Monday, August 23, 2010

Dari OUM Kami Datang




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Serombongan Tetamu Azim


10 Ramadan 1431 H. Tengah hari, Jumaat 20 Ogos 2010: d'SUARANG didatangi serombongan 9 orang wanita. Cantik-cantik dan manis-manis. Aku tiada di rumah ketika itu. Namun aku telah diberi khabar awal tentang niat kedatangan rombongan itu. Mereka hendak bertemu muka dengan Azim Muqry Basrie . . . (cucu teman nombor dua tu le.)


Rombongan OUM KL

Depan dari kiri: Pn Umi Minarni Dasuki (memangku Amb) & Pn Siti Hazrah Ahmad Sapiuddin.
Tengah dari kiri: Pn Umi Hanim Mohd Ibrahim, Pn Evy Sofia Ariffin, Cik Elina Mohd Jalil & Cik Tengku Widharmi Tengku Mahmood.
Belakang dari kiri: Cik Syaliza Mat Zain, Cik Suziati Kamarudin & Cik Syarifah Hidayatul Syed Husain.


Freestyle

Depan dari kiri: Pn Umi Minarni Dasuki (memangku Amb) & Pn Siti Hazrah Ahmad Sapiuddin.
Tengah dari kiri: Pn Umi Hanim Mohd Ibrahim, Pn Evy Sofia Ariffin, Cik Elina Mohd Jalil & Cik Tengku Widharmi Tengku Mahmood.
Belakang dari kiri: Cik Syaliza Mat Zain, Cik Suziati Kamarudin & Cik Syarifah Hidayatul Syed Husain.




Retro Sikit

Dari kiri: Tengku Widharmi, Elina & Siti Hazrah


S vs S: Biar Aku Yang Pegang Dulu!

Foto kiri:
Cik Syaliza & Cik Suziati (memangku Amb). Foto kanan: Pn Siti Hazrah & Cik Syaliza (memangku Amb)


Wah, beruntungnya si Azim ni. Teman tak dapat recall kalau-kalau ada rombongan 'sepermai' ini datang bertemu teman dulu-dulu . . . ketika teman seusia si Azim le! Setakat yang teman dengar daripada penceritaan orang tua-tua teman . . . tak pernah le berlaku perkara yang sedemikian!

Maka si Amb ni memang bertuah. Kali ini rombongan yang datang mengunjungi bukan calang-calang orang. Mereka dari sebuah Pusat Pengajian Tinggi terkenal di KL. Dah le cantik, manis . . . bijak-bijak pula. *(Shhhh Jim ... untung-untung Atuk tulis gini . . . dapat terima . . . sekeping dua roti canai atau tose gratis daripada pihak berwajib rombongan OUM tu . . . he, he.)




Ada Seorang Lagi Kat Sana Tu ...

Foto kiri dari kiri:
Umi Minarni, Umi Hanim, Syaliza & Elina. Foto kanan dari kiri: Elina, Siti Hazrah (memangku Uim), Evy Sofia (memangku Amb), Suziati & Syarifah Hidayatul.



Pangku Terus

Tengku Widharmi & Amb


Experienced & Skillful

Foto kiri & kanan: Umi Hanim memangku Amb sambil Syarifah Hidayatul memerhati dengan penuh minat. Yang dah pas lesen 'memangku' tu ok le ... yang belum tu kenalah cari kemahiran ... Jangan mare di bulan posa ni ye!

Bagi pihak Azim yang masih pelat bertutur lingo bayi dan ibunya Mazlyna Hanum yang nampak macam amat tak larat . . . penulis ingin menyampaikan penghargaan yang tak terhingga kepada semua ahli rombongan yang telah sudi mengunjungi d'SUARANG untuk menemui Amb
in person.

Penulis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah melapangkan masa untuk menemui dua lagi si kecil (Ahmad Iman Iskandar & Umar Ilham Majid) di sini sekali gus. Allah sahaja yang membalas budi baik kalian.

[Sorry le . . . Cafe d'SUARANG tak ada sijil kelayakan untuk menyediakan apa-apa hidangan pada tengah hari itu . . . Kalau langgar peraturan . . . takut lesen yang ada pula kena tarik . . . he, he!]




Bukan ciplak bukan tiruan,
Seni semasa asal asali;
Bukan hak bukan tuntutan,
Budi bahasa tak jual beli.





STOP PRESS

















dsuarang.blogspot.com