Friday, December 24, 2010

Lagi Geng Asrama




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Bertemu Ayob Semula


Ahad 12 Disember 2010 bersamaan 6 Muharam 1432 H merupakan hari yang penuh bermakna bagi diriku dan juga kawan-kawan lama yang pernah bermastautin di Malay Boys Hostel (MBH) KL ketika bersekolah dahulu. Seorang lagi sahabat kami yang tinggal seasrama dahulu dapat kami kesan dan temui semula.

Semuanya bermula apabila Jamil menjemput aku sekeluarga ke rumahnya untuk suatu majlis membaca doa selamat. Ini adalah untuk memenuhi hajat 'atuk' Jamil menyatakan kesyukuran beliau setelah sempurna upacara berkhatan cucunya Akid Altaf pada hari sebelumnya, Sabtu 11 Disember 2010.


Cerita punya cerita . . . minum punya minum . . . dan . . . makan punya makan . . .

Lamanya makcik-makcik ni makan . . . baik aku relaks kat nenek . . . sambil gentel rambut . . .

Tuan rumah dan para tetamu . . . ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai . . . semua ada


Harun (abang Jamil) turut hadir dalam majlis tersebut. Cerita punya cerita . . . Harun yang dahulunya juga tinggal sebumbung bersamaku di MBH KL . . . memberi tahu beliau pernah bertemu Ayob (kawan lama kami yang aku maksudkan di atas). Harun juga menyatakan beliau ada menyimpan nombor telefon Ayob.


Foto kiri: Jamil & Harun. Foto kanan: Harun & Ayob


Aku lantas meminta Harun menghubungi Ayob . . . takut-takut kalau dia tak berapa ingat akan diriku lagi (maklum sudah 47 tahun tidak pernah bertemu!). Harun pun menghubungi Ayob melalui telefon bimbitnya . . . dan menyatakan kepada Ayob bahawa kami bertiga ada di rumah Jamil pada ketika itu. Harun juga bertanyakan sama ada Ayob ingat akan diriku ini.


Sorang lagi geng lama MBH KL ditemui . . . Ayob versi 2010 . . . still 'hemsem' ma!


Aku berasa kecewa sedikit apabila aku dengar melalui bicara mereka berdua . . . walaupun setelah berkali-kali Harun cuba memberikan gambaran tentang diriku kepada Ayob . . . 'macam' si Ayob ni dah tak kenal aku lagi . . .

Aku tak sabar! Kepada aku . . . mana mungkin dia ni tak kenal aku lagi . . . Dulu hampir saban petang di bilik B5 MBH KL akulah menjadi pemerhati paling setia terhadap 'pertarungan' Ayob dengan Usop . . . Mereka berdua bermati-matian 'mempertajamkan' setiap langkah dan pergerakan dalam 'pertarungan' pencak silat yang bakal dipersembahkan pada hari pementasan di sekolah mereka! Mereka berlatih tu . . . nak capai
clockwork precision le . . . konon kata omputih! Siapa 'hero' siapa 'villain' tak kisahlah.

Ketika itu Ayob adalah antara beberapa ramai para pelajar Kelas Menengah Melayu yang 'menumpang' di Sekolah Menengah Inggeris Cochrane, Kuala Lumpur kerana sekolah menengah perantaraan Melayu belum terbina dengan meluasnya. Kalau tak silap Ayob dalam batch ke-13 para pelajar perantaraan Melayu itu.

Berbalik kepada ketidaksabaran aku tadi . . . aku terus sahaja meminta telefon bimbit yang berada dalam genggaman Harun . . . lalu bercakap dengan Ayob sendiri . . . direct. Aku ingatkan Ayob kembali tentang peristiwa di atas. Alhamdulillah, Ayob terus mengaku ingat akan peristiwa itu . . . jadi pendekar mana boleh tak ingat ya tak . . . he, he . . . dan perlahan-lahan pula dia ingat kepadaku . . . menurut katanya le . . .


Action spontan . . . ketawa sakan . . . apabila berkumpul kawan-kawan . . .


Pelik tetapi benar! Rupa-rupanya sesuatu kejadian terpencil mampu juga mengembalikan ingatan kepada situasi yang jauh lebih menyeluruh!

Apapun, pada hari itu, selepas waktu asar . . . Mohamad Ayob bin Mohd Yusop datang berkunjung ke rumah Jamil. Niatnya hendak bertemu semula kawan-kawan lama. Dan, sebaik tiba di pintu pagar hadapan rumah Jamil dan ternampak kami duduk sekumpulan di meja . . . Ayob terus sahaja memberi salam dan menyapa:

" Assalamualaikum . . . Itu Majid kan?"

Aku gembira. Kawan lama aku ini masih dapat mengecam wajah aku . . . walhal pada awal kisah tadi . . . dia semacam ragu-ragu nak mengaku kenal akan diriku kepada Harun . . . ketika mereka bercakap melalui telefon.

Jamil pula . . . sebaik melihat Ayob memasuki perkarangan rumahnya . . . berkata:

" Eh, kalau ini orangnya . . . Ayob? . . . Ha, dah selalu aku jumpalah! Ayob 'Malay Madiham' dulu kan?"


Macam tak percaya aje . . . Berjumpa semula . . . After close to 50 years man!

Ha, ah . . . baru sah sekarang . . . inilah orangnya yang kerap aku jumpa . . . Alahai, kawan lamaku rupanya . . .

Ayob mengangguk-angguk dan tersenyum. Handsome macam lama gak! Ayob selama ini sebenarnya tinggal tidak jauh daripada rumah Jamil. Itulah sebabnya Jamil sering bertemu dengan 'orang' yang tidak disangkanya sama sekali adalah Ayob . . . kawan lama seasrama berpuluh-puluh tahun lalu.

Maka kami berempat (Harun, Jamil, Ayob dan aku sendiri) pun bersembang-sembang. Sambil kami saling bertanyakan khabar dan berkisah tentang perihal kawan-kawan lama yang lain, kami sempat mendengar Ayob bercerita tentang dugaan sedih yang dialaminya sepuluh tahun lalu.


Dari kiri: Ayob, Penulis, Jamil & Harun
[Foto ihsan Azreen Mat Sanin]


Dari kiri: Penulis, Jamil , Harun & Ayob
[Foto ihsan Azreen Mat Sanin]

Pada tahun 2000, Ayob sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya di exit PLUS Simpang Pulai, Perak. Ayob kehilangan isterinya yang tercinta dan dua orang anaknya yang dikasihi. Suatu musibah yang amat mendukacitakan. Takziah Ayob. Semoga anda tabah menghadapi segala dugaan itu. Mesti ada hikmah di sebalik apa yang telah ditentukan Allah swt.


Bersimpati . . .
mendengar kisah sedih Ayob . . .


On a brighter note, aku ingin menyatakan kami semua amat gembira bertemu Ayob semula. Ayob kini sudah memulakan hidup baru dan berkecimpung dalam perniagaan bersangkutan dengan industri pertanian. Syabas Ayob.


Dari kiri:
Ayob, Jamil, Penulis, Alimah & Azizah

[Foto ihsan Azreen Mat Sanin]

Insya-Allah kita berkumpul lagi dari semasa ke semasa untuk mengimbau nostalgia ketika tinggal seasrama dahulu . . . dan tidak syak lagi . . . untuk memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan . . . secara saling bantu membantu dengan semangat kesetiakawanan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Wallahualam.












dsuarang.blogspot.com