Friday, January 24, 2014

Ronda-ronda Pangkor






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Pusin' Kelilin' Laluan Darat



Anak-anak penulis menyewa sebuah van pada hari Sabtu 18 Januari 2014 di Teluk Dalam untuk kemudahan bersiar-siar di Pulau Pangkor.









Van disewa daripada individu tempatan dengan bayaran RM180 sehari.

Rondaan kami bermula dari chalet menuju ke pekan Pangkor dan daerah sekitarnya.


















































































































Baru hari ini penulis dapat melihat sendiri pembangunan di pulau peranginan (juga kampung nelayan) ini . . . al-maklum, penulis kali pertama menjejak kaki ke sini dulu pada tahun 1964 . . . dan selepas itu penulis tidak pernah lagi ke mari!






Kami 'meronda' ke mana sahaja yang kami ingini . . . tiada sesuatu destinasi tetap. 










Perjalanan kami menelusuri jalan-jalan yang sekadar sederhana terjaga . . . bermula pada kira-kira jam 4:00 petang dan berterusan hingga menjelang waktu senja.  















Penulis terfikir: "Dulu (1964) waktu aku menyertai aktiviti perkhemahan (camping) di Pasir Bogak bersama kawan-kawan seasrama dari KL . . . tak jumpa pun jalan-jalan begini 'ok' di pulau ini. 

Hanya ada laluan-laluan kecil kampung nelayan atau lorong-lorong pekan yang luas sedikit. Balai polis, klinik pun pondok-pondok usang sahaja. Pasar raya (supermarket), kompleks membeli belah (shopping complex) . . . ??? Jauh panggang dari api . . . . khayalan semata . . . ketika itu."

Terfikir pula aku: "Bercakap tentang prasarana . . . al-maklum buat kedua kalinya . . . ketika itu zaman Malaysia baru sahaja terbentuk!

Kalau zaman Malaysia telah merdeka dan mencapai taraf negara maju sekarang masih begitu . . . alamat tak payahlah berbangga dengan slogan 'Malaysia Boleh' atau 'Tanah Tumpahnya Darahku' . . . pendeknya tak payah berkata apa-apa!"







Penulis bersyukur kepada Allah SWT melihat kemajuan yang berlaku di Pulau Pangkor di bawah pimpinan para pemimpin sekarang. 

Namun demikian . . . masih banyak lagi yang perlu diusahakan dengan gigih dan penuh bijaksana . . . sebelum pencapaian yang diharap 'baik' dapat dihasilkan di Pulau Pangkor seluruhnya. 






Renungkanlah . . . wahai pihak yang berwajib!     


Esok . . . insya Allah . . . kami meronda-ronda lagi di sekitar pulau ini. 





bamuda
dsuarang.blogspot.com