Thursday, October 11, 2012

Zamhur Pengusaha Gigih


TUESDAY, 9 OCTOBER 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Cekal dan Berakal


Setelah beberapa kisah berbaur kesedihan dipaparkan . . .  terutamanya tentang 'kehilangan' yang menimpa diri Pak Zamhur  . . . marilah kita 'beralih angin' mengikuti kisah-kisah kehidupan beliau sehari-hari yang lebih bersifat ceria pula.

Pak Zamhur . . . mantan banker di sebuah bank terkenal di Banda Aceh . . . memang kelihatan ceria dan penuh bersemangat dalam melaksanakan tugas harian sebagai seorang pengusaha.






Bapak Hj Zamhur . . . Pengusaha cekal dan berakal . . .





. . . semakin berjaya . . . semakin beliau merendah diri . . .



Walaupun sentiasa sibuk dengan kerja-kerja yang memerlukan perhatian beliau . . . khususnya dalam hal membuat keputusan bijak demi kepentingan syarikat-syarikat perusahaan* milik beliau . . . beliau masih sudi dan sempat melapangkan waktu untuk membawa kami berkunjung ke mana-mana sepanjang kunjungan ini.

*[Antara pelbagai bidang perusahaan yang diceburi Pak Zamhur termasuklah Petroleum, Perhotelan, Minuman dan Snak, Sukan, Pembinaan dan Hartanah.]





Stesen minyak 1 milik Pak Zamhur














Pak Sani dan Pak Zamhur di hadapan
bilik pejabat stesen minyak



Penulis juga tidak melepaskan peluang
 bergambar dengan towkay stesen . . . 















Pam minyak pun jadi selebriti . . .




Apa sahaja yang diperkatakan dua sahabat ini . . .
ketawa bukan main lagi nampaknya















Ciri luar biasa. Pokok mangga ditanam sekeliling 
stesen minyak ini. Hasilnya nanti dikongsi sama 
dengan sesiapa yang mengingini termasuk para
pelanggan stesen minyak ini. Bagus begitu Pak.



Apabila ditanya sama ada kehadiran kami ini mengganggu kelancaran perjalanan jadual kerja (job schedule) beliau sehari-hari . .  . beliau segera menafikannya dengan berkata," Tidak apa-apa pak. Saya kan punya ini  . . ." (lalu menuding kepada handphone kepunyaannya.) " Bisa saja berurusan dari dalam mobil begini."




Kami berempat di perkarangan hotel Rasamala 














Penulis di hadapan hotel milik Pak Zamhur




Pak Sani dan Penulis posing lagi . . . 













Tunggu siapa bang?




Jaga kaunter ke . . . pakcik?















Bertambah peminat kaunter nampaknya . . . 




Penulis bersama General Manager hotel ini














Pn Alimah dan Pn Azizah di lounge hotel




Teruja tunggu giliran bernasyid ke . . . 2 Hajah ?













Lama gak tunggu ni . . . 



Rasa macam nak mengantuk le pulak . . .













Minum aje le dulu . . . biar hilang ngantuk
 . . . hmm!



Dulu GM kita ni . . . tinggi ni aje . . . 














Sekarang beliau ni dah semakin tinggi . . .




Betul tak GM?









Betul bos . . .tapi dah mengempis ke dalam lak 
sekarang . . . he, he


Selama beberapa hari kami berada di Banda Aceh . . .  kami berkesempatan mengenali Pak Zamhur secara lebih dekat lagi. 

Kami dapat memerhatikan bahawa beliau seorang yang taat mengerjakan perintah Allah swt, merendah diri, berterus terang, berbudi bahasa dan pemurah.





Stesen minyak 2 milik pengusaha 
yang cekal dan berakal ini












Pak Sani . . . gaya best tu bro . . .



Ni pulak duduk . . . mengapa . . . penat ke?














Siapa kat pam minyak tu? . . . Bro kita rupanya!



Bergaya lagi . . . jangan mare . . . 















Bos kiri . . . pekerja kanan . . .





Bila agaknya dapat makan mangga ni . . . 















Aku pun nak tunggu juga ni . . . 





Macam tuan punya lak . . . insya-Allah . . . 
ada tokoh
















Stesen lengang menjelang waktu solat Jumaat . . .






Pak Zamhur 
di meja bilik kantor stesen





Ada jenaka diselitkan dalam perbualan dua member ni tentunya . . . menggelikan hati   





Jom kita melawat kebun mangga ni . Pondok untuk berehat pun ada tersedia . . . 






Sambil tu . . . kita posing le . . . terkenang semasa dulu . . . 



Satu sifat beliau yang menonjol ialah ketegasannya apabila berurusan atau berbicara dengan para pekerja di beberapa  perusahaan beliau itu.

Beliau tegas tetapi memahami keperluan para pekerjanya . . . dan amat menitikberatkan kebajikan mereka. Dalam kata-kata Inggeris . . . " He possesses more pulling than pushing factors."





Pak Zamhur . . . seorang bos yang tegas . . . 







. . . namun tetap prihatin terhadap kebajikan stafnya . . . 




Ketika ke sana-sini  bersamanya, dapat diperhatikan beliau punya ramai kawan, sahabat atau teman dari berbagai-bagai golongan dan keturunan. Beliau jelas seorang insan berkarakter dan berkarisma . . . disegani masyarakat.






Gedung kopi dan snak milik Pak Zamhur di Banda Aceh















Ruang khas untuk function atau majlis tertentu 
seperti seminar, mesyuarat dsb di gedung ini





Wah . . . Puan Azizah dan  Puan Alimah . . .
 selesa nampaknya . . .





Penulis dan Pak Sani pun tumpang relaks kat sini





Pak Zamhur di kanan sekali menerangkan
tentang bisnes di sini . . . hmm . . . lumayan





Dah cukup korum . . .  boleh mesyuarat?





La . . . minum pulak . . . bila nak mesyuarat . . .





Pak Sani dan Pak Zamhur selepas bersolat  
di surau lantai satu gedung kopi Pak Zamhur




Tempat berwuduk di gedung ini




Rooftop di lantai dua gedung 3 in 1 coffee





Perbincangan antara dua sahabat . . . Pak Zamhur menyatakan sesuatu kepada Pak Sani . . .







Empat foto di atas diambil dari rooftop gedung 3 in 1 coffee.
Menarik pemandangan dari sini. 



Pak Zamhur cekal dan berakal apabila berurusan dengan rakan pengusaha yang lain . . . memberi dan menerima idea dan pandangan mereka dengan penuh keterbukaan.

Beliau tidak segan-segan menyatakan kepada kami bahawa beliau tidak punya apa-apa kemahiran khas dalam bidang perniagaan atau perusahaan . . . selain daripada pengalaman ketika berkhidmat sebagai banker dahulu . . . jadi tukang pegang dan kira duit orang . . . jelasnya bercanda.





Di gelanggang futsal Pak Zamhur






Kawasan lapang begini jangan dibiarkan 'terbuang' . . . mungkin itu difikirkan Pak Zamhur apabila memiliki tanah ini . . .





Aku pun boleh buat begini . . . hmm





Senggara gelanggang ini baik-baik . . . (baru ada dua sahaja gelanggang futsal bertaraf begini di Banda Aceh!) . . . 






Penulis . . . mengahargai semangat 
keusahawanan Pak Zamhur . . .





. . . demikian juga Pak Sani . . . 




respect and salute . . . for you . . . bro Zamhur  


Apabila ditanya bagaimana beliau boleh mencapai tahap kejayaan yang tinggi dalam masa begitu singkat mengendalikan beberapa perusahaannya . . . (beliau baru kira-kira 10 tahun berkecimpung dalam bidang ini setelah pensiun awal dari bank) . . . Pak Zamhur dengan rendah hati memberikan jawaban begini:

"Saya belum boleh dikira berjaya. Banyak lagi yang harus dicapai untuk benar-benar layak digelar pengusaha yang berjaya. Saya tidak punya apa-apa pengalaman atau kepandaian khusus dalam perusahaan begini. Boleh dikata pengetahuan saya tentang bidang ini di tahap 'nol' ! Saya cuma gigihkan hati dan kuatkan semangat dalam mencuba. Apa yang saya lakukan ialah saya mempelbagaikan perusahaan yang saya ceburi . . . dan terus  berusaha dengan jujur dan tekun. Alhamdulillah ramai yang mendokong (menyokong) dalam kemajuan perusahaan saya ini. Selainnya saya serahkan kepada Allah swt."






Membina jalan








Projek pembinaan jalan (expressway) ke pelabuhan dilaksanakan oleh syarikat pembinaan Pak Zamhur dengan menggunakan peralatan dan kemudahan kejenteraan kepunyaan beliau sendiri.






Kami memerhati dari dalam kereta . . . para pekerja beliau sibuk bekerja . . .






Dijangka siap tahun hadapan





Insya-Allah berhasil . . . 



Apabila ditanya apa pula rahsia Pak Zamhur begitu meyakini orang bawahan atau pekerjanya menjalankan sesuatu perniagaan miliknya . . . beliau tersenyum tenang lalu berkata," Pengusaha harus cekal dan berakal."








Perusahaan Pak Zamhur dalam bidang hartanah juga tidak kurang hebatnya . . . Bangunan milik beliau ini semuanya disewakan kepada pengusaha lain yang memerlukan . . . 





Nyonya Sri Aria Satiani . . . isteri Pak Zamhur menjadi pendokong utama setiap usaha beliau itu pastinya . . . 





Putera Pak Zamhur . . . Deza Kasyfi . . . yang menjadi harapan keluarga ini . . . sudah pun menampakkan kebolehan beliau dalam bidang berurusan jual beli mobil . . . syabas . . . langkah awalan yang bagus sekali.





Pak Sani mengatakan tentang busana apa? Kelihatannya Nyonya Sri Aria Satiani dan Pn Azizah tertarik mendengarnya . . .  





Dari kiri:
 Pn Alimah, Nyonya Sri Aria Satiani, Pn Azizah





Nanti kita putar-putar ke tempat lain lagi . . . 




Tak penatkah Pak Zamhur nanti? Tidak apa-apa Pak Sani . . . saya memang tidak tidur di siang hari . . . Malam baru saya masuk tidur awal . . . mesti jaga kesihatan Pak . . . 








Bangunan milik Pak Zamhur





Bangunan hotel yang terkenal di Banda Aceh ini disewa (kontrak) oleh pengusaha hotel itu daripada pemilik bangunan . . . Pak Zamhur
















Antara hartanah Pak Zamhur yang masih dalam pembinaan . . .




Selain daripada berbagai perusahaan yang sedia dimilikinya sekarang . . . Pak Zamhur kini membuat  perancangan untuk meluaskan perusahaannya menjangkau bidang-bidang lain . . . yang jika terlaksana seperti yang dirancangkan . . .  insya-Allah bakal menjadi suatu usaha Pak Zamhur yang hebat lagi  bermanfaat.

Diversify while you can . . . menjadi dasar perusahaannya.

Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pak Zamhur atas segala usaha yang telah dilakukan. Mudah-mudahan Allah swt memperkenankan segala hajat bapak itu.

Hmm . . . akhir kata . . . soalan cepu emas:

" Kapan mau Go International Pak? "




Bamuda
dsuarang.blogspot.com