Tuesday, March 20, 2012

AMB dan WaQtu




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sepintas Lalu Praktis Harian


Aku manusia biasa. Manusia biasa hidup sederhana. Biasa sahaja melata di dunia! Waktu Q-ku bersama keluarga. Duduk semeja menjamu selera . . .  sambil mendengar cerita harian . . . tersebar pada waktu makan. Ada juga ehwal semasa. Kami semua berkongsi cerita. Kadangkala ada kesempatan . . . mendengar gosip atau umpatan. Cerita scoop penuh kehebatan. Terlepas pandang dibuai kehangatan. Ampunilah kami wahai TUHAN!

Aku manusia biasa. Manusia biasa dalam masyarakat. Biasa sahaja sepanjang hayat! Waktu Q-ku bersama famili. Duduk santai menonton TV . . . sambil menikmati rancangan malam . . . keluar komen yang 'makan dalam'. Rancangan hiburan paling popular ditontoni. Tak berapa best agaknya 'motivasi pagi'. Tapi tak apa asal kami dapat berkumpul semua . . . satu keluarga sepakat. Mengawasi dan menghindari. Kepincangan hidup moden hari ini.

Aku manusia biasa. Manusia biasa ingin berbakti. Biasa sahaja asalkan bererti! Waktu Q-ku beramai-ramai. Memang sesuatu yang sangat bernilai. Main game segala macam. Terup, domino, congkak, catur dan dam. Bertekak sampai penat. Tak apa, silaturahim keluarga bertambah erat.

Aku manusia biasa. Manusia biasa mencari damai. Biasa mencintai segala yang permai! Satu lagi waktu yang berkualiti . . . apabila bercuti bersama famili. Melancong sambil bergembira . . .  ke berbagai destinasi . . . cuti-cuti Malaysia.

Aku manusia biasa. Manusia biasa dipuja dan dicaci. Biasa jatuh dan bangun lagi!  Aku manusia biasa. Manusia biasa makhluk ALLAH. Biasa kepada-NYA aku berserah!

Waktu Q-ku bersama anak isteri. Detik yang paling aku hargai ketika kami dapat berjemaah. Beramal ibadat kepada ALLAH. Bagiku ini waktu teristimewa. Selepas solat kami berdoa. Mohon perjalanan hidup terpelihara. Agar kami tidak dalam kerugian melalui waktu yang disia-siakan. Berkatilah keluarga kami  wahai TUHAN! 

Aku manusia biasa. Manusia biasa mempunyai citarasa. Biasa mengharapkan segala yang mulia! Demikian antara waktu Q-ku. Kalian nanti bagaimana? Mesti juga ada. Mesti juga diusaha!!



Bamuda
dsuarang.blogspot.com