Tuesday, August 14, 2012

Bila Ramadan Bertandang Lagi


SUNDAY, 12 AUGUST 2012





Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera


Malam Ribuan Rahmat 


Suatu pertemuan keluarga telah diadakan di d'SUARANG pada malam Sabtu 11 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadan 1433 H.  

Seperti pada tahun-tahun lampau . . . ahli-ahli keluarga berkumpul untuk sama-sama mengisi tempoh menjelang penghujung Ramadhan al-mubarak dengan amal ibadat yang diharap mendapat keredaan Allah swt.

Majlis bermula dengan acara berbuka puasa. Semua ahli keluarga yang hadir memeriahkan majlis.  

Acara solat berjemaah fardu Maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih kemudiannya dilaksanakan di bawah pimpinan Tuan Hj Baharuddin Osman, Tuan Hj Lokman Mohd Shariff dan Tuan Hj Mohd Suhaimi Baharuddin. 













Setelah selesai segala acara solat berjemaah . . . Tuan Hj Lokman dan Tuan Hj Baharuddin sudi pula memimpin majlis tahlil dan acara doa selamat.


















    





Sambil itu . . . para hadirin mengharapkan akan wujud silaturahim yang erat dan penuh erti di antara dan di kalangan ahli-ahli dalam keluarga besar ini . . . keluarga Mohd Shariff, Mohd Said dan Konah.  
































Ya Allah . . . kami bersyukur . . .  majlis ini dapat jua dilangsungkan dengan teratur dan lancar. Mudah-mudahan . . .  lambat laun . . . akan terjelma keberhasilan daripada setiap usaha yang dilakukan dengan sedemikian ikhlas. Amin.
































































































































Demikian antara aktiviti beramal ibadat yang dilakukan ahli-ahli keluarga ini pada malam ribuan rahmat di bulan Ramadan al-mubarak . . . semata-mata kerana Allah swt.





































Alhamdulillah . . . itulah sahaja yang mampu kami ucapkan . . . setelah segala acara dapat kami laksanakan tanpa sebarang rintangan atau halangan.
















Semoga kita dapat bertemu lagi dalam keadaan sihat walafiat di majlis-majlis sebegini rupa pada masa-masa hadapan. Amin.





Bamuda
dsuarang.blogspot.com