Saturday, December 24, 2011

Haji dan Makan




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mesra di Meja Makan



Ketika di Mekah, di Arafah, di Muzdalifah, di Mina atau di Madinah para jemaah haji sentiasa sibuk beribadat kepada Allah SWT. Ini memang lumrah pada setiap musim haji. Boleh dikatakan setiap ahli jemaah mengamalkan cara terbaik untuk mencari sebanyak mungkin pahala dan keredaan Allah SWT. Mereka berazam memanfaatkan waktu yang diberikan Allah SWT dengan sebaik-baiknya sepanjang musim haji ini.


Apa lagi tu . . . Puan Hjh Alimah?


Beramal ibadat memang dituntut dalam mengerjakan haji . . .
makan mesti kena juga . . . supaya cukup tenaga untuk beramal ibadat itu . . .


Dari kiri: Hjh Juliah; Hjh Alimah; Hj Salleh
menikmati makanan lazat sambil bersembang


Sembang-sembang


Minum-minum . . . boleh saja . . . Hjh Alimah . . . jaga kesihatan


Pendek kata tiada waktu yang akan dibiarkan terluang begitu sahaja tanpa diisi sebarang amalan keagamaan yang berfaedah. Jadual aktiviti harian jemaah haji masing-masing amatlah padat. ["Tight, real tight . . . man!" kata siapa tu ha?] Sentiasa penuh dengan berbagai urusan demi mematuhi tuntutan serta kehendak menunaikan rukun Islam yang kelima. Kalau ada pun sedikit waktu lapang ialah ketika para jemaah haji berihat di bilik hotel masing-masing!


Memanfaatkan waktu makan untuk saling mesra berkenalan antara satu sama lain


Dari kiri: Penulis bersama Hj Muhammad Noh (JB)
di dewan makan Hotel Royal Eimann, Makkah



Dari kiri: Hjh Khatijah (JB); Hjh Alimah
di dewan makan Hotel Royal Eimann, Makkah







Di bilik penginapan masing-masing dapatlah mereka saling berkomunikasi seketika. Saling berkenalan rapat sedikit di antara satu dengan lain. Saling mengenali hati budi masing-masing. Komunikasi sebegini amat perlu berlaku di kalangan semua jemaah haji. Ini kerana mereka akan berada bersama-sama paling tidak selama satu bulan di Mekah dan Madinah sepanjang melalui urusan musim haji ini. ["At least to release some unwanted tension, bro . . ." kata omputih jiran seagama teman tu le.]



Hj Abdul Halim Ahmad bersama Hj Borhan (Bob) Nasir


Foto kiri dan kanan: Hjh Alimah di dewan makan D'saji, Felda di Makkah


Penulis bersama para pelayan makan di dewan makan / restoran Hotel Royal Eimann, Makkah


Dari kiri:
Hjh Latipah (Lat); Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah; Hjh Juliah

Dari kiri: Hj Salleh; Hj Sulaiman; Dato' Hj Muhammad Hatta

Dari kiri: Dato' Hj Muhammad Hatta; penulis; Hj Salleh


Bagi mereka yang buat kerja haji selama 12 hari tu . . . lainlah ceritanya. Itu diistilahkan sebagai peserta golongan jemaah haji elit. Golongan ini tidak ramai bilangannya. Penyertaan jemaah haji yang ramai terdapat daripada peserta jemaah haji seperti teman le. OK. Tak kisahlah golongan jemaah haji itu elit ke tidak! Apa yang penting ialah komunikasi sihat mesti wujud dan berlangsung di kalangan para jemaah haji yang berada jauh di rantau orang selama jangka masa yang agak lama.




Makan roti dan dhal Arab di Madinah. Kiri: Hjh Alimah; Hj Salleh ; Hjh Juliah. Kanan: Penulis; Hjh Alimah; Hj Salleh; Hjh Juliah



Dari kiri: Hjh Noral Saniah Mohd Som (Ipoh/Tapah);
Hj Abdul Halim Ahmad (Ipoh/Kedah); penulis;
Hjh Alimah (KL/Melaka); Hjh Juliah Partono (KK/Labuan)


Apa yang teman perhatikan . . . kemesraan yang diharap terbina di kalangan jemaah haji tidak akan sempat dibina dalam waktu terluang yang begitu singkat. Waktu di bilik hotel masing-masing dan waktu bersolat di masjid dsb sahaja tidak cukup untuk tujuan ini.["Not even enough time to break the ice . . . bro", sampuk si jiran omputih teman yang seagama tu lagi.]



Hjh Norzihan bersama ibu mertuanya


Hjh Alimah bersama Hjh Norzihan Ibrahim (Shah Alam / Tapah)












Memang kita ke mari untuk beramal ibadat . . . bukan untuk bersosial. Tetapi kita orang Islam juga sering diingat dan diperingatkan sentiasa supaya mengikat dan memelihara tali silaturahim yang erat sesama insan seagama . . . apatah lagi ketika sama-sama melakukan kerja haji yang paling tinggi tuntutan kesempurnaannya. ["Hear, hear" kata siapa lagi . . . dah tahu kan.]





Hjh Alimah di Coffee Break, Madinah



Maka teman pikio . . . alternatif terbaik dalam hal ini ialah mencari kesempatan waktu ketika di meja makan. Dan . . . cara inilah yang dapat teman lakukan pada masa ada kelapangan waktu . . . ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Setiap kali waktu makan di dewan makan/restoran hotel, sama ada di Mekah atau di Madinah teman akan cuba bersembang-sembang santai dengan para jemaah haji yang lain dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Syukurlah respons yang diberikan mereka itu menggalakkan.[ "Sincerity is the best policy," ungkapan spontan omputih si jiran seagama teman tadi juga weh . . .]



Hjh Norziera Ngah bersama Hj Hishamudin Muda
(Kuala Terengganu)


Sahabat semeja makan di Coffee Break, Madinah


Dari kiri: Hj Hakim; Hjh Saripah (Tapah, Perak);
Hjh Alimah; penulis (KL)


Alhamdulillah, dengan cara ini, dapat juga teman berkenalan dengan semakin ramai kawan-kawan baru dari seluruh negara. {Banyak lagi para jemaah makan semeja yang tak sempat teman ambil gambar mereka . . . maaf ya Hj dan Hjh sekalian!} Ada di antara mereka itu menjadi sahabat yang rapat lagi mesra hingga ke akhir musim haji. Teman berharap kemesraan ini berterusan sampailah apabila berada di tanah air . . . malah sampai bila-bila. [ "I . . . your omputih Muslim neighbour hope so too . . . bro!"]










dsuarang.blogspot.com