Wednesday, May 4, 2011

Pemulihan Semangat PTS?




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Semoga Terlaksana . . .


Sabtu 30 April 2011 . . . aku dan isteriku ke rumah adik saudaraku Hjh Nor Azian Osman di Kg Melayu Batu 16, Rawang. Kami berhasrat turut bersama meraikan majlis perkahwinan anak lelaki Nor Azian . . . Mohd Sauffi Roslan dgn Nur Shazni Shari yang dijadualkan bermula pada jam 12: 00 tgh hari.

Kami tiba pada lebih kurang pukul 10:30 pagi. Tuan Hj Lokman Mohd Shariff (Pak Anjang aku) dan Badrin Osman (adik saudara aku) terus sahaja menghalakan kami semua yang telah berada di No.20, Lorong Sentosa ketika itu ke sebuah meja . . . rupanya meja untuk mesyuarat PTS . . .


Hj Lokman & Badrin

Foto kiri: Hj Hussain, Hjh Zakiah, Raziff Lokman, Hj Wahab, Badrin Osman & Shahril Idris. Foto kanan: Hj Hussain, Hjh Zakiah, Penulis, Hj Lokman & Badrin.



Kira duit ke? Ha ah . . . nak sahkan pungutan waktu tarawih tahun lalu . . . nak update le kata kome . . .


Foto kiri: Hj Wahab & Hj Lokman . . . dan di kanan . . . Tak habis bincang lagi ke?




Foto kiri: Orang lama . . . Mak Uteh (kanan) . . . dan di kanan . . . Hjh Zakiah fikirkan apa tu? . . . tanya Norehan


Membaca doa selamat. Mudah-mudahan kita semua selamat dan sentosa dari dunia hingga akhirat . . . dan semoga . . . PTS juga beroleh semangat yang lebih segar dan meyakinkan.


Jika dilihat seimbas pandang . . . macamlah mesyuarat tergempar (umpama EGM?) yang mesti diadakan kerana ada perselisihan pendapat atau konflik dalaman atau perebutan kuasa di peringkat 'puncak' organisasi!



Mesyuarat berlangsung dalam suasana mesra dan ceria dengan semangat saling bersefahaman antara satu sama lain . . . dan dengan penuh harapan untuk memelihara kebajikan masa depan PTS

Lama juga ye . . . tapi kami semua boleh besabo le . . . demi PTS kata kome . . .

Ha . . . dah habis pun . . . dah selesai. harap kali ni kita betul-betul dapat kerjasama & sokongan le ye!

. . . dengan suka rela le . . . tanpa dipaksa-paksa hendaknya . . . amal jariah ooi . . .

Bukan, bukan, bukan ! Sebenarnya mesyuarat diadakan sebagai langkah awal untuk mencari jalan memulihkan semangat PTS yang beransur luntur . . . (mujur belum menjangkau tahap HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU!)

*Maka dalam mesyuarat itu tercapailah kata sepakat ahli-ahli (teras? . . . akar umbi pun ada le) bahawa mesyuarat bersetuju menstrukturkan semula pentadbiran PTS demi memelihara terus usaha pengasas-pengasas PTS yang telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya.

Mari kita bacakan Al-Fatehah (sekarang) untuk Ayhn Mohd Idris bin Mohd Said (Pak Uteh), Ayhn Osman bin Mohd Said (Pak Usu) dan Ayhn Baharom bin Mohd Shariff (Bapak) sempena mengenangkan jasa dan bakti mereka memelihara dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan para anggota ketiga-tiga keluarga besar Mohd Said, Mohd Shariff dan Konah.



Tuan Hj Lokman Mohd Shariff membacakan doa selamat
setelah meluahkan harapannya agar PTS terus berjalan
dengan baik dan teratur.

"Susah nak tubuhkan persatuan

keluarga begini . . . dan PTS telah diwujudkan para
pengasasnya sejak awal tahun-tahun 60-an dahulu lagi," katanya.


Memang betul kata Pak Anjang tu . . . Sayang beb kalau kita biarkan PTS kita ni berkubur!



Ya Allah kabulkanlah permintaan kami ini.
Amin.



Aku teringat pula . . . elok kita sedekahkan juga bacaan Al-Fatehah kepada Allahyarham Mohd Arish Abdul Malek (Abang Arish) yang ketika ada hayatnya . . . bertungkus lumus dengan suka rela menggerakkan perjalanan dan aktiviti PTS.
Ada waktu-waktunya . . . secara berseorangan! Semangat seperti yang beliau tunjukkan itu sukar dicari ganti di kalangan kita sekarang . . . (macam dah tak akan wujud lagi!). Al-Fatehah . . .


Penulis (kiri) bersama Allahyarham Mohd Arish Abdul Malek
di atas pentas majlis Pertemuan Keluarga PTS yang pertama
di Dewan Serbaguna Rawang pada 6 Ogos 2000.


Aku juga terfikir . . . alangkah baiknya jika dapat para anggota keluarga Allahyarham Abang Arish terus bersama-sama kita dalam PTS. Anak-anak beliau khasnya . . . (Andainya ada di antara mereka yang terbaca blog ini dan sudi menghubungi aku . . . untuk tujuan tersebut . . . Alhamdulillah. Aku sentiasa mengharapkan tindakan sedemikian.) Sekurang-kurangnya kita dapat mengimbas kembali jasa dan bakti Allahyarham dari masa ke masa. Begitulah hendaknya.

Sebelum berundur buat kali ini . . . aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada adinda Shamsidar Lokman (Ateh) kerana giat berusaha mengatur letak dan menyiarkan berbagai berita dan info ttg PTS dalam facebook beliau.

Tidak adil rasanya kalau tidak diberikan penghargaan kepada ketiga-tiga Penasihat PTS atas kepimpinan dan bimbingan mereka selama ini.

Dan . . . terima kasih juga diucapkan kepada Puan Hjh Nor Azian Osman kerana mengizinkan rumahnya menjadi venue mesyuarat PTS kali ini.

TERIMA KASIH semua anggota keluarga . . . semua ahli PTS le tu . . . tak kira le orang 'dalam' ke orang 'luar' ke . . . he, he . . . jangan mare . . .teman ngusik kome je :)



Wassalam.




*Senarai nama mereka yang dipilih melalui mesyuarat PTS di atas dalam usaha 'pemulihan semangat' PTS. Petikan daripada facebook adinda Raziff Lokman. Terima kasih Ajib.


Raziff Lokman
Mesyuarat PTS, Rawang, 30 APR 2011: Ahli2 yg telah dinamakan dan disokong utk menerajui PTS:

Penasihat:
1. Hj Mohd Nadzar
2. Hj Baharuddin
3. Hj Lokman

Peneraju (Pengerusi):
Abd Majid Baharom

Bendahari:
Zakiah Mohd Doni 012-9763628

Setiausaha:
Liyana Abd Majid

AJK:
1. Suhaimi Baharuddin
2. Zabidi Wan
3. Shamsidar Lokman
4. Shahril Idris 013-3493546
5. Aznam Idris
6. Badrin Othman
7. Norehan Buyung 013-2426000
8. Raziff Lokman 019-2613900

Bagi ahli2 yang ingin menyumbang, akaun PTS:
CIMB 1418-0068117-52-8


    • Abdul Majid Baharom Bulat air kerana pembetung,
      Bulat kata kerana muafakat;
      Sepakat hadir membawa untung,
      Hasrat kita melaksana matlamat!
      23 hours ago ·
    • Shamsidar Lokman Tahniah semua atas perlantikan. Harap semua berjalan dengan baik.
      10 hours ago ·

Nuffnang Ads

Friday, April 29, 2011

Inikah Harga Kemajuan?





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Makin Ku Renung, Makin Ku Pandang . . .

Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Aku teringat akan nilai yang berkaitan dengan hidup ini. Nilai hidup seharian masyarakat bangsaku. Nilai-nilai yang mungkin kepada sesetengah orang begitu remeh untuk diambil pusing. Mungkin tidak perlu diambil berat. Tak perlu dipersoal. Tak perlu dipedulikan. Tak perlu dijadikan sesuatu yang 'mengecohkan'.

Nilai-nilai hidup yang semakin berubah menjadi 'norma' dalam kehidupan bangsaku masa kini. Bangsaku yang semakin progresif . . . mengikut sukatan atau ukuran diri masing-masing . . . sudah begitu sibuk mengejar kemajuan itu hingga alpa banyak perkara. Aku tak ambil yang besar-besar atau yang serius amat. Aku hanya mampu tunjukkan yang kecil-kecil yang tak diambil serius oleh ramai mereka yang sudah maju atau baru separuh maju!

Maka demi cara dan pendirian aku sendiri . . . dan setelah ku renung dan ku pandang berkali-kali . . . aku sah sudah menjadi seorang yang kehilangan sabar dalam hal ini. Aku mesti mencurahkannya di mana-mana. Maka penulisan inilah hasilnya. Ruang inilah wadahnya.

Mudahkan cerita . . . nilai-nilai yang aku maksudkan itu terdiri daripada beberapa kebiasaan yang semacam sudah menjadi amalan golongan bangsaku yang maju sekarang. Entah secara sedar atau tidak, entah separuh sedar atau bawah sedar atau dalam situasi yang lain lagi, kebiasaan ini berlaku di sekeliling kita tanpa banyak perhatian. Kebiasaan yang terdapat di kalangan keluarga kita dan dalam komuniti kita ini seolah-olah rela diterima . . . Situasi-situasi contoh seperti berikut:


Situasi 1

"Ini uncle Majid . . . kawan abah."

Begitu aku diperkenalkan kepada anak-anak mereka oleh ramai kawan-kawanku. Kawan-kawanku dan keluarga mereka sebangsa dengan aku. Bahasa ibunda aku dan mereka sama. Begitu mudah perkataan yang digunakan. Tapi aku rasa tak selesa apabila diperkenalkan demikian. Entah mengapa aku lebih senang andainya aku diperkenalkan begini:

"Ini pakcik Majid . . . kawan abah."


Situasi 2
Seorang gadis kawan anakku datang ke rumah. Dia sebangsa dan seagama denganku. Setiba di pintu rumahku gadis itu terus saja masuk dan menegurku . . .

"Hello uncle, how are you?"

Aku ketika itu baru habis menunaikan solat maghrib. Aku berkain pelekat dan masih bersongkok. Aku seolah-olah tidak mempercayai apa yang baru aku dengar diucapkan si gadis manis sebentar tadi.

Lagi sekali aku tidak selesa. Aku mungkin mengharapkan sapaan yang begini:

"Assalamualaikum pakcik, apa khabar?" . . . atau setidak-tidaknya . . . " Apa khabar pakcik?" (tanpa salam jika orang itu tidak biasa memberi salam).

Situasi 3

Pada suatu pagi di halaman rumahku . . . Isteriku menegur seorang kawannya (jiran kami) . . . seorang nenek yang membawa cucunya bersiar-siar di kawasan perumahan kami.

"Hai, nak ke mana tu pagi-pagi ni?"

"Alah kak, bawak budak ni jalan-jalan ha . . . mak dan ayahnya baru pergi kerja."

Isteri aku yang peramah pagi itu bertanya pula kepada anak kecil tu . . . (baru berusia kira-kira setahun dua) . . .

"Ha, adik comel . . . emak mana . . . ayah mana?"


Anak kecil itu terkebil-kebil tanpa jawapan . . . Tiba-tiba si nenek tadi yang bersuara:

" Emak wok (bunyi untuk perkataan work rupanya setelah aku dengarkan dengan teliti) . . . ayah pun wok."

Aku tersenyum sendirian. Aku bukan hendak memperlekehkan si nenek itu. Cuma . . . kan lebih baik jika anak kecil itu dibiasakan dengan bahasa ibundanya (yang belum pun dapat dikuasainya) terlebih dahulu sebelum disogokkan bahasa yang begitu asing kepadanya.



Situasi 4
Kisah selanjutnya . . . Ada beberapa insiden pasangan-pasangan tua muda yang datang berkunjung (membawa anak-anak atau cucu-cucu mereka) ke rumahku.


Aku agak terkejut dengan cara 'bersosial' dari segi pertuturan dan tindakan mereka masing-masing. (Agaknya aku masih berfahaman macam budak kampung walaupun sudah membesar sejak dari zaman kanak-kanak, bersekolah hingga bekerja di KL.) Antara arahan-arahan BI yang sering aku dengar dilontarkan kepada budak-budak kecil yang berkenaan (berusia dalam lingkungan 1 hingga 4 tahun) adalah begini:
"Come here boy/girl." "Don't be naughty." " Atuk ?/ Uncle scold". Paling hebat . . . "What did I tell you . . . Don't misbehave . . . understand, understand!"

Aku lihat budak-budak yang berkenaan itu tak faham sepatah haram pun. Mereka tercengang-cengang. Sampailah aku masuk campur dengan mengatakan:
"Jangan usik buku atuk tu . . . " atau "Ha, jangan panjat almari/kerusi tu . . . nanti jatuh!"

Dan, mereka lebih faham! Terus berhenti melakukan apa yang mereka buat. Tak taulah . . . kot-kot mereka tu lebih takut kepada aku . . . berbanding kepada ibu bapa atau atuk dan nenek mereka sendiri . . . he,he.



Situasi 5

Ada lagi kisah orang 'tua-tua' cakap omputih dengan 'kanak-kanak' yang masih mentah sangat (dari segi usianya). Kisah tersebut amat mempengaruhi minda aku setelah mendengarnya daripada mulut seorang junior. Rasa geli hati pun ada kecewa sendiri pun ada.

Ceritanya si junior tu amat kagum dengan seorang anak kecil yang baru berusia dua tiga bulan yang kononnya hanya memahami BI sebagai bahasa 'arahan' atau 'perbualan'. Aku fikir mungkin kata-kata arahan seperti :

"Go to sleep now boy/girl." "Be a good boy/girl." "Don't cry." "Come, it's dinner time" . . . atau "That is a cat, meow meow." "That is a rabbit, rabbit." "That is a cow,cow". . . atau "No boy/girl no, no."

Apabila diunjukkan gambar harimau pula kononnya budak kecil itu tak faham kalau tak disebut tiger. Alahai mak bapaknya sebangsa dengan teman . . . dan bahasa ibunda kami pun sama!
Si junior tu kagum memikirkan anak kecil itu bijak BI kot! Apa yang si junior tu tak mengerti ialah anak kecil tu langsung tak faham apa-apa. Dia kelihatan macam faham apabila diagah dan dituturkan kata-kata . . . yang bunyinya mungkin melucukan atau menakutkan . . . hingga dia sama ada ketawa atau menangis menurut situasi yang bersesuaian dengan moodnya pada sesuatu ketika.

Ada banyak lagi situasi seumpamanya yang boleh dikisahkan. Cuma rasanya memadailah dahulu dengan situasi yang diterbitkan sebagai contoh di atas.
















dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

Thursday, April 28, 2011

RTM (Rangkaian Tahyul Malaysia?)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Nak Jemput Hantu Setan Ke Rumah?



Seingat aku . . . dulu pada tahun-tahun 1990-an . . . pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) . . . amat teliti dan hati-hati . . . hingga pernah dicap 'cerewet' . . . dalam meluluskan sesuatu rancangan atau persembahan untuk tayangan kepada umum.


RTM yang menjadi nadi kepada penyiaran negara dan merupakan mata dan telinga kepada Kementerian Penerangan dan Penyiaran Malaysia dahulunya mengenakan banyak syarat dan peraturan kepada badan penyiaran lain di negara ini seperti TV 3 dan Astro sebelum sesuatu rancangan atau persembahan itu boleh 'dilepaskan' bersiaran di udara.


Rancangan berbentuk atau berbaur tahyul atau berunsur khurafat yang boleh memesongkan akidah tidak pernah mendapat tempat di kaca TV kita ketika itu. Persembahan yang melanggar tatasusila dan bercanggah dengan pegangan budaya murni orang kita tidak pernah dibenarkan.


Aku masih ingat . . . pada 1 November 1992, Datuk Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan Malaysia ketika itu) memotong rambut beberapa artis tempatan yang berambut panjang sebelum mereka dibenarkan membuat persembahan di kaca TV.


Artis-artis yang dipotong rambut mereka itu amat terkenal dalam bidang muzik dan nyanyian tanah air. Mereka menjadi kegilaan remaja dan peminat hardcore di seluruh negara. Artis-artis itu termasuklah nama-nama gah seperti Amy Search dan Awie Wings.


Peristiwa unik ini disiarkan secara live dari Auditorium Besar Angkasapuri KL melalui saluran RTM 1.


Tok Mat (gelaran popular Pak Menteri yang berani itu) tidak peduli. Beliau tidak takut menjadi tidak popular. Beliau lebih takut jika nilai murni dan budaya bangsanya terjejas . . . Tok Mat khuatir ini kelak membawa kepada keruntuhan budaya bangsa.


Dan seterusnya . . . Tok Mat membanteras habis-habisan bahan tahyul dan syirik yang menurutnya dibimbangi boleh memesongkan akidah orang ramai.

Begitulah senarionya pada ketika itu.

Sekarang dah lain. Terlalu banyak bahan tahyul dan syirik dibiarkan terpapar di skrin TV Malaysia. Setiap kali . . . suka atau tidak . . . kita akan disogokkan bahan berkenaan. Ramai yang dah jadi penonton pasif. Macam juga perokok pasif. Terkena jangkitan tak sihat akibat kerakusan pihak lain. Dah berleluasa jadinya. Dah ada begitu ramai pula penonton TV yang dah jadi addict . . . macam penagih le tu! Sampai peringkat pasrah dan lumrah!


Kini . . . dengan kemudahan medium TV dan melalui kelonggaran dan kompromi penyusunan dan perancangan rancangan/siaran yang tidak terkawal lagi . . . dah jadi semacam trend manusia menjemput hantu dan setan bertandang ke rumah masing-masing.


Hantu dan setan dah layak bertandang ke ruang tamu! Baring-baring di bilik tidur! Makan-makan di ruang makan atau di dapur! Lepak-lepak di segenap penjuru rumah dan kalau ada TV di bilik air atau tandas . . . tumpang bermenung di sana juga!


Untungnya makhluk-makhluk halus tu sekarang! Macam manusia dah meredakan mereka join kelompok keluarga manusia dan tinggal bersama di rumah manusia!


"Mengapa sampai begini jadinya?", tanya JS sahabat karib aku baru-baru ini.


"Pihak TV Malaysia sekarang dah macam hilang etika bersiaran!", tambah JS lagi.


"Rambut panjang boleh. Dedah sana dedah sini boleh. Cium-cium dah boleh. Lucah itu lucah ini pun boleh! Dah tak ada sapa ke ambil peduli lagi . . . Tak macam zaman orang tua tu dulu!", rungut JS.


JS akhirnya sempat melepaskan kemarahan yang sejak lama terpendam di kalbunya. Dia berkata,"Contoh-contoh perbuatan atau perlakuan syirik dalam komuniti kita dah terlalu banyak dihighlight oleh pihak-pihak TV di Malaysia. Dah macam tak terkawal-kawal lagi trend ini. Dah macam nak promosikan sangat 'kehebatan' bahan tahyul dan syirik tu".


"Paling teruk . . . cucu-cucu aku dah sampai takut duduk dalam rumah . . . nak masuk bilik pun takut . . ." JS menambah dengan geramnya.


Mana tak nya segala hantu dan setan dah bebas keluar masuk rumah . . . dah duduk pun dalam rumah manusia sekarang!


Aku pun tak tahu mengapa sampai jadi begitu JS. Aku cuma boleh membuat andaian. Aku terfikir . . . bila JS membangkitkan soal itu . . . mungkin . . . mungkin saja kerana sekarang dah tak ada lagi orang macam TOK MAT . . . maka muncullah banyak orang yang bersikap ASAL SELAMAT.


Apa saja boleh. Lantaklah . . . asal posisi dan interest aku terjamin . . . sudah!


Andaian aku yang ini lagi menyakitkan . . . mungkin. Dah tak ada TOK MAT masih ada RTM. Tapi RTM sekarang apa ha? Radio Televisyen Malaysia atau . . . dah jadi Rangkaian Tahyul Malaysia? . . . dan agensi penyiaran besar yang dua lagi tu . . . TV3 dan Astro apa pula ha? Masing-masing dah jadi . . . Tahyul Vision 3(D) dan Asyik Sogok Tahyul Rasuk Orang kah? . . . kah, kah, kah . . .


Dan . . . kalau dulu nama Kementerian Penerangan Malaysia hebat . . . sekarang dah tukar kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia . . . sepatutnya lebih hebat.


Alahai pihak yang berwajib . . . buatlah patut-patut . . . apa yang kome bulih . . . {do something rather than nothing, man . . . don't just go for gains at other people expense! . . . celah jiran omputih teman tu le. }


Ramai lagi orang yang mengalami 'resah hati' macam JS . . . ada kat luar ni . . . maka carilah pula ramai orang macam TOK MAT tu supaya . . . RTM memang jati RTM.


{JS dan aku terdengar jiran omputih aku tu berkata . . . Keep your fingers crossed, mates . . .}


Tapi JS dan aku . . . dan ramai lagi orang seperti kami di luar ni . . . tak kan sanggup berbuat demikian selama-lamanya!

Wallahuaklam.










dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

Tuesday, April 26, 2011

Camno English Kau?




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Naik Atas? Turun Bawah?


One fine day, my very close friend GK, an ex-Labour Dept Boss cum ex-Industrial Court Chairman called me up. He sounded quite furious over the phone. I could picture GK fuming at the other end of the line for whatever the reason was. I am familiar with GK's tantrums and outbursts. We were together since schooldays in the 50s and 60s.


GK: Hello Jid. A kaba?

Writer: Baiek jo ha. A pulo kaba wa ang?

GK:
Ok sadonyo . . . Tapi . . .


Writer: Tapi apa Li? Engkau macam serius aje!

GK: Ada nak cakap dengan engkau sikit. Ada sikit tak puas hati ni.

Writer: Ah . . . apa hal Li . . . apa dah jadi?

GK: What do you think of this? {tiba-tiba GK berbahasa ibunda jiran omputih aku}.

Writer:
Of what Li?


GK: Alah si pengacara TV ni . . . {dah cakap bahasa ibunda sendiri lak kawan aku ni }.

Writer: Kenapa dia Li. Dia kacau ganggu engkau ke?

GK: Tak lah. Tapi kalau nak cakap omputih di khalayak ramai apalagi melalui rancangan TV tempatan yang ditontoni masyarakat 'massa' biarlah cakap betul-betul!

Writer: Apa yang engkau angin sangat ni Li?

GK:
You know Jid . . . that TV presenter started his presentation with the salutation " Good night everyone . . . welcome to the show" . . .
pada program malam tu.

Writer: Oh itu saja . . . aku ingat engkau nak saman orang . . . atau nak masukkan orang ke dalam jel!

GK:
Tak lah. Kalau nak cakap omputih pun untuk program dalam bahasa Inggeris . . . belajar dan ketahuilah budaya dan erti sebenar dalam bahasa sasaran itu sekali.
Janganlah asal 'malam' saja sebut 'night' . . . mentang-mentang terjemahan kata 'malam' dalam bahasa Melayu ialah 'night' dalam bahasa Inggeris!

Writer: Wah . . . sejak bila jadi orang mahkamah yang amat mementingkan 'jiwa' sesuatu bahasa dalam berkomunikasi tu ha Li?

GK:
Bahasa jiwa bangsa . . . Jid. Untuk semua bahasa dan untuk semua bangsalah . . . aku maksudkan!


{ Jiran omputih aku apa lagi . . . mencelah terus: " GK 's right man! One says 'good night' only when one is leaving any place [at night] and won't be meeting that particular group of individuals or people there anymore until the next morning. If one has just met them for the first time that night . . . one says 'good evening'." }

Sibuk betul jiran omputih aku ni beri explanation. Thank you jiran.

Si penyampai TV tu pulak . . . berjinak-jinaklah dengan budaya sesuatu bahasa terlebih dahulu . . . untuk menjiwai bahasa itu. Barulah penyampaian anda meletup!

Aku malas aje nak cakap tentang beberapa lagi kesilapan lain yang sering aku dengar dilakukan pengucap-pengucap BI 'separuh tiang'. Tapi . . . cakap jugak le! Kawan aku si GK pun dah kurang angin nampaknya.

Aku sebut satu dua contoh aje cukuplah.


Improper usage of verbs like 'repeat' and 'return'. When using them many English users seemed undisturbed by the 'act of redundancy' in English speaking (I'm not excluded/spared too at times) eg 'repeat again' and 'return back'.

Phrases like

1. 'Do you mind if . . .' (in a request for permission by the speaker to the listener to do something) has more often than not been misunderstood and wrongly responded to by the listener to mean the opposite of what he really wants to say.

2. 'What's your father?' . . . a simple question on the surface. However the response to this question has been alarmingly unthinkable (especially at tertiary levels).


Example 1:


Speaker: Do you mind if I sit here?

Listener: Yes. (But he allows the speaker to sit there.) His response should be 'No' to mean he don't mind and that he agrees to the speaker's request. 'Yes' meant he mind and that he does not want the speaker to sit there!


Example 2:

Question: What's your father?

Answer: He is a man. My old man.


{This time my jiran omputih lost his head . . . he forgot his mother tongue and interfered: Hai . . . kome . . . bio bebeno. Dema tu nyoe . . . " Bapak mika keghoja apa? Bawak-bawak le paham sikit!"}

That's about it for d moment. We'll story-story (cita-cita le tu) again later. Bye and keep safe GK. Take 5.








dsuarang.blogspot.com

2 comments:


Rb@ssociat3S said...
Salam abah, Masih teringat satu insiden waktu masih Study. Rasa-rasanya anum pun tahu. Tak silap ia berlaku masa kami diajar untuk address the Court. Kebetulan, lecturer yang jadi judge merupakan seorang ex-well known lawyer. Baik, tetapi kata-kata sangat sarcastic walaupun melucukan. Nak dijadikan cerita, ada seorang budak perempuan sabah dengan muka innocent dengan selamba ketika disuruh address Court cakap "MAY I PLEASE YOU MY LORD". apa lagi dengan selamba Ex-Lawyer tu jawab (kalau tak silap la) "Sure. Why Not." Apa lagi...semua budak ketawa
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Roy, An interesting case . . . Penggunaan perkataan PLEASE boleh membawa berbagai konotasi(pertalian idea atau maksud ungkapan selain daripada makna yang tersurat)buruk atau baik. Dalam kes member (pengucap) yang buat address seperti Roy sebutkan itu . . . maksudnya jelas negatif kepada diri pengucap . . . tetapi tidak disedari oleh pengucap (mungkin kerana dia kurang 'arif' apabila bercakap dengan orang yang lebih 'arif' seperti lecturer @ ex-well known lawyer tu.) Apapun yang jadi 'judge' tu boleh saja berkata begini kepada si pengucap . . . (untuk cover sikit 'kejahilan' yang terserlah) . . . "Well, by all means if it pleases you to please me!" Maksudnya jadi positif sedikit berbanding jawapan, " Sure. Why Not." Well , as for abah . . . I felt very pleased listening to the Beetles 'PLEASE PLEASE ME' every time. The lesson learnt from that particular episode is . . . think well ahead before trying to please people . . . he, he :)
Nuffnang Ads

Sunday, April 24, 2011

Sudah Gaharu Cendana Pula



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sudah Tahu Bertanya Selamba!


Perasan atau tidak, setiap hari ramai orang mengemukakan soalan-soalan pelik kepada orang lain. Mereka tentulah mendapat jawapan yang pelik juga daripada orang yang disoal itu.

Ada orang melakukan perbuatan ganjil tanpa menyedarinya. Perbuatan dilakukan secara bersahaja. Tidak terfikir oleh pelaku sama ada perbuatan itu patut atau tidak. Orang lain biasanya dapat melihat keganjilan atau ketidakpatutan sesuatu soalan atau perbuatan itu.

Situasi sedemikian mempengaruhi dan mewarnai perjalanan hidup kita sehari-hari. Mari kita lihat contoh soalan dan jawapan yang agak bersahaja tetapi akan menimbulkan keadaan yang pelik apabila dihalusi maksudnya:

Situasi 1 :
Serkap jarang aje

Seorang jiran yang peramah berjalan melalui tepi rumah Kak Mah. Ketika itu Kak Mah berada di ruang dapur. Jiran tak nampak apa Kak Mah buat. Tetapi kerana hendak berlaku mesra si jiran membuat andaian Kak Mah sedang memasak. Jiran itu pun menegur.
Jiran: “Hai, apa buat tu?…masak nampaknya”.

Dengan selamba Kak Mah memberi respons.

A: “Ha,ah. Memang masak … dengan mesin basuh yang selalu buat kerenah ni!”

(Inilah yang dikatakan ramah tak kena tempat. Pakai teka aje. Salah teka pulak tu!)



Situasi 2:
Saja suka menyebok


Pak Tam menegur budak bujang yang berlari ke arah sebuah pondok untuk berteduh ketika hujan turun dengan lebat. Ada sebuah paip bomba dekat pondok itu.

Pak Tam: “Hujan lebat … Nak berteduh ke?”

Budak bujang: “Tak Pak Tam, air pancut bomba ni dah terbuka. Saya nak tutupkan”.

(Si bujang itu malas nak layan lama-lama. Dah sah tahu, bertanya juga lagi. Entahlah.)


Situasi 3:
Dah tahu bertanya pula

Hari hujan lebat. Anum sudah basah kuyup berjalan di dalam keadaan hujan yang lebat itu. Dia meneruskan perjalanan. Ketika melintasi hadapan rumah Cik Jah, terdengar sapaan …

Cik Jah: “Anum … basah ke?”

(Anum senyum sahaja … dan terus berjalan. Tak payah respons le.)


Situasi 4:
Lain-lain pengertian

Makcik sedang melintasi jalan kecil di taman perumahan. Makcik terlihat dua orang gadis asing bertolong-tolongan menjemur kain basuhan di ampaian. Makcik pun menegur:

Makcik: “Wah rajinnya … tolong-menolong … jemur kain basah ke?”

Gadis 1: “Tak, orang jemur kalu, mesti kain kering Cik!”

Gadis 2: “Ha, ah Cik … Orang jemur mana kain ada basah … mesti kering punya!”

(Makcik kebingungan mentafsir dua maksud jawapan gadis-gadis itu!)


Situasi 5:
Orang tua-tua boleh

Seorang bapa sedang mengangkat barang-barang ke tingkat atas rumahnya yang baru siap diubahsuai. Anaknya (baru bersekolah rendah) berselisih dengannya di tangga yang menuju ke bahagian atas rumah itu. Si anak bertanya:

Anak: “Ayah nak naik atas ke?”

Bapa: “Ha le, kalau ‘naik’ … mesti le ke ‘atas’, kan.”

Anak: “Tapi kenapa Ayah selalu cakap ‘turun bawah’ bila ajak saya makan bersama
keluarga. ‘Turun’ memang ke ‘bawah’ kan Ayah?”

Bapa: “Itu lain. Kita memang biasa cakap begitu. Naik atas, turun bawah!”

(Anak hairan tetapi terfikir agaknya orang yang lebih ‘berkuasa’ berhak memutar belitkan kenyataan!)


Situasi 6:
Dulu lain sekarang lain

Sekumpulan suri rumah sedang mengerumuni sebuah lori penjual ikan dan sayur-sayuran. Masing-masing sibuk hendak membeli. Tiba-tiba Mak Anjang lalu. Dulu Mak Anjang adalah pelanggan tetap peniaga ikan ini. Sekarang, semenjak suaminya naik pangkat, tidak lagi. Mak Anjang menegur mereka.

Mak Anjang: “Assalamualaikum. Beli ikan ke?”

Suri Rumah 1: “Waalaikumsalam. Ya, apa lagi”.

Mak Anjang: “Tak le ... ikan jual kat sini kecik sangat. Kat pasar sana tu leih besar dan segar”.

Suri Rumah 2: “Tak apa le Mak Anjang. Kami beli ikan ni pun untuk kucing di rumah tu… macam Mak Anjang selalu cakapkan dulu. Jadi tak perlulah pergi ke pasar!”

Suri Rumah 3: Lagi pun ikan besar tak sedap, tak manis … seperti Mak Anjang selalu katakan dulu juga!

(Mak Anjang berlalu tanpa berkata apa-apa lagi. Teringat masa lalu … masa suami belum naik pangkat le! Masa itu Mak Anjang banyak memberi alasan untuk ‘cover line’ hidup susah… kena berdikit-dikit. )


Situasi 7:
Aku faham lain

Jamal kaki memancing. Satu hari sedang dia memancing lalu seorang kawannya. Kawan itu bertanya.

Kawan: Memancing ke?

Jamal: Main-main, sikit aje.

Kawan: Mengapa … Ikan tak ada ke?

Jamal: Tak … belum ada rezeki.

Kawan: Selalu banyak ke?

Jamal: Ha, ah.

(Lepas itu kedua-dua mereka senyap. Kawan jamal berlalu dari situ. Jamal terus memancing. Sebenarnya kawan Jamal menanyakan di tempat Jamal memancing itu ada banyak ikan atau tidak. Jamal pula ingat kawannya nak tahu dia dapat ikan ke tidak dan selalunya dia dapat banyak tak. Begitulah jadinya kalau salah mengerti pertanyaan orang atau salah terima jawapan orang. Masing-masing dengan pengertian sendiri-sendiri.)


 











 dsuarang.blogspot.com