Monday, January 9, 2012

Dari Sabang Ke Segambut




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Ke Rumah Atuk



Sehari sebelum ke Kuala Gandah, Pahang iaitu pada hari Selasa 27 September 2011 aku dan Alimah telah membawa Drs Hj Suradji Junus (Raji) dan Pn Hjh Erwani Mutia (Meni) ke Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur. Mereka ingin ke rumah Atuk . . . Tuan Hj Lokman bin Mohd Shariff dan Nenek . . . Pn Hjh Maryam bt Yaakob.


Foto kiri dari kiri : Hj A Razak H. Fatani, Raji, Penulis, Hj Lokman : Foto kanan membelakangkan kamera: A Razak; Dari kiri: Raji, Penulis, Hj Lokman, Alimah, Meni, Hjh Maryam, Hjh Zaleha dan Hj Mohd Nadzar


Foto kiri dari kiri: Raji, Penulis, Hj Lokman Foto kanan dari kiri: Meni dan Hjh Maryam


Hj Lokman ialah adik kepada Allahyarhamah Pn Halimatus Sa'adiah bt Mohd Shariff (nenek Meni). Hj Lokman (Pak Anjang) juga bapa saudara kepada Penulis (nasab bapa). Bapa Penulis . . . Allahyarham Baharom bin Mohd Shariff ialah abang kepada Hj Lokman. Maka dengan demikian Meni itu anak saudara Penulis . . . dan secara automatis suaminya Raji berpangkat anak saudara juga kepada Penulis. Begitu penerangan ringkas tentang pertalian kekeluargaan ini.



Foto kiri: A Razak dan Raji Foto kanan: Raji dan Penulis


Foto kiri: Penulis dan Hj Lokman Foto kanan dari kiri: A Razak, Raji, Penulis dan Hj Lokman


Pertemuan di rumah Atuk Hj Lokman ini ialah kali pertama buat Raji. Meni pula sudah beberapa kali ke rumah Atuknya ini. Walaupun keluarga yang berjauhan ini berkumpul buat seketika sahaja namun banyak hal pertalian keluarga dan cerita kekeluargaan dapat didengari atau diperjelaskan oleh semua pihak yang berkumpul. Kisah-kisah lucu (lelucon) pasti ada diselitkan sebagai selingan apabila ahli-ahli keluarga berkumpul begini.



Di ruang tamu rumah Hj Lokman . . . Taman Sri Segambut. Dari kiri: A Razak, Raji, Penulis, Hj Lokman, Alimah, Meni, Hjh Maryam, Hjh Zaleha dan Hj Mohd Nadzar


Dari kiri:
Hj Mohd Nadzar, A Razak, Raji, Penulis dan Hj Lokman


Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Atuk Nadzar) . . . abang kepada Hj Lokman . . . dan isteri beliau . . . Pn Hjh Zaleha (Nenek) . . . dari Petaling jaya juga hadir dalam pertemuan keluarga pada hari itu. Hj Mohd Nadzar juga bapa saudara kepada Penulis.



Foto kiri dari kiri: Meni, Hjh Maryam, Su dan Hjh Zaleha Foto kanan duduk hadapan: Su, Meni, Hjh Maryam. Belakang: Alimah dan Hjh Zaleha


Aksi 3 Generasi
Duduk hadapan: Meni dan Hjh Maryam
Duduk belakang: Alimah dan Hjh Zaleha




Pertemuan sekeluarga pada hari kunjungan Raji dan Meni ke Taman Sri Segambut itu menjadi umpama jambatan yang mampu menghubungkan dua daerah yang berjauhan . . . dan sesungguhnya . . . merapatkan pertalian kekeluargaan di antara ahli-ahli keluarga di Seberang dengan yang di Malaysia.

Mudah-mudahan hubungan yang mesra ini berkekalan hingga sampai ke akhir masa. Amin.













dsuarang.blogspot.com
[Belated Publication]