Monday, November 17, 2014

Ikan Bakar Kak June







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kedai Makan di Tuaran




































































































































































































bamuda
dsuarang.blogspot.com


Gong Kg Sumangkap







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Satu Daerah Satu Industri 
(Di Sini Kilang Membuat Gong) 




Kudat - Bandar Paling Utara Sabah

Kudat merupakan sebuah bandar yang terletak di lokasi paling utara di Sabah. 









Di daerah Kudat dalam negara Malaysia inilah pula terdapat titik hujung paling utara di pulau Borneo yang diberi nama Tanjung Simpang Mengayau.

Di sini Laut China Selatan bertemu Laut Sulu  . . .  suatu paparan pemandangan alam semula jadi yang amat mengagumkan!  


Kudat ibu negeri pertama British North Borneo Chartered Company. Di sini tempat berasalnya kaum Rungus.  Mereka ini sub-kaum bumiputera Kadazandusun.

Antara makanan laut terbaik di wilayah ini terhasil daripada sekitar daerah Kudat.  


Kampung Sumangkap di Kudat terkenal sebagai kampung autentik yang aktif dalam industri pembuatan gong. 































































Kaum Rungus telah menghidupkan semula seni lama membuat gong sebagai menyambut seruan kerajaan mewujudkan satu industri bagi setiap daerah. 

























































Gong diperbuat daripada loyang atau gangsa. Pada masa dahulu gong dibawa masuk dari Brunei melalui aktiviti perdagangan.






























Alat bunyi-bunyian tempatan yang paling lazim terdapat di Sabah ialah gong.

Gong yang dihasilkan di Kg Sumangkap ini terkenal berkualiti buatannya dan berpatutan pula harganya.  







































Peralatan ini digunakan dengan luasnya di daerah-daerah yang ramai penduduk berketurunan Kadazandusun dan Murut. 











































Terima Kasih






Penulis bersama Rony {bekas Ranger dalam  Angkatan Tentera Malaysia (ATM)}
di wokshop / kedai gong yang diusahakan beliau bersama isterinya . 








Dari kiri:

Penulis, Rony, Mrs Rony, Hjh Faizah, Hjh Mahanom




Ahli-ahli rombongan sempat membeli 2 set rangkaian gong (terdiri daripada sejumlah 18 buah alat bunyi-bunyian). 

Keseluruhannya, suatu lawatan dan pembelian yang sungguh memuaskan. Alhamdulillah.





Singgah di sebuah masjid untuk bersolat 
dalam perjalanan hala balik KK

















Bamuda
dsuarang.blogspot.com