Saturday, July 14, 2012

Destinasi Surabaya





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Ke Pulau Jawa Pula



Surabaya oh Surabaya,
Bandar besar di Pulau Jawa;
Sering terdengar gah namanya,
Teruja kami hendak ke sana.






Lokasi Destinasi






Jamil (mastermind perjalanan ini), Azizah, Alimah dan penulis sendiri berangkat dari LCCT Sepang pada 8 Julai 2012 dalam rangka lawatan percutian ke Surabaya.





Lihat . . . telitikan . . . pastikan semua beres . . .  dan jalan dengan penuh keyakinan . . . 



Cari tempat . . . berhenti rehat . . . ha ah . . . duduk sekejap . . . dapat juga hilangkan penat . . . 




Perhatikan siapa yang rajin tu . . .  berbudi bahasa tinggi orang ni . . . nampak macam kenal aje . . .  




Dapat Pahala Mudah

 Tau le . . . dulu pernah jadi hotelier hebat!
Tak kan sampai kat LCCT ni pun nak tunjuk skill.
Tapi . . . balik-balik fikir . . . sekali-sekala . . . 
apa salahnya ya tak . . . serve isteri yang dikasihi . . .
dan sahabat-sahabat yang lain tu . . . Good thoughts Bro!




Ha . . . apa lagi . . . minum le semua . . . kita nak bermusafir jauh ni . 



Berehat sebentar lagi . . . sebelum berjalan menuju ke ruang menanti . . .




Menanti dan terus menanti dengan sabar . . . Silang kaki nampak!





Dah berbaris pula . . . teringat zaman persekolahan dulu . . .





Macam cerita Melayu dulu-dulu . . . Zaman airport kat Sungai Besi tu . . . .




Ini kawan aku ke Yul Bryner . . . teringat iklan syarikat penerbangan! 




Eksyen aje!



Kami berempat berlepas dengan pesawat Air Asia Indonesia . . . Penerbangan QZ 7618 . . .  pada kira-kira jam 11:20 pagi (lewat satu setengah jam daripada waktu yang dijadualkan) dan tiba di Bandar Udara Juanda Surabaya pada jam 1:00 petang (waktu Indonesia).





"Alhamdulillah . . . dah selamat tiba. Kita tunggu saja di sini . . .", kata Jamil.




Juru pandu percutian pun dah tiba. Jom kita ke hotel berehat seketika . . . sebelum beracara  seterusnya . . .





Sunyoto aka Yoto
Juru Pandu berkaliber 
dari Sidoarjo





Airport internasional baru di Surabaya



Kami bercadang berada di bandar kedua terbesar di Republik Indonesia itu selama 4 hari. Di sana kami berharap dapat melawat Masjid Nasional Al-Akbar Surabaya, melihat Jambatan Suramadu dan mengunjungi  Taman Safari Indonesia II.


Tempat-tempat lain yang tidak kurang menariknya akan kami kunjungi jua andai punya ruang dan waktu yang sesuai. Insyaallah . . . dapat kami laksanakan hasrat ini.


Alhamdulillah kami dapat memenuhi segala aktiviti percutian menurut jadual (yang aturcaranya kami susun sendiri) dalam ruang dan waktu yang selesa.






Bergaya di Bandar Udara Juanda sementara menunggu flight ke KL.

Pakai jaket ala Mafia, Tempah mari di Surabaya . . .
Style dan kualiti tetap terjaga, Kulit halus si sang domba!





Ya Allah, yang kat sebelah tu . . . tak henti-henti knitting ke . . . begitu asyik sampai mengetap bibir . . . Nak siapkan stokin cucu le tu!




Bergaya dengan jaket baru ke? 





Tetap bergaya dua sahabat ini! Jaket tu ada sejarahnya . . . he, he





Dah le tu . . . nanti overdo lak . . . jadi over gaya bangat . . . 





Baik aku telefon budak-budak aku ni dulu . . . 





Kami berempat selamat kembali ke tanah air pada jam 9:20  malam (waktu Malaysia) Rabu 11 Julai 2012 setelah berlepas dari Bandar Udara Juanda Surabaya pada jam 5:50 ptg. (waktu Indonesia). Alhamdulillah. 






Selamat tinggal Surabaya




Di LCCT . . .
Tertinggal teksi ke?



Kisah lawatan selanjutnya akan dipaparkan dalam siaran-siaran berikut di blog ini. Tunggulah jikalau sudi . . .






Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Pelawat Terawal Aish





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Apa khabar AMB (3)*?


Aish Maliq Basrie dikunjungi pasangan pelawat terawalnya di d'SUARANG sehari selepas dia keluar daripada Pusat Perubatan Naluri. 


Pasangan pelawat Aish itu tidak lain dan tidak bukan . . . Atuk Jamil dan Nenek Azizah . . . dari Kajang. Mereka datang berkunjung pada pagi Sabtu 7 Julai 2012.


Terima kasih yang tidak terhingga Aish ucapkan kepada kedua-dua Atuk dan Nenek yang baik budi. Senang-senang datanglah lagi. 










Azizah: Besar si Aish ni kan bang . . . 

Jamil: Ha ah . . . semangat . . . terasa memegang budak ni.

Azizah: 3.95 kg  katakan . . .







Jamil: Ah ah . . . dah nak nangis lak si Aish ni . . . 

Azizah: Alahai . . . dia belum kenal kita lagi tu . . .









Jamil: Nah . . . awak ambillah balik budak ni. Pegang elok-elok . . . biar dia diam sikit. 

Azizah: Ha . . . mari kat nenek . . . Aish.




Catatan:

*AMB (3) : Initials sama yang ketiga dalam keluarga.
[ AMB - Penulis. AMB (2) - Azim Muqry Basrie. AMB (3) - Aish Maliq Basrie.]




Bamuda
dsuarang.blogspot.com