Wednesday, November 20, 2013

Bila Dokong Mula Meranum






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera






Pena dan Tinta   





Dialog Sesedap Rasa  












Pena: 
Buat apa tu acik?

Tinta: 

Duduk-duduk sambil jaga pokok ni.

Pena: 

Jaga pokok acik? 

Tinta:

Ha ah . . . mengapa?

Pena: 

Tak pakai pengawal sekuriti aje acik?

Tinta: 

Heh, tak boleh percaya dah sekarang . . . banyak kes menyamar . . . banyak pengawal sekuriti sebenarnya penjenayah!
  
Pena:
Musang berbulu ayam ke acik?

Tinta: 

Tak tau le, dulu-dulu musang berjanggut aje yang ada.












Pena:
Pokok apa yang acik jaga tu?


Tinta
Nampak macam pokok apa agaknya . . .            

Pena
Saya tak tau acik. . . kat tempat saya tak ada . . .  tak pernah tengok pokok ni! 


Tinta: 
Inilah lansium domesticum . . .            

Pena: 
Apa bendanya nama yang acik sebut tu?

Tinta: 
Lansium domesticum tu nama saintifik           bagi pokok dokong . . .

Pena: 
Oh . . . gitu. Acik ni betul-betul fantastik!

Tinta: 
Fantastik tu tak le sangat. Tapi acik pernah belajar sains dalam bahasa Inggeris dan menghayati karya Shakespeare kat sekolah English medium acik dulu dengan keratan dialog berbahasa Latin di sana sini . . . maka tau le istilah sains dalam bahasa Inggeris dan mengerti juga bahasa Latin sikit-sikit, hmm. 

Pena:
Untung juga tahu bahasa Inggeris ya acik. 

Tinta: 
Itu pasal kena belajar bahasa ilmu tu. Kalau sentiasa menolak dan enggan . . . rugi sajalah anak bangsa kita kemudian nanti . . . 

Pena: 
Ya acik . . . bahasa Melayu kita daulatkan bahasa Inggeris kita martabatkan.


Tinta:
Bagus le . . . 













Pena: 
Buah lansium domesticum atau buah dokong ni macam buah langsat ya acik? 

Tinta: 
Ya, tapi kulit buah dokong lebih tebal dan rasa buahnya lebih enak. Kental dan manis! 


Pena: 
Kalau gitu . . . boleh tak saya rasa sikit buahnya acik.

Tinta: 
Boleh. Tapi sikit saja tau . . . 

Pena: Kenapa acik?


Tinta: 
Buahnya baru kemirau . . . belum benar-benar meranum. 


Pena: 
Apa erti 'kemirau' dan apa pula makna 'meranum' tu acik?


Tinta: 
'Kemirau' tu bererti keadaan buah yang belum matang atau masak. Buah yang masih mentah dan keras. 'Meranum' pula bermakna keadaan buah yang sedang beransur menjadi cukup masak atau matang.

Pena: 
Terima kasih acik . . . dapat pula belajar erti perkataan-perkataan ini sekaligus.

Tinta:
Sama-sama. Sayangnya, kalau dah meranum benar pun buah dokong ini . . . acik tak dapat le nak beri banyak kepada sesiapa yang meminta kerana pokok yang berbuah inilah satu-satunya yang ada acik tanam di perkarangan rumah ni ha. 










Pena: 
Kalau gitu acik buka dan usahakanlah aje dusun dokong dan buah-buahan lain . . .  ramai orang boleh tumpang rezeki acik tu nanti . . . 

Tinta: 
Tunggu . . . Wait n see lah . . . hehe













Kalau ada yang belum pernah memakan buah dokong atau belum tahu apa dia buah dokong itu . . . cuba-cubalah rasa buahnya yang cukup ranum (masak) . . . cuba sekali pasti mahu lagi!

Kisah ini bukan berlatarbelakangkan dusun dokong. Lokasinya di perkarangan rumah bro JS sahaja. Satu-satunya pokok dokong ini beliau tanam sendiri. Subur dan menjadi pula.

Kalau ikut kata orang tua-tua . . . sejuk tangan si penanam pokok dokong itu! Ertinya sesuai bercucuk tanam atau menjadi pekebun atau petani!

Pokok dokong yang ditanam JS ini sudah tiga empat kali berbuah. Lebat sekali buahnya dan manis pula rasanya. Ramai yang pernah menikmati buah dokong hasil daripada pokok dokong di perkarangan rumah JS ini termasuklah penulis.

Penulis memang sudah memakan buah dokong hasil daripada pokok yang ditanam JS ini . . . dan, bolehlah menjadi pemberi testimoni tentang keenakan dokong yang berkenaan!

Usahakan dusun sajalah bro. Berbudi pada tanah dapat jua hasilnya! Berkongsi hasil tanaman juga dapat pahalanya!







Alhamdulillah . . . dah berkemas-kemas pun nampaknya Pak Haji dan Mak Hajah kita ni. Anakanda Alek pun bantu sama. Ada apa ha?

Oh . . .  nak bersihkan sikit ruang di sini . . . biar kelihatan kemas nanti. Nak jemput siapa ha? 

Ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang ingin memetik buah-buahan di sekitar perkarangan rumah JS agaknya.

Di perkarangan rumah ini terdapat juga pokok buah-buahan lain seperti rambutan, pulasan, mangga, betik dsb. Anggur pun ada!

Bro . . . jangan lupa member kita dari Banda Aceh  . . . Pak J yang sudah beritahu awal-awal kemungkinan besar beliau dan isteri ke mari  . . . untuk memetik buah dokong di perkarangan rumah JS dan menikmatinya.

Suatu penghormatan tu bro !




bamuda
dsuarang.blogspot.com