Wednesday, December 2, 2009

Siapa Mahu Dia!


Wednesday, December 2, 2009



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Si Cuping 



Berhubung dengan isu si CP yang diberitakan dah nak jumpa PM Najib pula seperti tertera dalam akhbar-akhbar tempatan tempoh hari ... macam-macam jadi kerenahnya ... cukup-cukuplah tu ... Janganlah nanti bak kata orang ,"Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!" ...
Saya sempat melakarkan sebuah puisi ... seperti di bawah ini ... sebagai tanda protes terhadap mereka yang suka melibatkan diri dalam sesuatu hal atau situasi tanpa mengetahui atau pasti tentang kesahihan hal atau situasi itu. Hujung pangkal cerita yang sebenar pun mereka tidak tahu menahu. Tiba-tiba buat kecoh macam-macam. Saya sangat berharap golongan muda sekarang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah (propaganda) pihak yang cuba mengelirukan orang ramai dengan memutar belitkan fakta. Ada pula mereka yang tidak bertanggung jawab sanggup meniupkan api kebencian dengan menyebarkan sentimen perkauman. Apa pun saya percaya para pembaca yang budiman dan cerdik akan tahu juga kebenarannya. Akan jelas juga sebab-sebab mengapa isu si CP ini menimbulkan kemarahan rakyat yang setia kepada negara Malaysia!



Si Cuping

bawa balik si Cuping …
(bukan nama sebenar)
nak bawa ke mana?
dulu kata nak menetap di Negara sana
sekarang konon nak balik
ke pangkuan ibu pertiwi
kenapa?
di luar sana dah tak serasi?
komunisme dah tukar demokrasi?

hairan juga tiba-tiba
ada golongan sanggup jadi juara
melontarkan suara sumbang
penuh nada mengada-ngada
dah mula mamai atau tak tahu apa-apa!

dulu rakyat jelata menderita
terkorban, tersiksa
angkara perbuatan jahat
akibat kezaliman yang dahsyat
petualang keparat
yang dahulu kononnya
hendak membawa rakyat jelata
bersama-sama
mengecapi hidup merdeka
menikmati kebahagiaan semesta

cakap kosong
dusta bohong
gendang kelentong!

para juara pula
usahlah cuba-cuba
buat perkara bebal
nanti tak sudah-sudah menyesal
si Cuping tak jadi hal
hanya menanti sampai ajal …

kalian golongan yang masih muda
yang mesti teliti
harus bertindak berhati-hati …
itulah
jangan terpengaruh tak tentu arah
kalau buta sejarah
SUSAH!


amb
Kuala Lumpur
Rabu 25 November 2009














dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads