Tuesday, December 21, 2010

Hj Omar Dalam Kenangan




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Berkat Doa Ayah . . .



Aku pernah terbaca sebuah puisi karya General Douglas MacArthur (Ketua Turus Angkatan Tentera AS era 1930-an yang memainkan peranan penting di zon Pasifik dalam Perang Dunia II) bertajuk A Father's Prayer. Antara bait-bait puisi itu yang menarik perhatian aku berbunyi begini:

Build me a son, O Lord,
who will be strong enough to know when he is weak
and brave enough to face himself when he is afraid.

One who will be proud and unbending in honest defeat,
And humble, and gentle in victory.

Dalam bahasa ibunda sendiri aku fahami maksudnya lebih kurang begini:

Ciptakan seorang putera untukku, Oh Tuhan,
seorang yang sanggup mengakuri diri yang kelemahan
dan cukup berani menghadapi keadaan bila ketakutan.

Seorang yang tetap megah dan bermaruah setelah benar-benar kalah,
Dan merendah diri, serta penuh sopan dalam kemenangan.

Aku bermukadimah begini kerana terkenangkan seseorang yang aku amat hormati sejak mula bertemu dengannya pada tahun 1980-an. Beliau berkeperibadian amat sederhana. Tidak berlebihan dalam percakapan dan tindak tanduknya. Mudah mesra. Berbudi bahasa. Merendah diri tetapi berpendirian sasa. Beliau meghormati orang tidak kira status atau kedudukan mereka. Tabah mengharung kehidupan dalam bentuk beraneka rupa.

Dan, paling aku senangi beliau sentiasa kelihatan ceria . . . entah bila beliau bermurung durja agaknya. Memang tepat seperti kata salah seorang ahli keluarganya . . . sesiapa yang bertemu atau bertamu ke rumahnya (dan mengenalinya) pasti akan turut tenang dan ceria sepertinya.

Aku terfikir mungkin berkat doa dan ajaran serta didikan daripada ayahandanya Hj Ismail (dan pasti bondanya jua) menyebabkan beliau berperwatakan sedemikian rupa.


Ayah dan Ibu yang sama-sama membentuk peribadi Ayahanda Omar bin Ismail . . .
Allahyarham Hj Ismail bin Arshad (terkenal dgn panggilan Tok Awang Pak Teh) & Hjh Aishah bt Kamarudin

[Baby yang meniarap kat depan tu sapa hah? Lihat foto dalam STOP PRESS di akhir artikel ini . . . Foto kat anak tangga tu . . . duduk hadapan sekali nombor satu dari kiri . . . Tengoklah siapa . . .]


Banyak juga aku belajar tentang hidup dan kehidupan sepanjang aku mengenali ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail . . . orang yang aku maksudkan di atas.



Aku seterusnya teringat pula akan bait-bait lain dalam puisi nukilan si Jeneralisimo omputih tersebut di atas. Begini bunyinya:

Build me a son whose heart will be clear, whose goal will be high,
a son who will master himself before he seeks to master other men,
one who will reach into the future, yet never forget the past

Lantas aku fikirkan maksudnya dalam bahasa ibundaku lagi:

Ciptakan seorang putera untukku yang berhati jujur, yang bercita-cita tinggi,
seorang putera yang dapat menguasai dirinya sebelum dia cuba menguasai orang lain,
seorang yang berfikiran jauh ke hadapan, namun tidak pernah lupa akan masa lampau

Dan, sekali lagi aku terfikir . . . doa seseorang yang tidak putus-putus keikhlasannya pasti dimakbulkan Allah swt dengan sesempurna mungkin.

Ayahanda Omar dianugerahkan bukan satu tetapi tiga orang cahaya mata. Dua putera dan seorang puteri. Anak-anak beliau ini aku perhatikan tidak mensia-siakan hidup mereka. Mereka bersama-sama menaikkan martabat keluarga Omar bin Ismail. Mereka menyumbang kepada kebahagiaan sebuah keluarga yang mengamalkan prinsip 'kesederhanaan' dalam setiap liku perjalanan hidup mereka.

Anak-anak itu diberi nama Basri bin Omar, Mohd Pauzi bin Omar dan Sobehah bt Omar. Mereka masing-masingnya dilahirkan pada tahun 1952, 1955 dan 1959. Bagaikan diadun dan diterap . . . salah seorang daripada mereka . . . Basri bin Omar (anak sulung) menepati kata-kata seperti tercatat dalam bait-bait puisi si Jeneral tadi.

Basri pernah menjadi komandan dan pegawai pemerintah dalam Angkatan Tentera Malaysia sebelum bersara sebagai Lt Kolonel yang dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) atas jasanya terhadap negara. [Insya-Allah kisah beliau akan dituliskan kemudian]. Pauzi pula kini bersara daripada perkhidmatannya sebagai pegawai akaun di sebuah organisasi petroleum terbesar Malaysia. Sobehah cukup dengan menjadi seorang suri rumah tangga yang solehah.



Kelompok foto keluarga sebagai kenang-kenangan sempena persaraan
Mohd Pauzi Omar daripada perkhidmatannya. Rekaletak oleh Basri Omar


Ketiga-tiga orang anak itu dikurniakan Allah swt kepada ayahanda Omar yang berasal daripada mukim Merbok, Kedah melalui isterinya Kholijah bt Othman. Seorang isteri yang juga cukup 'sederhana' seperti ayahanda Omar sendiri.

Omar bin Ismail dilahirkan pada tahun 1927 di Kg Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah. Jadinya beliau anak jati Merbok.


Tempat jatuh lagi dikenang . . . Inikan pula tempat bermain

Pemandangan sekeliling yang membawa seribu satu macam nostalgia

Masjid Kg Merbok di kampung halaman asal Ayahanda Omar bin Ismail


Beliau berkahwin dengan Kholijah bt Othman pada bulan Ogos 1951. . . Lebih tepat lagi mereka bernikah pada 5 haribulan Zulkaedah 1370 di Merbok, Kota Kuala Muda, Kedah.




Surat nikah Ayahanda Omar bin Ismail dengan Bonda Kholijah bt Othman

[Perhatikan dengan teliti nama pengantin lelaki . . . Mengapa Omar bin Awang . . . bukan Omar bin Ismail ? Oh . . . penulis baru diberi tahu Basri, cucu Allahyarham Hj Ismail Arshad, bahawa nama lebih popular Tok Wan itu di kampung . . . alahai ada aka le . . . ialah Tok Awang Pak Teh. Patut le ditulis jurunikah nama Ayahanda Omar itu . . . sebagai Omar bin Awang . . . dah jelas sekarang.]


Saat-saat bahagia sepasang pengantin yang saling menyayangi antara satu sama lain. Persandingan Ayahanda Omar bin Ismail dengan Bonda Kholijah bt Othman di Merbok, Kedah.


Aku sememangnya menganggap ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail sebagai seorang yang berhati mulia dan tinggi budi pekerti sejak aku mengenalinya pada awal tahun 1980-an. Aku masih ingat waktu aku sekeluarga berkunjung ke rumahnya di Pendang dan tidur di sana buat kali pertamanya pada tahun 1989. Kami sekeluarga dilayan tidak ubah sebagai ahli keluarganya sendiri.




Salinan KP lama ayahanda Omar bin Ismail

Beliau amat mesra dan menunjukkan banyak contoh yang baik sebagai tuan rumah yang menghargai kunjungan tetamunya. Maka tidaklah menghairankan apabila ingatan mesra sebegini diterakan oleh kaum keluarga terdekat beliau seperti terdapat dalam sms (dicatat semula oleh adinda Basri daripada telefon bimbitnya) yang diterima sempena ulang tahun ke-5 pemergian Allahyarham.


Petikan catatan drpd sms
telefon bimbit Basri Omar


Allahyarham ayahanda Tuan Hj Omar bin Hj Ismail meninggalkan kita semua buat selama-lamanya pada jam 01:41 petang Jumaat 21 Januari 2005 bersamaan 10 Zulhijjah 1425 H (HRH) setelah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya (motor / lori kecil) di pekan Pendang, Kedah pada kira-kira jam 9:00 pagi Ahad 16 Januari 2005.



Tanah perkuburan Islam di Masjid Lama, Kg Merbok, Kedah


Al-Fatehah . . . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh semua ahli kubur

Pusara Allahyarham Ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail


Sekarang . . . setiap kali aku meminum kopi atau memakan kuih apam balik . . . aku akan teringat kepada ayahanda Omar. Ini kerana beliau tidak lupa membawa bersamanya serbuk kopi dari Pendang setiap kali datang berkunjung ke rumahku di KL. Beliau seolah-olah mengerti aku amat menggemari minuman itu. Begitulah budi bahasanya. Demikian keprihatinannya.

Kuih apam balik pula dapat aku rasa seberapa banyak kali aku ke Pendang. Ayahanda Omar memang pandai membuat kuih apam balik. Beliau siap memberi tahu aku tentang cara membuat kuih tersebut termasuklah bagaimana hendak menjadikan kuih apam balik itu lembut dan gebu!

Mudah saja katanya,"Bancuh sedikit dengan air kelapa."

Aku terfikir . . . tidak kedekut ilmu beliau ini. Salah satu sifat mulianya . . . sanggup berkongsi pengetahuan dengan sesiapa sahaja.

Ketika aku ke Tokai menghadiri suatu kenduri tahlil arwah tidak berapa lama dahulu . . . aku mendapat tahu daripada salah seorang anak buahnya (yang berniaga aiskrim) bahawa resipi dan cara membuat aiskrim itu bersasal daripada ayahanda Omar juga. Wah, betapa banyaknya amal jariah yang telah dicurahkan beliau! Semoga Allah membalasnya dengan setinggi-tinggi penghargaan.

Pendeknya ayahanda Omar (pastinya dengan sokongan dan bantuan bonda Hjh Kholijah Hj Othman) adalah seorang yang kuat berusaha (bekerja & berniaga) sepanjang hayat mudanya. Beliau melakukan segalanya ini demi pendidikan dan kebajikan anak-anaknya.


Petikan drpd catatan sms
telefon bimbit Basri omar


Ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail
& Bonda Hjh Kholijah bt Hj Othman

Dan . . . daripada apa yang dapat aku lihat . . . segala usahanya itu tidak sia-sia. Anak-anak ayahanda Omar yang juga bersikap mengamalkan gaya hidup sederhana . . . merupakan anak-anak yang tahu membalas budi.

Paling teratas . . . apabila mereka berganding bahu, berkongsi wang ringgit dan tenaga . . . berjaya membawa ibu bapa mereka ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardu Haji. Alhamdulillah.


Petikan drpd catatan sms
telefon bimbit Basri Omar

Setelah berkesempatan memerhati banyak simplicity dan positive qualities dalam perjalanan hidup keluarga ini . . . berkat kepimpinan ayahanda Omar . . . aku dengan segala keikhlasan hati . . . mendoakan agar roh ayahanda terus-terusan diangkat dan ditempatkan secara paling istimewa di sisi Allah swt.








Catatan peribadi Basri Omar tentang peristiwa kematian/urusan pengkebumian Ayhn Hj Omar



Rekod Rasmi Kematian Ayhn Hj Omar


Al-Fatihah . . . Amin.


. . . dan, bertepatan dengan bait-bait penutup puisi si Jeneral itu . . . yang berbunyi begini . . .

Then I, his father, will dare to whisper "I have not lived in vain."

. . . aku yakin demikian jua kepercayaan ayahanda Hj Omar bin Hj Ismail terhadap anak-anak dan keluarganya yang ditinggalkan . . .




STOP PRESS


Pertama Kali ke Rumah Ayahanda Hj Omar di Pendang

Penulis dan isteri (Alimah) pernah pertama kali sampai ke rumah di Pendang ini pada 25 Oktober 1983. Penulis ketika itu melaksanakan tugas rasmi di zon Utara. Ingat nak surprise-kan Ayahanda Hj Omar & keluarga dengan kunjungan 'mengejut' ini. Rupa-rupanya kami berdua yang kena surprise . . . dapat rumah kosong . . . tak ada sesiapa di rumah! Tak mengapa . . . kami bergambar sahaja di hadapan pintu pagar . . . Sekurang-kurangnya jadi bukti kami dah sampai le . . .


Kunjungan Sekeluarga Kemudiannya . . .


Foto-foto diambil pada hari Isnin 6 November 1989 apabila penulis sekeluarga berkunjung lagi ke rumah Ayahanda Hj Omar di Pendang. Kali ini lebih bernasib baik. Dapat board & lodging sekali . . . he, he. Alhamdulillah , itu le rezeki namanya!

Foto kiri: Hadapan dari kiri: Siti Nur Nazihah Basri, Siti Nur Asilah Basri & Marlyana Haniz Majid. Tengah dari kiri: Halmy Zahari Majid (memangku Mohd Fitri Basri) & Hazry Zaharith Majid. Belakang dari kiri: Mazlyn Hanim Majid, Wahidah Ramli, Mazlyna Hanum Majid & Halim Zaharyn Majid.

Foto kanan: Hadapan: Halim Zaharyn Majid. Tengah: Dari kiri: Halmy Zahari Majid, Mohd Fitri Basri & Siti Nur Asilah Basri. Belakang: Dari kiri: Mazlyna Hanum Majid, Siti Nur Nazihah Basri, Hazry Zaharith Majid, Marlyana Haniz Majid & Wahidah Ramli.


Antara SMS Ikatan Kasih dan Penghargaan
Terhadap Ayahanda Omar bin Ismail


. . . isi mesej yang dimajukan Basri Omar kepada penulis menjelaskan keadaan sebenar . . .

. . . betapa sanak saudara dan sahabat handai menghargai manusia yang bernama Omar bin Ismail ini . . .

. . . banyak kebaikan dan kekuatan sifat dan sikapnya terserlah daripada curahan rasa mereka yang berhubungan dengan beliau . . .

. . . penulis turut terharu membaca apa yang dicatatkan oleh mereka yang masih meneruskan hidup ini . . . sebagai kenangan mesra terhadap seorang ahli keluarga yang dikasihi . . . yang kini telah pergi buat selama-lamanya . . .

. . . begitu kukuhnya ikatan kasih dan teguhnya rasa penghargaan anak buahnya (yang kini bermastautin atas tugasan di Jakarta) terhadap dirinya yang mereka panggil Pak Tam Besaq . . .



[Lihat catatan sms ini secara detail / jelas dalam comment di akhir artikel]













dsuarang.blogspot.com

27 comments:

basri bin omar said...

Salam Uda!

Jazakallahu Khairan Kathira....tk atas pemerhatian dan kepedulian Uda ttg Almarhum Ayahnda Hj Omar(Alfatihah buat Rohnya)...memang seorang Ayah yg tak reti...penat dan tak pernah bersungut ttg kesusahan HIDUP..sentiasa tawakkal!

Berkahwin pada bulan Ogos 1951...pernah bekerja sebagai:
Pengait Kelapa d Sabak Bernam,Menjual kain di Pekan Hari,Buruh di Lombong Besi,Penoreh Getah ,Penanam Padi,Penjual Ais Krim,Penjual Apom Balik d Wat Siam,Penjual Laksa,Buruh di Kilang Padi,Penjual Kacang Rebus d Pesta Lumut,Penjual Buah2an di Musim Haji d Pulau Pinang,Pengendali Kantin d Sek Agama Seberang Pendang dan Penjual Rokok d Pekan Pendang.
Seorang yang amat komited terhadap kerjanya.....satu contoh!

YANG TINGGAL HANYA KENANGAN!!!!!

fitri basri said...

Terima Kasih Pak Uda...

hanya rindu pada arwah wan... miss him soo much!!!air mata x dapat d sekat dr gugur d kelopak mata ini...

basri bin omar said...

Salam Uda!

Membaca kali kedua ...terus SEBAK!Banyak ilmu yang di turunkan secara formal dan tidak formal kepada kami untuk terus HIDUP d Alam ini..cuma agak kesal tak minta Doa untuk selusuh...mungkin bukan rezeki!

Di perturunkan semula sms yang di terima dari sepupu di Jakarta...Yatah"Abg E semalam buka d Suarang ...Tertidur with a great feeling thinking yes what a very pleasant Man he was to me and to Us! Yes he was a Man to be remembered for his calmness and always humble.Teringat he's a joker ,gentle and wise. Never judging a person. That article was a great tribute to Our late Tam Besaq. My heart sank reading it and betulla traits yg bnyk tu spilled over his children . I think Abg E has the strong character (garang he he)from Tam Kecik but most prominent character of Tam Besaq goes to Abg G . His gentleness tu really reflected Tam Besaq kan!Hari tu masa Aliff dok mai rumah teringat kat Abg G ,the way he speaks ya! and Kak Ah ada both characters...Most of all the Writer of the blog has summarized it all..Thanks to him ..the memory of Tam lives on inside all of Us ..Tak boleh lupa moments when he took care of us at Sect 14,PJ when Abah & Mak p Makkah...Congrats too for it."

Moga2 kita juga dapat meniru apa2 yang baik dan boleh di manfaatkan demi kerana Allah SWT!

Bamuda said...

Salam Basri,

Inilah yang dapat Uda catatkan sebagai penghargaan terhadap ketinggian hemah seorang manusia bernama Omar bin Ismail . . .

Mungkin tidak setimpal dengan kebaikannya yang diakui oleh banyak pihak. Namun Uda catatkan juga apa yang terpendam di hati ini untuk kesekian lama . . .

Memang Haji Omar bin Hj Ismail layak dicontohi sebagai seorang pemimpin keluarga yang berkesan!

Mana sendi sekampung bangsa,
Kalau tidak pada budayanya;
Bila budi disanjung keluarga,
Berkilau tampak jasa Ayahanda.

Semoga ayahanda aman dan tenteram di sisi-NYA. Amin.

basri bin omar said...

Salam Uda!

Tk lagi atas segala catatan buat Almarhum Ayahnda Hj Omar....Subhanallah!
Memang benar apa yang Uda perkatakan
DALAM KEPAYAHAN DAN KESUSAHAN HIDUP,Beliau amat gigih mencari Rezki demi anak2 yang di kasihi...!

Apapun kami adik beradik AMAT bersyukur atas segala ketentuan Ilahi..! Bila berkesempatan berumrah dalam tahun 1992 bersama keluarga termasuk Ibu dan Ayah...wajah gembira yang amat sangat terpancar kerana katanya WALAUPUN TAK PUNYA HARTA TAPI ALLAH
MENGANGKAT LAGI UNTUK DATANG KE RUMAHNYA.... BAITULLAH!

Terlalu banyak yang perlu di contohi...doa dan harapan agar segala kerja baik Almarhum di ganjarkan setimpal oleh Allah SWT..AMIN!

Bamuda said...

Salam Basri,

Alhamdulillah dapat jua adinda adik beradik membalas sedikit sebanyak budi dan jasa kedua-dua ibu dan ayah adinda itu ... secara paling bermakna.

Pasti sekali mereka bersyukur mempunyai anak-anak seperti kalian!

Tidak ramai anak yang dapat melakukan apa yang telah adinda adik beradik laksanakan terhadap kedua-dua ibu bapa mereka.

Syukur kepada Ilahi yang telah memberikan kesempatan di muka dunia ini untuk adinda adik beradik memuliakan mereka.

Allah sahaja yang membalas segala kebaikan kalian. Amin.

Bamuda said...

Salam Basri,

Terharu rasa di hati ini . . . Apalah sangat yang ada pada catatan Uda yang tak seberapanya tentang Allahyarham Ayhn Hj Omar . . . berbanding dengan kemurnian budi dan jasa pengorbanan Allahyarham demi kebahagiaan keluarganya.

Uda yang baru saja mengenalinya secara dekat pada awal 1980-an pun sudah begitu menghormatinya . . . apatah lagi kalian yang sejak lahir telah mesra dengan cara dan ragam hidup bersama beliau.

Apalah daya kita, hanya hantarkan sebanyak-banyak doa untuk kesejahteraan rohnya di sisi Allah. Doa yang ikhlas daripada khalayak yang mukmin diberkati Allah.

Paling baik . . . doa daripada anak-anak yang soleh dimakbulkan-NYA serta merta . . . insya-Allah.

Bamuda said...

Salam Fitri,

Lumrah bagi cucu yang mengenang budi berperasaan seperti anakanda Fitri.

Sama-samalah kita mohon kepada Allah swt agar roh Tok Wan yang berhemah tinggi itu diberikan sebaik-baik kebajikan. Amin.

basri bin omar said...

Salam Uda!

Tak sat balik drp ziarah Almarhum Jen Tun Ibrahim di Masjid Negara....buka lagi d Suarang....Masyaallah.....Lagi SEBAK mengenangkan pemergian Almarhum Ayahnda sudah menghampiri 6 thn..21 Jan 2005 ...tambahan kita yang menjangkau Waktu Maghrib ni....doa dan harap Anak2 boleh mencontohi Almarhum demi survival untuk terus HIDUP Insyaallah!

Buat Uda!my Humble THANKS .....Jazakallahu Khairan Kathira!

Mej Baharudin Noryat (Bersara) said...

Salam kepada Kol Basri dan penulis.
Saya turut mendoakan agar Allahyarham dan Allahyarhamah ayahanda dan bonda kol basri ditempatkan bersama-sama para solehin dan solehah. Saya memang kurang mengenali ayahanda dan bonda kol Basri, tetapi saya amat mengenali kol basri. Saya boleh megambarkan keperibadian kedua-dua mereka saling tak tumpah sperti kol basri yang seepengetahuan saya seorang yang amat baik dan mesra dengan semua orang. Memang betullah kata pepatah manusia yang jujur dan baik akan dikenang selamanya. Tahniah kepada penulis mungkin cerita ini akan dapa dicontohi oleh orang lain tk

Bamuda said...

Salam Mejar Baharudin Noryat,

Terima kasih atas komen dan doa Mejar akan kesejahteraan roh ayahanda Hj Omar Ismail (bapa Kol Basri).

Sememangnya kita tahu ada pepatah Melayu menyatakan:

"Benih yang baik . . . jatuh ke laut menjadi pulau"

Begitulah kesahihannya dalam kes Kol Basri ini. Beliau sudah tentunya telah mendapat bimbingan hidup terbaik daripada kedua-dua ibu bapanya."Good upbringing" kata omputih!

Dan, sambil kita membicarakan hal ini, ingin saya menjelaskan kepada Mejar bahawa bonda Hjh Kholijah Hj Othman (ibu Kol Basri) masih sihat walafiat bersama keluarganya. Mudah-mudahan dilanjutkan lagi usianya oleh Allah swt.

Saya yakin kesilapan fakta ini tidak disengajakan. Tk.

Bamuda said...

Salam Basri,

Alhamdulillah adinda sempat jua menziarahi Allahyarham Jen Tun Ibrahim mantan Panglima ATM yang telah banyak berjasa kepada negara.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Begitu cepat waktu berlalu . . . dan semakin senjalah hari kita. Sama-samalah kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku di hadapan mata kita . . . sepanjang perjalanan yang masih ada . . . selagi perjuangan belum selesai!

Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.

Mej Baharudin Noryat (Bersara) said...

Salam kepada Tuan Uda dan Kol Basri.Saya dengan rasa rendah diri memhon maaf atas kesilapan tulisan saya pada komen yang lepas. Saya mendoakan agar ibu kepada Kol Basri sehat walafiat dan dipanjang umur untuk terus melihat anak dan cucunya berjaya pada masa hadapan. Tk

Bamuda said...

Salam Mejar Baharudin Noryat,

Memohon maaf atas sesuatu kesilapan (khususnya kesilapan yang benar-benar tidak disengajakan kerana perkara berada di luar skop pengetahuan seseorang itu) merupakan satu tindakan yang mulia.

Saya yakin Kol Basri juga turut memahaminya. Terima kasih Mejar.

basri bin omar said...

Salam Sdr Baharuddin!

Tk atas ingatan dan doa buat Ibu ...kini beliau berada di rmh saya di Ampang buat setika sejak 11 Dis haritu...Syukur kerana beliau diizinkan Allah masih sihat...yang seronok nya dapat berjemaah dgn beliau...selalu dok cerita peristiwa lalu..Masyaallah!

Thn 2001 Mac beliau di IKEM menjaga Isteri saya dlm pantang selepas lahir Muhammad Afnan...saya rasa Sdr telah pernah bersua beliau!!!

....juga masa p Pendang tempohari makan malam tu kita p ziarah ke rmh Emak sdr...Beliau ada di situ..Wallahu Aqlam

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!!

Bamuda said...

Salam Mejar Baharudin Noryat,

Kol Basri's comments above for your perusal.

Contents . . . self-explanatory in nature. TQ.

Mej Baharudin Noryat (Bersara) said...

Salam Tuan Basri dan Tuan Uda

Terima kasih diatas ingatan tuan kepada saya. apa yang tuan nyatakan memang benar, saya telahpun bertemu dengan ibu tuan pada masa yang tuan nyatakan, saya amat menghargainya. Dengan apa yang ditulis oleh Tuan Uda itu memang ada kebenarannya tentang ayah dan ibu tuan. Saya merasakan ianya patut dicontohi oleh kaum keluarga beliau termasuk masyarakat setempat dan di Malaysia.

Kepada Tuan Uda izinkan saya menggunakan nama Tuan Uda untuk salam perkenalan, mungkin pada satu ketika dan masa yang dizinkan Allah, saya ingin bertemu muka dengan Tuan Uda untuk berkongsi pengalaman dan mengiratkan silaturrahim. InysaAllah masa yang akan menentukan. Wasallam

Bamuda said...

Salam Mejar Baharudin Noryat,

Terima kasih kerana berhasrat mengiratkan silaturahim dengan diri saya. Insya-Allah hasrat Mejar yang baik itu akan mewujudkan perhubungan insani yang ikhlas lagi berkat.

Mudah-mudahan kita dapat saling mengenali antara diri dan keluarga masing-masing jua.

Tentang penggunaan nama itu . . . saya lebih selesa dipanggil 'Uda' sahaja . . . nama yang saya amat biasa dikenali di kalangan keluarga.

All things said . . . terkenang pula saya akan hakikat yang terserlah daripada cetusan penulisan di ruang ini . . . Ada bermacam-macam hikmahnya!

Silalah ke rumah saya bila ada kelapangan waktu.

Roziee sopiah said...

asalamualaikum..
tiada apa komen yg nak di beri..cuma sentiasa teringat pesanan-pesanan yg pernah tok long omar beri..walaupon masa tu saya dengar tanpa memberi penuh perhatian,hakikatnya saya merasa rugi kerana tidak menyalin pesaran arwah..alfatihah

Bamuda said...

Salam Roziee Sopiah,

Terima kasih kerana sudi mencatatkan sesuatu di ruang ini .

Tiada apa yang harus dikesalkan... sebaliknya pandanglah ke hadapan dengan penuh kematangan ... berasaskan pesanan-pesanan yang pernah anda dengari daripada Tok Long Omar itu ...

Berpendirian positif dan bertindak lebih bijak setelah melalui pengalaman seperti ini ... lebih bermakna pastinya.

Kadangkala kita alpa akan apa yang kita pernah ada . . .

Apapun keikhlasan anda menyuarakan apa yang terbuku di kalbu cukup mencerminkan kemuliaan peribadi anda!

Sama-sama kita doakan kesejahteraan roh Allahyarham Hj Omar Ismail ... Amin

basri bin omar said...

Salam Uda dan Rodzie!

Tk kerana memberi komen....Rodzie Taukeh Kedai Nasi Lemak Seri Merbok di Pekan Pendang(ambil alih Nama Kedai dari Almarhum Pak Teh Md Akhir... Bonda saya Hjh Khalijah pernah menjadi tukang masak di situ ,satu masa dulu!!!)..juga amat popular dgn Murtabak...berasal keluarga Peniaga makanan yang hebat..Almarhum Ayahndanya menjual Mi Bandung(aka Mat 20) ...amat terkenal di awal tahun 60/70/80an dulu..Almarhumah Bonda adalah anak sdrpupu kpd Almarhum Ayhnda saya..berasal dari Kg Merbok. ( Mej Baharudin/Mej Khamis pernah makan nasi lemak di situ bersama keluarga)

Masjid Kg Merbok tu di rekabentuk oleh Abg Sepupunya Rashdan Salleh kini seorang Akitek berjaya di Alor Star!!! SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2011!

Bamuda said...

Salam Basri,

Terima kasih beri penjelasan yang begitu terperinci. A very meticulous one I dare say.

Cara dan semangat beginilah yang kita inginkan. Malangnya jarang lagi kedapatan di kalangan generasi muda sekarang!

Jelas pada Uda kini siapa insan Roziee yang begitu rapat hubungannya dengan Allahyarham Ayahanda Hj Omar.

Mejar Baharudin & Mejar Khamis yang disebut Basri itu . . . tentunya dapat mengesahkan keenakan nasi lemak yang terhidang di kedai nasi lemak itu.

Kepada akitek Rashdan Salleh . . . semoga terus berjaya seperti yang Basri nyatakan. Jasa anda tetap dikenang.

basri bin omar said...

Salam Uda!

Semasa kunjungan Mej Baharudin/Mej Khamis dan klrga tu.............
Bukan setakat NASI LEMAK yang di hidangkan malah kami turut di urut oleh seorang sahabat Elias Pak Aq ...dia ni lagi hebat(Org Pendang tak tau dia boleh mengurut)! bukan setakat Tukang Urut malah juga Penjual Kueh Teow Ayam ..Bihun Sup yang begitu terkenal kini(Gerai dekat Balai Polis Pendang)..beliau sebenarnya seorang Pensyarah di sebuah IPTA. dia mendapat didikan terus dari Almarhum bapanya Pak Aq(Ishak)..Penjual Bihun Sup/Mee Rebus yg terkenal satu ketika dulu di Pekan Pendang (Kawan baik Almarhum Ayahnda Hj Omar).Alfatihah buat kedua Roh!

Pernah menceritakan peristiwa ini( Pakej Makan nasi Lemak dan urut) kpd seorang YB dari Pekan Pahang(YB/Us Iqbal)..beliau begitu tertarik sekali dan kagum ttg hebatnya tempat bernama PENDANG ni dan bercita untuk berkunjung kesana satu masa nanti ,Insyaallah!

Mej Baharudin Noryat (Bersara) said...

Salam Tuan Basri, Abang Uda dan kelurga semoga mendapat kerahmatan daripada Allah SWT hendaknya.

Apa-apa pun yang telah diceritakan oleh Kol Basri memang benar, saya memang mengakui bahawa nasi lemak Rozie memang sungguh menyelerakan saya. Kenangan yang dibawa oleh Kol Basri masih dalam ingatan saya. Kenangan ini berlaku semasa membawa rombongan perkahwinan anak saya ke Kota Sarang Semut dalam tahun 2008. Saya dan rombongan menginap di Pendang Lake Resort. Temu janji dengan Kol Basri telah dibuat untuk melihat Pekan Pendang dan rumah dimana Allahyarham Hj Omar menetap satu ketika dahulu. Saya dibawa oleh Kol Basri dan rombongan pergi makan nasi lemak Rozie, memang tidak dinafikan rombongan saya amat berselera dan datang lagi keesokan harinya untuk menikmati makanan yang sama. Kol Basri adalah contoh kepada Allahyarham bapanya jika melayan tetamu, bukan setakat makan nasi lemak dia telah mengimport tukang urut dari PENDANG yang tidak kurang hebatnya, apa lagi saya dan Mej Khamis tidak melepaskan peluang tersebut. Saya merasakan ingin tinggal agak lama di PENDANG tetapi oleh sebab saya hendak pergi ke Australia untuk lawatan rasmi bersama Ketua Jurutera saya terpaksa meninggalkan PENDANG buat sementara waktu. Tetapi ianya akan menjadi ingatan saya dan suatu waktu dan ketika say akan kesana lagi. PENDANG sebuah pekan yang hebat bagi saya, bukan mahu memuji tapi itulah kebenarannya terima kasih.

Bamuda said...

Salam Basri,

Tidak dinafikan . . . "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain".

Syabas kpd mereka yang disebut Basri dlm komen tadi . . . mereka yang telah menjadikan Pendang sebuah tempat yang menarik dan selesa dikunjungi.

Apatah lagi dengan segala kenangan manis yang ditinggalkan orang yg terdahulu itu.

Dirgahayu Pendang dan anak cucu cicit warganya . . . Insya-Allah.

Bamuda said...

Salam Mejar Baharudin Noryat,

Suatu pengesahan yang hebat tentang peristiwa yang hebat dan menyentuh tempat yang juga hebat . . . Pendang.

Pendang yang dimanifestasikan dengan jujurnya oleh Mejar . . . Insya-Allah dapat kita kunjungi lagi dari masa ke masa.

basri bin omar said...

Salam Uda dan Mej Baharudin!

Tk atas komen dan pujian!

Memang lah Pendang tu HEBAT...la ni dah berkembang gitu pesat..berasal dari sebuah Pekan Koboi diawal tahun 60an kini sebuah Daerah yang sedang di bangunkan...Pernah tengok orang bertumbuk atas basikal(gerek..kata org Kedah) di depan Kedai Joo Kee(Belakang Pekan Baru Pendang) thn 60an dulu.Tu lah antara yang Hebatnya PENDANG ni..!

Dulu juga ada Panggung Wayang....glamour!satu2 nya selain yang terdapat di Alor Star...kini hanya tinggal tapak saja...HANYA TINGGAL KENANGAN buat jenerasi dulu.

Juga terkenal dgn Bihun Sup yang di jual di Pekan Sabtu....meriah....!

Doa dan Harapan agar PENDANG terus membangun dan makmur,AMIN!