Thursday, September 4, 2014

Ketemu Seorang Lagi Geng MBH






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Rakan Dorm  B6



Setelah kira-kira 51 tahun berlalu . . . penulis amat bersyukur kepada Allah SWT kerana masih mengizinkan pertemuan semula penulis dengan seorang lagi sahabat sezaman persekolahan tahun-tahun 1950-an/1960-an.



Sahabat yang penulis maksudkan ialah Abas bin Hj Muhammad. Beliau kini bergelar Tuan Haji dan suami kepada Pn Hjh Rahmah bt Mohd Jadi . . . (yang cantiknya penulis juga difahamkan bahawa emak pasangan suami isteri ini memang berkawan rapat satu sama lain sejak lama).





Ceria dan Berbahagia

Hj Abas bin Hj Muhammad dan Hjh Rahmah bt Mohd Jadi


Penulis difahamkan pasangan suami isteri yang ketara ceria dan berbahagia ini mempunyai tujuh cahaya mata dan beberapa cucu.

Maka sahlah sahabat penulis ini sudah bergelar datuk 'ori'. Alhamdulillah. 






Abas dan Rahmah bersama cucu










Perhubungan semula antara kami ini dapat berlaku setelah seorang lagi sahabat sezaman persekolahan . . . Tuan Hj Ghazali Kamaruddin . . . memberikan kepada penulis nombor handphone Tuan Hj Abas. 

Abas ketika tinggal satu asrama dengan penulis pada zaman persekolahan dahulu bersekolah di Cochrane Road Secondary School, Kuala Lumpur.


Kami para pelajar daripada sekolah-sekolah yang berlainan di Kuala Lumpur pada waktu itu tinggal di sebuah asrama pelajar yang sama.


Asrama yang berkenaan disediakan Jabatan Pelajaran Selangor dan pada waktu itu terkenal dengan nama Malay Boys' Hostel (MBH), Kuala Lumpur atau dalam bahasa kita . . . Asrama Putera Melayu. 

Penulis berkesempatan pergi ke rumah Tuan Hj Abas pada pagi Rabu 3 September 2014.

Lokasi rumah sahabat penulis ini sebenarnya tidak jauh daripada area taman perumahan penulis sendiri . . . cuma kami yang tidak tahu akan situasi ini . . . dan akibatnya terhalang daripada bersua muka sejak tahun 1963. 

Kami juga tidak pernah berjumpa di tempat-tempat awam sekawasan sini . . . walaupun Abas dan penulis . . .  masing-masingnya . . . telah tinggal di kejiranan yang amat berhampiran antara satu sama lain sejak tahun 1982 dan 1985. Begitu kehendak-NYA.

Sebaik tiba di pintu get perkarangan hadapan rumah beliau . . . pada kira-kira jam 10:45 pagi . . . Abas terus mempelawa penulis masuk ke ruang tamu. 






Penulis bersama Abas






. . . baru bertemu semula selepas 51 tahun . . . 






. . . Alhamdulillah . . . 


Seketika selepas itu isteri beliau Pn Hjh Rahmah (dahulunya bersekolah di Kuala Kubu Baharu) masuk ke ruang makan . . . dan hey presto  juadah telah tersedia di atas meja. 

Penulis diminta ke meja makan untuk menjamah apa yang terhidang. Terima kasih. 







di ruang makan






. . . tetap ceria . . .
 tanda murah rezeki



Kami bersembang-sembang santai . . . mengenang kembali kisah-kisah lama ketika zaman persekolahan dan berbagai-bagai peristiwa ketika tinggal sebumbung di MBH. 

Tentunya tidak ketinggalan juga cerita kejaguhan Abas dalam bidang sukan badminton baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah dan negeri! 

Banyak perkara silam yang menyentuh perasaan kami dan tidak kurang juga hal-hal yang melucukan. 


Penulis sempat menghubungi beberapa orang kawan-kawan lama yang mengenali Abas untuk menyampaikan info tentang kehadiran penulis di rumah beliau itu. 

Kemudiannya hp penulis diserahkan kepada Abas untuk beliau berbual-bual sebentar dengan sahabat-sahabat lama dan bertanyakan khabar mereka. 







Assalamualaikum . . . aku Abas le . . . 






ha ah dah tua-tua baru dapat bercakap ni . . . 






. . . oh kalau gitu nanti kita jumpa ye . . . 



In sha Allah  . . . dalam waktu yang terdekat kita semua dapat jua bersua muka.

Setelah kami puas bersembang dan saling bertanyakan 'itu dan ini' . . . pada jam 12:35 ptg . . . penulis memohon diri untuk pulang.







Sebelum Berpisah

Hj Abas dan Hjh Rahmah serta cucu mengiringi penulis ke pintu 'get' untuk pulang  








Kami saling berharap silaturahim yang telah bersambung lagi ini dapat berterusan terpelihara buat jangka seberapa  lama diizinkan Allah SWT . . . al maklum semua kami yang sezaman kini berada dalam zon 'senja dan kesenjaan'.

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Abas dan Pn Hjh Rahmah yang telah sudi menerima kunjungan penulis dengan penuh mesra dan berbudi. 


Sekian buat sementara. Hingga kita berjumpa lagi pada lain ruang dan ketika . . . salam dari saya . . . sahabat sebumbung Asrama Putera Kuala Lumpur 1950-an/1960-an . . . untuk Tuan Hj Abas sekeluarga.




bamuda
dsuarang.blogspot.com