Sunday, August 7, 2016

Cuba Berlapang Dada









Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera




Fikirkan Tentang ...



Sebelum merungut tentang hak kebebasan bersuara atau bertindak, bersyukurlah Allah swt masih memberikan kita lidah yang boleh berkata-kata dan tubuh badan yang boleh bergerak-gerak. Bayangkan kesukaran yang bakal ditanggung  andainya lidah kita tiba-tiba kelu dan badan kita tiba-tiba kaku. 

Sebelum merungut tentang hidangan makanan yang tidak hebat atau lazat, fikirkan nasib seseorang yang tiada apa-apa langsung makanan untuk ditelan. 


Sebelum merungut tentang busana tidak mahal atau kurang berjenama, fikirkan bagaimana pula seseorang yang tubuh badannya tidak pernah dibaluti pakaian baru melainkan yang sudah compang-camping atau perasaan seseorang yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang akibat musibah atau mala petaka.

Sebelum merungut tentang kekurangan suami atau  isteri, fikirkan tentang seseorang yang sentiasa bermohon kepada Allah swt supaya dipertemukan seorang teman hidup, namun hasratnya masih belum kesampaian hingga kini. 

Sebelum merungut tetang kebosanan hidup, fikirkan tentang seseorang yang amat mengharapkan jangka hayatnya dapat diperpanjangkan walau untuk sedikit waktu lagi. 

Sebelum merungut tentang anak-anak yang kurang berjaya atau berhasil, fikirkan tentang seseorang yang sangat menginginkan cahaya mata tetapi dirinya mandul. 

Sebelum merungut tentang rumah tidak serba lengkap atau mewah, fikirkan tentang seseorang yang hidup gelandangan. 

Sebelum merungut tentang kepenatan memandu kenderaan sepanjang jarak yang jauh, fikirkan tentang seseorang yang terpaksa berjalan kaki sejauh jarak yg sama.

Sebelum merungut tentang  kesukaran  melakukan sesuatu pekerjaan sebagai mata pencarian, fikirkan tentang mereka yg menganggur, cacat anggota dan mereka yang amat berharap dapat bekerja seperti anda. 

Sebelum menuding jari kepada  seseorang atas sesuatu kesilapan, ingatlah sebenarnya satu jari sahaja yang menunjuk ke arah orang yang dipersalahkan manakala empat jari lain menunjuk ke arah orang yang menuding. 

Sebelum terbawa-bawa mengutuk atau memfitnah, ingatlah tiada seorang pun yang cukup  sempurna dalam mengharungi kehidupan ini . . . dan bahawa setiap orang akan dipersoalkan tanggung jawab perbuatan masing-masing oleh ALLAH swt kelak!


Maka bersyukur dan bersabar itu amatlah dituntut . . .





bamuda
dsuarang.blogspot.com