Wednesday, October 2, 2013

Bernostalgia di Zoo Negara Malaysia






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Beralih Dekad Bertukar Generasi



Sudah terlalu lama rasanya aku tidak berkunjung ke Zoo Negara Malaysia di Ulu Kelang.









Dulu sepanjang dekad 1980-an hingga 1990-an aku sering membawa anak-anakku ke Zoo ini pada hujung-hujung minggu.

Kadang-kadang sepupu-sepupu mereka (anak-anak saudaraku) juga ikut bersama. 





[Foto-foto lama yang diambil pada 1 Sept 1980
 di Zoo Negara Malaysia]






Dari kiri: 
Sharina (anak saudara), Mazlyn (anak), penulis, Halmy (anak) 




Kiri: Sharina memegang Mazlyn    Kanan: Mazlyn bersandar di pagar pelindung haiwan





Kiri: Halmy memegang pagar pelindung haiwan di Zoo Negara Malaysia  Kanan: Sharina, Halmy, Azurin (anak saudara) di Zoo Negara Malaysia pada tahun 1980





Halmy n Sharina


Aku membawa mereka berkunjung ke situ pada ketika itu supaya mereka dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri berbagai-bagai jenis haiwan liar . . . dan mengetahui resmi serta cara hidup haiwan-haiwan itu. 

Aku inginkan mereka belajar mengenali dan menyintai . . . atau sekurang-kurangnya menghargai haiwan-haiwan yang dicipta Allah SWT.






[Foto-foto lama yang diambil pada 1 Sept 1980 
di Zoo Negara Malaysia]





Halmy n Mazlyn




Kiri: Halmy n d mule    Kanan:  Halmy n d bear




Kiri : Sharina memegang Halmy    Kanan: Halmy n d kangaroo 



Selepas era itu . . . aku jarang-jarang sekali mengunjungi Zoo ini . . . walhal lokasinya berhampiran sangat dengan rumahku. 

Entahlah . . . memang begitu agaknya resam manusia ini. Tidak mempedulikan sangat akan sesuatu keistimewaan fasilitet yang tersedia di kawasan kejiranan mereka.


Mereka lebih sanggup bersusah payah ke tempat-tempat lain yang lokasinya kadang kala amat jauh dari tempat tinggal mereka. 

Mungkin mereka lebih suka berbelanja mahal-mahal di luar tempat . . . bukan di lokasi lokal mereka!

Berbalik kepada kisah dalam entri kali ini . . . pada hari Isnin 30 September 2013 aku terdengar anakku Halmy dan isterinya Liza berbicara mahu membawa anak mereka Umar mengunjungi Zoo Negara Malaysia. 

Aku terfikir ada baiknya aku turut berkunjung bersama mereka kerana Zoo Negara Malaysia merupakan salah satu tempat kunjungan di Kuala Lumpur ini yang gemar dikunjungi ramai pelawat dari luar dan dalam negeri.








Lagi pun aku sudah lama tidak ke sana. Sekurang-kurangnya dapat aku lihat barang apa perubahan yang telah berlaku di situ.

Sekurang-kurangnya juga . . . dapat aku kembalikan nostalgia zaman mudaku membawa anak-anakku ke Zoo ini pada era kegemilangan dahulu!









Sebaik sahaja memasuki perkarangan Zoo . . . yang ketara pada pandangan mataku ialah bahagian hadapannya tidak banyak sangat berubah. 

Cuma cara penjualan tiket dan cara masuk dengan memakai lilitan plastik di pergelangan tangan yang aku rasakan baru.

















Setelah berada di dalam dan melontarkan pandangan ke ruang sekeliling . . . aku terfikir sendirian . . .   suasana dan keadaan ini masih berwajah lama! 

Tidak banyak berubah. Masih seperti pada era 1980/90-an.















Hati kecilku terus tertanya-tanya, "Mana perubahannya? Apa sangat yang telah berubah?" 

Haiwan yang sepatutnya menjadi 'bahan pameran' Zoo ini pun tidak banyak kelihatan. 

















Sarang dan kandang tempat tinggal unggas dan haiwan kebanyakannya kosong atau tidak terjaga. Pendeknya . . . kerja-kerja penyengaraan di bawah tahap memuaskan.












Apa yang dapat aku lihat ialah banyak tempat dan kawasan yang sedang dibina, dibangunkan semula atau diubah suai untuk menempatkan berbagai-bagai jenis haiwan . . . yang dipromosikan sebagai lebih unik lagi.


























Baguslah kalau ini benar-benar dapat dilaksanakan. Jangan bak kata suatu pepatah kita yang masyhur . . . "Hangat-hangat tahi ayam." 

Mula sahaja beria-ia. Bila dah ada . . . tak terjaga!





















































Ketika menjenguk-jenguk ke kandang-kandang haiwan di Zoo Negara Malaysia pada hari Isnin itu . . . kami menghabiskan masa yang agak lama di kandang zirafah dan gajah.










Bagi aku . . . kedua-dua zon ini menarik juga untuk dikunjungi . . . walaupun masih banyak lagi perlu dilakukan untuk menambahbaikkan keadaannya.

Bak kata si jiran omputih aku yang memang suka menyampuk tu . . . There's still much room for improvement!


































Dan . . . ketika berehat-rehat di sini . . . kenanganku melayang ke zaman anakku Halmy menjadi model dalam sesi fotografi di zon zirafah dll di Zoo ini (1980) . . . untuk hiasan kulit hadapan beberapa buku aktiviti kanak-kanak.











































































Aktiviti memakan aiskrim . . . 3 generasi . . . atuk, anak dan cucu




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Catatan: Petikan berikut berasal drpd entri berjudul "Buku dan Ilmu" dlm blog dsuarang yang ada kaitan dengan kenyataan penulis di atas. 




Buku dan Ilmu

FRIDAY, MAY 21, 2010




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Penghias Kulit Depan




Buku dan ilmu bak irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan. Di sini penulis bukan hendak bercerita tentang ilmu yang boleh didapati melalui buku. Penulis cuma hendak mengenang kembali saat dan ketika penulis giat berkecimpung dalam industri penerbitan buku. Ketika itu penulis bertugas sebagai Editor. Betapa seronoknya penulis mengendalikan kerja-kerja yang mencabar itu!


Melalui blog ini penulis ingin memaparkan beberapa buah buku . . . bukan untuk ulasan atau kajian . . . tetapi sebagai kenangan masa lalu . . . ketika penulis terlibat dalam "membimbing" dan "menasihati" pihak produksi menghasilkan kulit depan buku-buku untuk peringkat sekolah rendah, pengajian tinggi dan bacaan umum.



Penulis masih ingat model-model yang menghiasi kulit depan masa itu tidak banyak "kerenah" atau "ragam" . Maklum . . . pada masa itu sekitar tahun-tahun 1980-an ( 1985/1986) . . . life was that simple . . . hinggakan model-model boleh dikatakan memberi masa dan tenaga mereka secara "hampir" percuma. Mana tidaknya . . . mereka hanya diberikan pakej makanan segera (ayam goreng atau fish n chips) dan air minuman kotak atau tin sebagai "upah"! Kalau sekarang . . . sudah tentu ramai yang "mogok" atau dalam istilah golongan kini . . . "rimau tak ngaum, tak leh blah jauh lah!"



















Halmy Zahari Abdul Majid
Model Penghias Kulit Buku 
Tahun: 1986



Apapun ucapan penghargaan yang tak terhingga telahpun disampaikan kepada model-model yang berkenaan pada waktu itu . Mereka sudah cukup puas apabila melihat wajah mereka terpampang pada kulit depan buku! Mereka bangga mendapat sedikit publisiti sihat dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kapada perkembangan ilmu melalui saluran percetakan buku. Maklum pada zaman itu . . . bukan senang hendak mendapat peluang begitu.


Sekarang mereka sudah dewasa (yang lainnya dah pun tua) . . . dan mungkin ada yang sekali sekala teringat akan zaman mereka menyumbangkan tenaga sebagai "model" (yang tidak begitu "glamour" dulu) dalam penerbitan buku-buku itu. Penulis cuma hendak katakan anggaplah itu semua sebagai amal jariah yang akan menguntungkan anda di hari kemudian. 

Untuk mengingatkan kembali peristiwa sesi photo shoot (di hadapan kamera ketika panas terik pulak tu . . . atau di hadapan sinar spotlight yang panas . . . ) berikut ini dipaparkanfinal product usaha semua yang terlibat ... Kata omputih . . . Just for old time sake, man! 






Halmy Zahari n Aftar dgn dua gadis Anon




Seperti di Atas














Seperti di Atas




Halmy Zahari n Aftar
dgn dua gadis Anon





Halmy Zahari, Aftar dan dua gadis Anon






Halmy Zahari & Anon





Halmy, Aftar dan Anon





Seperti di Atas



Begitulah kisah untung nasib penghias kulit buku waktu dulu. Kalau sekarang . . . glamour habis ooi! Apapun, dema ada ge jadi penghias kulit buku . . . Kome ada ke? He ... he...


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kita kembali ke entri berkunjung ke Zoo Negara Malaysia masa kini . . . .





















































































































Kita jalan-jalan lagi? Umar lebih suka berlari-lari sahaja di sini. Dan, si omputih jiran teman tu dengan selamba berkata:

"Let's make this visit really worth the money we've paid."

















Malangnya . . . belum pun masuk setengah hari di Zoo Negara Malaysia . . . aku dan Umar serta Halmy dan Liza, sudah terasa semacam jemu berada di situ.

Cepat terasa jenuh melihat suasana Zoo yang lesu.













Lantas terfikir di mindaku . . . agaknya inilah penyebab warga tempatan, warga kejiranan malah warga kawasan sekali pun kurang berminat mengunjungi taman haiwan utama negara . . . taman haiwan yang kelihatan tidak bermaya! 

Kosong sini, sepi sana. Tidak terurus pula penyenggaraannya.


Bukan mengutuk habis-habisan. Bukan juga mengkritik tanpa tujuan. Pengunjung mahu sesuatu perubahan yang berkesan. 

Janganlah terus dibiarkan pengunjung membendung perasaan bosan . . .  setiap kali berkunjung ke Zoo Negara Malaysia . . . yang kononnya menjadi kebanggaan!

Aku berstatus pengunjung 'lama' . . . sejak waktu-waktu dulu kala! Tahu apa yang aku kata. Aku ingin melihat perubahan yang 'dramatik' bukan keadaan yang kekal 'statik'!

Sudah kira-kira 4 hingga 5 dekad berlalu . . . sejak lama aku sudah bersikap 'rajin' ke Zoo Negara Malaysia.  Janganlah biarkan orang yang seperti aku jemu . . . terus-terusan melihat . . . yang begitu masih kekal begitu!

Akhirnya . . . aku pun melangkah keluar untuk pulang. Langkahku longlai. Namun . . .  aku tetap mengharapkan Zoo Negara Malaysia cepat pulih. Segera menjadi sebuah zoo bertaraf canggih!

Umar cucuku (yang bapanya Halmy sering aku bawa ke Zoo ini pada masa kecilnya dulu) belum bijak sangat berkata-kata. Mungkin Umar boleh menerima seadanya apa-apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Beralih dekad bertukar generasi. Sampai bila keadaan begini boleh diterima Umar lagi! 










Suatu hari nanti apabila Umar pula dewasa dan matang . . . dapatkah beliau terus menerima keadaan statik seperti sekarang?

Tidak mustahil Umar di kala itu akan juga mengkritik seperti aku. Mungkin kritikannya nanti lebih pedas dan tajam. Orang tidak selamanya toleran! 





Biarkanlah Umar berlari cergas begini . . . .


 daripada Umar melangkah keluar lesu  . . . 


setiap kali setelah beliau mengunjungi Zoo Negara Malaysia . . .  zoo utama kita yang sepatutnya sudah bertaraf dunia!




bamuda
dsuarang.blogspot.com