Friday, April 25, 2014

Berdikari Memperkukuh Ekonomi






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Selagi Terdaya Berusaha



Mak Okid . . . satu nama yang signifikan khususnya di kalangan entrepreneur / usahawan veteran tentera kita masa kini.

Nama sebenar insan yang terlibat secara langsung dalam ikhtiar memperkukuh kedudukan ekonomi diri ini ialah Azni bt Jantan.
  
Puan Azni bekas pbt dalam pasukan wanita Angkatan Tentera Malaysia. Beliau bersara daripada Perkhidmatan Tentera Darat beberapa tahun yang lalu.  


Penulis sempat berkenalan dengan Puan Azni ini apabila berihat sebentar di Cafe Muzium Tentera Darat bersama Lt Kol Mohamud Mohamad , Lt Kol Basri Omar PGB (Bersara), dan Marlyana Haniz ketika mengunjungi Muzium Tentera Darat, Port Dickson pada hari Sabtu 19 April 2014.







Breaking d Ice

Dari kiri:
Lt Kol Basri Omar PGB (Bersara), Penulis, Mak Okid, Lt Kol Mohamud Mohamad







Soal Jawab

Dari kiri:
Marlyana, Basri, Penulis, Mak Okid



Hasil perbualan kami dengan Mak Okid (panggilan yang lebih digemari beliau berbanding nama sebenarnya) menampakkan keazaman dan kesungguhan beliau meningkatkan taraf hidupnya berserta keluarga yang terdiri daripada 3 orang anak perempuan. 







Rancak Bersembang

Dari kiri: 
Basri, Penulis, Mak Okid, Mohamud



Mak Okid ingin terus berusaha dengan segigih mungkin untuk mencapai kejayaan yang diharapkannya. 






Mak Okid 

Menerangkan keistimewaan / khasiat produk 



Langkah-langkah ke arah itu disusun rapi oleh beliau berasaskan perancangan yang realistik dan teliti. Beliau juga sering mendapatkan nasihat dan bantuan teknikal daripada pihak berwajib ATM.  






One for d Album

Dari kiri:
Basri, Penulis, Mak Okid



Memetik maksud kata-kata usahawan veteran ATM ini . . . 


"Biarlah saya berusaha dan membuktikan kepada kawan-kawan veteran dan masyarakat umum keupayaan saya berusaha . . . daripada hanya meminta-minta, asyik menagih simpati . . . berlandaskan status diri sebagai ibu tunggal." 



Kini Azni Jantan @ Mak Okid aktif sebagai motivator usahawan veteran ATM.

Mak Okid ada menguruskan Cafe dan sebuah outlet minuman dan makanan segar di perkarangan Muzium Tentera Darat, Port Dickson. 

Menurut Mak Okid usaha ini dapat dijalankan dengan izin dan bantuan pihak berwajib Tentera Darat di sini . . . khususnya atas dorongan Lt Kol Mohamud. 
  




Di Outlet Mak Okid

Dari kiri:

Basri, Mak Okid, Penulis, Mohamud



Dalam bidang keusahawanan yang diceburinya . . . wanita yang berasal dari Sungai Choh, Selangor ini bergiat sebagai pembekal makanan sejuk beku, makanan dan minuman kesihatan, dan herba.


Syarikat perusahaan beliau, Mak Okid Trading Sdn Bhd, berpejabat di Pasir Gudang, Johor.

Mak Okid Trading Sdn Bhd semakin terkenal sebagai pengusaha dan pengedar kopi campuran siri Adaptogens Combat sekarang.







Bagus Kopi Ni 

Penulis tertarik mendengar penerangan produk oleh Mak Okid



Anak-anak Mak Okid yang bekerjaya profesional turut menyokong perusahaan ibu mereka.

Semoga hasrat mulia dan usaha yang dilakukan Mak Okid sekeluarga diberkati Allah SWT. 

Kejayaan pasti tercapai jua melalui usaha yang berterusan dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan keyakinan. 

Mudah-mudahan Mak Okid terus menjadi 'ikon' setiap kali orang memperkatakan tentang usahawan veteran ATM. 





[Foto-foto sumbangan Marlyana Haniz dan Lt Kol Mohamud. Terima kasih daripada dsuarang kepada kedua-dua mereka ini.]





bamuda
dsuarang.blogspot.com