Monday, June 22, 2009

Sayang Sarawak






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Sayang Sarawak

[Khamis 11 Jun 2009]




Waterfront Kuching
yang teman lewati
sedang hari menjelang senja
tidak pernah ada
tidak pernah wujud sehebat sekarang
ketika teman datang ke bumi kenyalang
dulu pada tahun 1985
jarak waktu yang sudah terlalu lama …
kini benak teman
diterpa nostalgia masa silam
rencam tetapi masih tidak kelam …
petang ini terlihat,
Sungai Sarawak tetap gah mengalir
bertali arus airnya menuju ke hilir
seperti lakunya pada waktu itu
memang resamnya sejak dahulu;
Sungai Sarawak halus berseni
menjalinkan irama syahdu dan harmoni
melakar banyak peristiwa
membendung rahsia milik dunia ;
Sungai Sarawak seolah-olah
menggabungkan kepelbagaian
ke dalam suatu gubahan melodi harapan
buat pedoman insan
seperti anak menantu teman,
Anum dan Roy,
yang baru merentas gerbang perkahwinan …
dan mudah-mudahan mendapat semulia-mulia anugerah
daripada ALLAH!




Isnin Jun 22, 2009

Bamuda
dsuarang.blogspot.com