Saturday, August 16, 2014

Kawan Lama Hantar Saman






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Walimatulurus puteri Jun n Mazlan


Jumaat petang 19 Syawal 1435H bersamaan 15 Ogos 2014. Aku dan isteriku Alimah baru pulang dari Segambut setelah membawa Raji dan Meni berkunjung ke rumah ibu saudaraku di situ.

Raji dan Meni dua orang anak saudaraku dari Aceh yang sedang bercuti di Malaysia. Mereka menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara di Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya. 

Tadi . . . ketika keretaku menghampiri jalan masuk ke perkarangan rumah kami . . . aku dapat melihat sebuah kereta diparkir di depan 'get'. 

Apabila sedar kami mahu masuk ke perkarangan rumah . . . kereta itu segera berundur untuk memberi laluan keretaku masuk. 

Aku tidak hairan akan keadaan begini sebab memang selalu banyak kereta jiran di kawasan ini diparkir sepanjang jalan kawasan taman perumahan kami . . . kadang kala di hadapan 'get' rumah juga!

Apabila menoleh ke arah kereta yang berundur tadi aku dapat melihat  dua orang berada di dalamnya . . . seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka tersenyum sahaja melihat ke arah aku.

Aku terus dapat meneka siapa mereka itu. Tadi . . . ketika aku masih di Segambut . . . Jun dan Mazlan ada menelefon aku. Kata mereka mahu menemui aku. Sudah aku berikan mereka alamat serta arah ke rumahku. 

Namun begitu . . . aku tetap berhati-hati turun dari keretaku . . . menghampiri mereka. Manalah tahu kalau-kalau aku tersilap teka . . . tersalah orang. Malu nanti bukan kepalang!


Tiada kekhilafan. Jun dan Mazlan teruja sekali. Aku juga demikian. Lantas kami bertegur sapa. Maklum saja . . . sudah kesekian lama kami tidak pernah bersua muka . . . (walaupun rupa-rupanya kami tinggal dalam kejiranan yang berdekatan daerahnya.) 


Jun dan Mazlan adalah pasangan suami isteri yang pada suatu ketika dalam tahun-tahun 1980-an/1990-an pernah menjadi teman sepejabatku  di OXford University Press / Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.
   






Kawan Lama Sepejabat Penulis

Jun dan Mazlan




Bayangkan aku tidak pernah bersua muka dengan kedua-dua mereka ini sejak aku bersara daripada OUP/PFB pada tahun 2001. Sudah kira-kira 14 tahun kini.









Dari kiri:

Raji, Meni, Alimah, Jun, Mazlan







Foto Bersama Selepas 14 Tahun

 Alimah, Jun, Mazlan, penulis




Maka sudah semestinya kami amat seronok apabila dapat bertemu satu sama lain pada petang hari yang masih dalam dakapan bulan Syawal ini.

Keseronokan Jun dan Mazlan terserlah ikhlas di wajah mereka dalm pertemuan ini. Aku pula terharu dengan kesanggupan mereka menunggu aku di depan 'get' tadi . . . semata-mata untuk bersua muka lagi.

Mereka nyata lebih puas apabila dapat menyerahkan 'surat saman' kepada aku. 









Hai kawan . . . baru jumpa terus saman? Kami sekeluarga disaman!   







Bahagia
Jun dan Mazlan





Semua Bersekali
Penulis, Alimah, Meni, Jun, Mazlan






di d' SUARANG . .
Raji, Alimah, Meni, Jun, Mazlan  



Sembang punya sembang menjelang waktu maghrib baru kedua-dua kawan lamaku ini dapat memohon diri untuk pulang.


Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana masih ingat akan diriku sebagai kawan lama . . . walaupun mereka telah hadir di rumahku kerana hendak menyampaikan suatu 'saman'. 

In sha Allah . . . andai tiada sebarang keuzuran atau atau aral melintang aku akan cuba melunaskan 'saman' ini. 






bamuda
dsuarang.blogspot.com




{Catatan terkemudian:

Penulis memohon ribuan maaf kpd Jun n Mazlan kerana tidak dapat memenuhi undangan mereka pada Sabtu 13 September 2014 . . . hari sebenar majlis. Apalah daya hamba yg hanya mampu merancang, Allah SWT jua yg menentukan.}