Wednesday, August 13, 2014

Ghazali Bangun Ghazali






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



My Brother the King


Aku masih ingat akan dialog ringkas yang diucapkan 'Tengku Zaleha' (lakonan Saadiah) kepada 'Ghazali' (lakonan P. Ramlee) dalam filem Antara Dua Darjat (ADD) arahan P. Ramlee keluaran Shaw Brothers (Malay Film Productions) pada tahun 1960 yang berbunyi kira-kira begini : "Ghazali Bangun Ghazali".


Dialog tersebut diucapkan 'Tengku Zaleha' berulang kali kepada kekasihnya 'Ghazali' yang ditemui pengsan dan tercampak ke kawasn berlembah di sebuah taman bunga setelah teruk dibelasah sekumpulan 'samseng' upahan bapa 'Tengku Zaleha' sendiri (lakonan Ahmad Nisfu).


Sahabatku Ghazali . . . yang ketika itu bersekolah menengah dan tinggal di dormitory sebumbung asrama denganku . . . jelas berbangga apabila namanya tiba-tiba menjadi popular disebut-sebut para pelajar yang telah menonton filem tersebut . . . dan lebih-lebih lagi oleh rakan-rakan yang agak ekstrem semangat hero worship mereka terhadap 'Ghazali' si hero dalam filem ADD itu.


Pada bahagian penghujung cerita ADD . . . 'Ghazali' berjaya keluar daripada cengkaman kesusahan dan masalah yang ditanggungnya sesudah menempuh banyak halangan yang getir. 

'Ghazali' bangun dan terus berusaha untuk mencapai hidup yang penuh kebahagiaan bersama 'Tengku Zaleha'! 

Pendekkan ceritera . . . setiap kali apabila sahabatku Ghazali berbaring atau tidur di katilnya . . . (ketika kesan tayangan filem ADD kepada umum masih hangat dirasakan) . . . beliau akan terganggu dengan teriakan "Ghazali Bangun Ghazali" oleh rakan-rakan pelajar seasrama. 


Begitu rupanya contoh 'kehebatan' tekanan yang kena ditanggung seseorang andainya dia tiba-tiba menjadi popular di kalangan kelompok masyarakatnya! 

Tak mengapalah. Aku cuma mahu menyatakan bahawa di mataku . . .  Ghazali memang seorang yang sudah cukup popular sejak zaman persekolahan dahulu membawa ke waktu ini . . . hmm . . . walau pun beliau tidak berlakon filem!


Ghazali yang aku kenal ini seorang sahabat yang budiman lagi berhemah. Ghazali kuat berpegang kepada prinsip-prinsip hidup yang sihat dan mulia.


Semalam Selasa 12 Ogos 2014 aku berkesempatan menziarahi sahabat baik aku ini. Aku lihat beliau cukup segar dan bersemangat. 








Aku yakin Ghazali sahabatku juga akan 'bangun' seperti bangunnya watak 'Ghazali' dalam filem ADD itu.  

Sekarang pun Ghazali sedang beransur pulih daripada keuzurannya . . . dan aku doakan agar sahabatku ini segera cergas seperti sedia kala. 




























Terima kasih sahabat atas usahamu ingin menyampaikan ilmu kepadaku walaupun melalui sekeping CD . . . dan atas pemberian perfume yang 'bisa mengharumkan alam sekelilingku' . . . hahaha.








Live and let live!




Catatan: 


[Ghazali segera 'membalas' kunjunganku ke rumahnya semalam dengan singgah di d'SUARANG hari ini Rabu 13 Ogos  2014. Beliau dalam perjalanan pulang selepas routine check up di Hospital Ampang.]
















































Terima kasih sahabatku berserta keluarga kerana sudi datang ke rumahku yang tak sepertinya. 















Kami sungguh berbesar hati atas kehadiran Ghazali sekeluarga. Maafkan andai ada yang serba kekurangan di pihak kami. Insha-Allah kita bersua lagi. 





bamuda
dsuarang.blogspot.com