bermula . . .

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa



Pantun/seloka inilah yang sering aku ingat setiap kali aku bersua dengan Ghazali Kamaruddin. Samalah perasaanku apabila kami serombongan 6 orang sampai ke rumah Ghazali pada jam 11.18 minit pagi itu. Setelah aku dan 'bro' Harun dan Jamil serta isteri kami masing-masing yakni Alimah, Madznah dan Azizah bersalam-salaman dengan Ghazali dan isterinya Faizah, kami pun duduk dan bertanya khabar.


*{Klik pada gambar untuk imej lebih besar}
[Kiri ke kanan: Faizah, Alimah, Cikgu Zaharah, Azizah dan Madznah]


Aku perhatikan ketika bersalam-salaman tadi Harun yang paling nampak terharu. Emosinya terganggu ketika dia memeluk Ghazali. Maklum inilah kali pertama Harun dapat bertemu Ghazali selama sudah lebih daripada 40 tahun berpisah sejak zaman makan 'nasi sekawah' dulu. Dan, pertemuan ini pula berlaku ketika kawan yang dahulunya segar bugar kini uzur terlantar.

Aku dan Jamil sudah melawat Ghazali pada ketika beliau mula uzur sebulan dua yang lepas. Namun begitu aku dan Jamil berserta keluarga tetap tersentuh rasa apabila melihat kawan kami yang masih uzur itu.



*{Klik pada gambar untuk imej lebih besar}
[Ghazali menjalani latihan 'berdiri' di Hospital Selayang. Isnin 4 Januari 2010]

Walau bagaimana pun, di sudut hatiku tersimpan satu keyakinan. Aku yakin Ghazali akan pulih seperti sediakala. Ini kerana keuzuran yang dialaminya ada menampakkan tanda dan perubahan ke arah pemulihan itu. Ghazali telah dapat menggerakkan tangan dan kakinya sedikit demi sedikit walaupun dengan sedikit bantuan manusia dan tongkatnya. Tingkatkan ketabahan hatimu Ghazali. Anda pasti boleh! Doa kami sentiasa untukmu.



Ha ... beralih pula kepada suasana yang riang dalam kunjungan kami ke rumah Ghazali. Pada hari itu, Selasa 5 Januari 2010, genaplah usia Ghazali 64 tahun. Dirgahayu Ghazali. Kek sambutan ulangtahun kelahiran Ghaz dibawa oleh Jamil & Co. 'Tose' juga dibawa oleh Jamil sebagai signifikan pengaruh sebahagian hidup kami ketika di Asrama Putera dahulu. Harun pula membawa rambutan hasil tanaman sendiri dari rumahnya. Aku adalah beri sesuatu cenderahati 'Pak Arab' ... yang seadanya le ...


*{Klik pada gambar untuk imej lebih besar}
[Kiri ke kanan: Jamil, Harun, Ghazali dan Penulis]

Kami semua bersembang-sembang berbagai-bagai perkara. Cerita lama pun banyak keluar. Sambil bersembang itu kami makan kek dan minum teh yang dihidang Faizah. Ibu Ghazali, Cikgu Zaharah, juga ada bersama.(Makcik Zaharah masih kelihatan sihat, kemas dan cantik dalam usianya yang sudah mencapai hampir 85 tahun, Alhamdulillah.) Kami sempat mendendangkan lagu sambutan ulangtahun kelahiran versi 'omputih' tu untuk Ghazali. Doa selamat pun sempat kami bacakan untuk beliau. Ghazali jelas beremosi sedikit ketika semua ini berlaku. Apapun kami teruskan suasana riang itu hingga ke jam 2.00 petang.



Selepas solat kami bermohon diri untuk pulang. Tetapi, sebelum itu Ghazali memberitahu kami beliau pernah bersua dengan seorang lagi kawan lama seasrama kami di salah sebuah surau di daerah kediaman mereka di Gombak. Kawan kami itu ialah Ramli bin Mohd Rabi yang tinggal di Taman Melewar. (Cerita selanjutnya tentang kawan ini akan cuba aku 'highlight' dalam blog terkemudian kelak.) Ghazali meminta kami mengunjungi Ramli untuk menyambung silaturahim yang telah lama terputus. Atas usaha Ghazali juga aku dapat menghubungi Ramli melalui telefon. Dan, kami serombongan dapat juga ke rumah Ramli pada petang yang sama.

Berbalik kepada cerita tadi . . . kami serombongan bermohon diri untuk pulang. Sebelum pulang Jamil dan Harun menyumbang sedikit 'pitih' kepada Ghazali. Aku tidak berbuat demikian. Aku beri kasih sayang je! Harun, Jamil dan aku bersama isteri kami masing-masing (Madznah, Azizah dan Alimah) kemudiannya sempat makan di kedai makan Selera Bonda, Jalan Gombak (direkomen oleh Ghazali ketika di rumahnya tadi.) Memang lazat makanan nasi Padang yang terhidang di situ! Terima kasih Ghazali kerana mengesyorkan tempat itu. Terima kasih juga kepada Madznah dan Azizah yang menguruskan menu kami dengan bijaknya ... dan kami paling berterima kasih (daun keladi) kepada 'bro' Harun yang membelanja kami semua. Buat-buatlah selalu 'bro'!

Sesudah itu (lepas kami semua mengunjungi Ramli Mohd Rabi dan isterinya Zahidah Ismail) aku dan isteriku 'dihantar Naza Ria' pulang ke rumahku (sebenarnya aku sendiri le yang memandu MPV dak Jamil tu pulang ke d'SUARANG. Itu pasal aku gunapakai istilah 'dihantar Naza Ria'). Kawan-kawanku yang berempat itu kemudiannya pulang ke kediaman mereka masing-masing di Kajang selepas bersolat asar di rumahku.

Seperti yang aku nyatakan di awal blog ini, hari ini merupakan suatu hari yang sungguh bermakna bagi diriku ... dan sesungguhnya, aku percaya bagi Harun, Jamil, Madznah, Azizah dan Alimah juga begitu.



Aku lebih-lebih lagi berharap Ghazali gembira dengan kunjungan kami semua. Jikalau Ghazali rasa sedemikian, maka tertunailah sebahagian daripada hasrat kami hendak membantu memberikan semangat kepada Ghazali supaya terus berjuang hingga sihat walafiat semula. Dan, kami memohon ke hadrat Illahi semoga dikabulkan jua segala doa kami ini.

And to cap it all, (I shall finish in English since the Malay version is now seemingly long) ...,

"What Are Friends For" isn't it Ghazali? And..., last but not least, " A Friend In Need Is A Friend Indeed!"
And you are more than a friend, Ghaz ... You
ain't heavy ...








dsuarang.blogspot.com

Monday, January 4, 2010

Lagu Rasmi Imigresen Malaysia


Monday, January 4, 2010





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Sumbangan Kecil

Kira-kira sebulan dua yang lalu aku tergerak ha
ti untuk melayari laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ada maklumat penting yang ingin aku cari. Aku nak tahu sesuatu tentang JIM. Cari punya cari aku telah membuka halaman Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat JIM. Aku terlihat pada tanda 'lagu rasmi' (anthem) JIM. Bila aku tekan pada 'punat' tanda lagu itu keluarlah senikata lagu rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Tiada langsung catatan nama pencipta lagu atau nama penulis liriknya. Namun demikian aku terus meneliti senikata yang terpapar di situ. Rasa macam biasa sangat dengan lirik lagu itu. Sejurus kemudian aku sedari akulah yang telah menulis lirik lagu tersebut pada tahun 1980! Lagu itu masih ada dalam simpananku. Dalam buku skrap kerja seniku.



*{ Klik untuk imej lebih besar}

[Allahyarham Encik Hamid Baharudin dan Loh Wai Lan
memerhatikan Penulis bermain piano dalam sesi muzik
Kelab Muzik JNS,Kementerian Pelajaran Malaysia
sekitar tahun-tahun 1980-an]


Aku tidak berlengah lagi. Mesti cari siapa yang boleh aku hubungi untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Nak beritahu orang JIM siapa pencipta dan siapa penulis lirik lagu rasmi mereka. Aku bukan nak tuntut royalti. Aku cuma nak hasil karya kami d
iberikan sedikit akuan. Mungkin selama ini pihak pengurusan JIM sekarang tidak pernah mengetahui kami berdua yang terlibat dalam pembikinan lagu rasmi mereka. Maklum saja perkara itu telah berlalu begitu lama. Dan, rakan sejawat aku yang mencipta lagu itu pun sudah tiada.


*[Klik untuk imej lebih besar]

Aku terus melayari laman web yang memaparkan senarai terbaru nama para pegawai Jabatan Imigresen. Aku terlihat akan nama dan alamat email seorang Pegawai Imigresen Tinggi di Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat (Unit Hubungan Luar). Pegawai itu bernama Lily Liew. Maka pada 18 Disember 2009 aku pun menghantar suatu email kepadanya dengan salinan kepada Ketua Pengarah Imigresen. Aku sertakan surat penghargaan yang aku terima daripada JIM sekitar tahun 1980 dahulu sebagai bukti.
*[Klik pada surat untuk imej lebih besar]


Aku menerima panggilan telefon daripada Sdri Lily Liew tiga empat hari selepas aku menghantar email kepadanya. Beliau menjelaskan bahawa (selepas berbincang sesama pegawai yang berwajib) telah dipersetujui nama kami berdua dicatatkan masing-masingnya sebagai pencipta dan penulis lirik yang terlibat dalam pembikinan lagu rasmi JIM. Aku bersyukur sekurang-kurangnya sumbangan kecil aku dan rakan sejawatku Allahyarham Abdul Hamid Baharudin diambil ingatan.Terima kasihlah Sdri Lily Liew dan terima kasih juga kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Namun, alangkah baiknya kalau ada surat bertulis daripada golongan baru pihak pengurusan JIM dihantar kepada aku . . . menyatakan dengan ringkas akuan yang bersesuaian dengan gaya masa sekarang . . . (walaupun surat yang lama dahulu tentunya masih relevan !). Dapat juga aku simpan sebagai kenang-kenangan yang diperbarui.

Sambil itu ingatanku kembali pada kawan lamaku yang 'sempoi' dalam episod blog terdahulu "What's Your Contribution?". Bila dia bertanya apa sumbanganku kepada masyarakat . . . dan aku jawab tak ada apa-apa . . . kawanku itu lantas mengatakan aku warga yang baik . . . semata-mata kerana aku tak timbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana pihak pun. Menurutnya dengan tidak menimbulkan apa-apa masalah itu aku sudah cukup menyumbangkan sesuatu yang baik kepada negara!

dan, ... ... ... agaknya kalau ketika itu dia tahu aku dan rakanku sama-sama berusaha sehingga wujudnya lagu rasmi JIM (walaupun kecil sangat sumbangan kami itu) apalah pula agaknya tindakan kawan lamaku yang 'sempoi' itu nanti. Aku yakin dia tidak akan teragak-agak memberikan aku penghargaan dalam bentuk yang sangat 'sempoi' juga tetapi berkesan!

Maka jika ada anggota pihak berwajib JIM terbaca akan tulisan dalam blog aku ini . . . haraplah mereka akan berfikir seperti kawan lamaku yang 'sempoi' itu juga.




Blog @: Bamuda d'SUARANG

0 comments:

Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment