Sunday, June 23, 2013

Doa Seorang Sahabat . . .






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



. . . Untuk Seorang Sahabat




Allahumma
anugerahi sahabat hamba semangat 
tidak mudah mengalah
dalam segala apa yang dihajatkan;
tidak mudah berubah
dalam segala apa yang menguji kesabaran; 
walaupun 
terlalu banyak kesabaran  
diperlukan . . . 
sepanjang menghadapi ujian
selama melalui waktu berhalangan. 

Allahumma
anugerahi sahabat hamba kekuatan 
untuk terus berikhtiar
apa sahaja 
yang terdaya diikhtiarkan;
ketenteraman jiwa 
untuk menerima
apa jua yang ditakdirkan 
oleh-Mu Tuhan . . .  
dalam mana-mana kaedah 
sukar maupun mudah. 





Aku pula tetap terus mendoakan sahabatku pulih seperti sedia kala.


















Aku yakin, ya Allah . . . Kau pasti mengabulkan doa hambamu ini . . . berkat kemuliaan yang Kau peruntukkan kepada bulan Syaaban. 

Doaku ikhlas buat seorang sahabat yang telah berzaman-zaman aku kenali. 









Sahabat yang bersekolah dan tinggal seasrama bersamaku  sejak tahun-tahun1950-an hingga 1960-an. 



 
*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]

[Tiga jejaka perasan hebat 60-an posing kat depan asrama.

 Kiri ke kanan: Zali, Majid dan Jamil]




Seorang sahabat yang telah lama akrab dan mesra denganku sebagai 'adik-beradik' sendiri. Sahabat yang bernama . . .  GHAZALI.








Semoga Tuan Hj Ghazali bin Kamaruddin segera sihat dan beraktiviti cergas semula. Amin.







Bamuda
dsuarang.blogspot.com