Saturday, February 5, 2011

Secawan Kopi (1)




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


 Kopi Kluang


Syabas diucapkan kepada Mejar Baharudin Noryat, penulis artikel " Aroma Kopi Kluang Menjadi Ingatan" yang dipos melalui blog Ruang Minda Baharudin pada Ahad, Oktober 10, 2010. Satu paparan yang menarik . . .

 

. . . dan kerana itu saya (Uda) mohon izin Mejar Baharudin untuk memetik sedikit intro artikel tersebut sebagai mukadimah kepada puisi "Secawan Kopi" yang saya tulis pada 10.7. 2005.



Sementelahan . . . saya pernah ke stesen kereta api Kluang beberapa kali . . . banyak tahun dahulu . . . dan sempat juga menikmati roti bakar dan teh tarik special di sana tu. Memang hebat!



Cerita tentang kopi memang banyak tarikan. Orang tua-tua kita di kampung dulu paling arif tentang nikmat dan hikmatnya. Sambil duduk bersama kawan, ahli keluarga dan / atau sanak saudara . . . banyak yang dapat disembangkan . . . cerita itu cerita ini. 



Kalau kumpulan orang Perak yang bersembang dan sudah teruja (excited . . . kata jiran Omputih teman) koma tau tak apa yang akan keluar daripada mulut dema tu serentak! Dema akan berkata, " Ce cita, ce cita, ce cita". Maksud dema ialah cubalah ceritakan (ce cita = cuba cerita!)


Secawan kopi penuh erti. Apa ertinya . . . para penggemar saja yang tahu. Ada pula kopi bermuslihat . . . yang tahu hanya mereka yang terlibat! Jadi berhati-hati le walaupun dengan secawan kopi.


Petikan daripada blog Minda Baharudin

Sunday, October 10, 2010

 AROMA KOPI KLUANG MENJADI INGATAN 

 













PENGEMAR KLUANG RAIL COFFEE SEJAK 1938 - BAHAGIAN PERTAMA












Kalau melancung ke selatan selalunya pengemar kopi tidak akan melepaskan peluang untuk singgah ke Kluang . namun ada yang sanggup memandu beratus kilometer sejauh dari ibu negara sanggup datang dari jauh seperti Kuala Lumpur, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan semata-mata untuk menikmati aroma kopi Kluang yang memang terkenal sejak 1938 lagi. Jika melalui lebuhraya pengunjung akan menyusur tol Air Hitam dan terus ke Kluang untuk menikmati kopi yang dikata menjadi daya tarikan pengemar kopi dari seluruh tanah air yang bertempat di Stesyen Keretapi Kluang dan hadapan Kluang Parade iaitu di No 33, Tingkat Bawah Jalan Manggis.




















Sebut sahaja stesyen Keretapi Kluang seluruh masyarakat tempatan dan Johor semuanya arif tentang binaan bangunan separuh kayu ala pekan koboi, memanglah bukannya menjadi daya tarikan kerana masih mengekal bangunan zaman kolonial yang telah dibina 90 tahun yang lalu., tetapi dek tarikan aroma kopi dan roti bakarnya yang harum sehingga ke Johor Bahru, Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh yang menyebabkan ianya menjadi terkenal.





















Begitulah kuatnya daya tarikan Kluang Rail Coffee, yang sudah 72 tahun wujud untuk melayan cita rasa penggemar kopi dan roti bakar, sehingga dikatakan “tidak sah ke Kluang jika tak singgah minum di stesyen keretapinya,”.



Terima kasih Mejar Baharudin . . . dan sukalah pula teman memaparkan puisi teman tentang topik kopi . . . Tak le hebat beno . . . tapi ce baca, ce baca, ce baca. Mudah-mudahan koma suka . . . eh gemo le tu . . . hendaknya.

 


Petikan drpd koleksi puisi AMB
 



Sekian dulu kopi empunya kisah. Kita sembang lagi pada lain waktu . . . untuk sessi Ce Cita.
 











dsuarang.blogspot.com