Thursday, August 21, 2014

Raji n Meni di Rawang






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mengunjungi Keluarga Besar Tok Said


Menjelang waktu Asar . . . Ahad 17 Ogos 2014 bersamaan 21 Syawal 1435H . . . penulis berserta rombongan tetamu dari Sabang, Aceh meninggalkan rumah Hj Ismail / Hjh Zaleha di Selayang menuju ke Rawang. 


Tempat ini terletak dalam Daerah Gombak di negeri Selangor D.E. kira-kira 15 kilometer dari Selayang. Waktu perjalanan dari Selayang ke Rawang dalam keadaan aliran trafik biasa ialah 15 minit.

Rombongan pengunjung yang termasuk lima orang tetamu dari tanah seberang iaitu Drs Hj Suradji, Hjh Meni, Agiel, Noevand dan Yuda berhasrat ke rumah Tuan Hj Wahab Nordin dan Puan Hjh Norlin Osman di Rawang pada petang hari berkenaan. 

Kunjungan ini bertujuan 'serampang dua mata' . . . satu, untuk berhari raya Aidilfitri bersama keluarga Hj Wahab dan Hjh Norlin dan . . . dua, untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara ahli-ahli keluarga Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS) . . . yang terdiri daripada tiga keluarga besar iaitu keluarga Tok Said, keluarga Tok Shariff dan keluarga Onyang Konah. 

Hj Wahab Nordin berpangkat adik saudara (pupu) dengan penulis melalui perkahwinannya dengan Norlin Osman (adik saudara berpangkat dua pupu dengan penulis nasab bapa keturunan Tok Shariff). 

Penulis sebenarnya juga mempunyai ikatan kekeluargaan langsung dengan keluarga Tok Said nasab ibu.

Ertinya penulis adalah keturunan daripada kedua-dua belah pihak keluarga besar Tok Shariff dan Tok Said sekali gus. [Alangkah beruntungnya diri ini . . . hmm.]


Tak kisahlah walau macam mana pun status pertalian kekeluargaan penulis dalam PTS ini . . . yang penting penulis masih diizinkan Allah SWT untuk sedikit sebanyak berusaha merapat dan mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli keluarga jauh dan dekat. Alhamdulillah.


Berbalik kepada kunjungan ke rumah adinda Wahab dan Norlin . . . ketibaan rombongan kami disambut dengan amat ceria dan mesra oleh mereka sekeluarga. 























Boleh dikatakan semua ahli keluarga mereka di Rawang ini ada bersama meraikan kehadiran kami pada petang itu.
















































Tidak mungkin tersenaraikan semua nama mereka di sini . . . foto-foto yang tertera sekadar membuktikan betapa meriahnya sambutan yang kami terima.   






























Terima kasih sahaja yang dapat penulis ucapkan buat sepasang hos yang cukup budiman ini. Terima kasih daun keladi adinda Wahab dan Norlin.

Penghargaan juga tidak terlupakan buat semua ahli keluarga Rawang yang ketara hebat semangat persaudaraan mereka.







Semoga semangat pertalian kekeluargan kita di kalangan ahli-ahli famili besar PTS dapat terpelihara begini rupa buat jangka masa yang lama . . . hingga ke akhir waktu . . . insha-Allah.  Amin.



                 
bamuda
dsuarang.blogspot.com