Thursday, February 2, 2012

Dedikasi



 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Untuk Seorang Seniman Berdedikasi



Tuan Hj Mahzan Manan


Sahabat ku ini . . . seorang yang amat berdedikasi dalam apa sahaja bidang seni yang diceburinya. Beliau aktif dalam seni lukisan dan seni muzik.

Aku lebih mengenalinya melalui aktiviti muzik sejak zaman 70-an ketika berpeluang berkarya dengan beliau . . . pada awalnya dalam persembahan nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ketika itu beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Islam, Kuala Lumpur. Tuan Hj Mahzan juga pernah berkhidmat di beberapa institusi penting lain sebelumnya termasuklah di Bahagian Radio Pendidikan RTM.


MM masih gigih berkarya ..................................tetap teliti dalam setiap karyanya


Aku masih berhubungan dengan beliau hingga sekarang . . . khasnya dalam penghasilan karya berkaitan dengan ciptaan/gubahan muziknya. 
 
Beliau yang masih gigih meneruskan aktiviti mencipta/menggubah lagu dan menerbitkan album tetap melakukan segala aktivitinya itu dengan penuh teliti dan dedikasi . . . hingga membolehkan beliau meraih anugerah demi anugerah dalam pertandingan muzik tempatan masa kini. 



Skor Muzik Gubahan MM
[nota tulisan tangan MM sendiri]


Paling menarik perhatianku ialah sikap beliau yang amat bersederhana dan merendah diri dalam tindak tanduknya mengharungi hidup sehari-hari . . . walaupun nama dan pencapaian beliau sebagai seorang komposer muzik . . . amat disegani di kalangan music circle di negara ini.



MM
Bersederhana dan Merendah Diri

Maka atas semangat yang sedemikian . . . aku mendedikasikan tulisanku yang tak sepertinya ini kepada beliau . . . . sebagai tanda penghargaan kecil-kecilan.



Satu Dalam Seribu


Melodi gubahannya indah
Karyanya terkenal jati
Terserlah
Penuh daya inspirasi

Bilakah
Bila lagi masanya
Dia diangkat sebaris nama
Penggiat setia seni bangsa
Atau sarjana budaya

Dia mencipta lagi
Belum penat belumlah berhenti
Hingga irama membawa kesan
Seribu kepuasan!


Tidak syak lagi . . . komposer yang bernama Mahzan Manan ini . . . sudah layak menerima penghargaan/anugerah yang jauh lebih tinggi dan berprestij . . . daripada pihak berwajib. Cuma . . . bilakah masanya?

Suatu hari nanti, insya-Allah!








 
 
dsuarang.blogspot.com