Monday, June 6, 2016

Ulang Kenang : Kerinduan Setiap Ramadan









Assalamualaikum
Selamat Sejahtera


Aktiviti Penuh Erti 


Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan dengan agak selesa dan penuh muhibah. Dengan semangat kekeluargaan yang amat ketara. Dan paling penting dengan izin-NYA jua. 


Ha, siapa gerangan yang baru tiba ni? Tak lain tak bukan salah seorang daripada mereka yang kuat menyokong aktiviti PTS.














Ha, yang ditunggu dah tiba . . .









Bersalam-salaman


Tentu semua ahli kenal dengannya. Kepada penulis sekeluarga beliau terkenal dengan panggilan TS Din.








Sementara Menunggu Waktu Berbuka . . .






Dari kiri:
Mohd Badrin Osman, Hj Suhaimi Baharudin, Hj Abdul Wahab,
 Lt Kol (B) Hj Basri Omar, Penulis, Hj Baharudin Osman.


Penulis berbual-bual dengan ahli-ahli keluarga lain yang datang untuk menyemarakkan Semarak Ramadan 3 di d'SUARANG. 







Masih Sabar Menunggu Waktu Berbuka 






Susunan kedudukan dalam gambar sama seperti di atas.



Terlebih dahulu penulis sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi hadir dari petang hingga ke malam Sabtu 18 Ramadan 1431 H, bersamaan 28 Ogos 2010 M di d'SUARANG. 

Tanpa sokongan dan kehadiran anda sekalian tidak mungkin wujud Aktiviti Semarak Ramadan PTS yang Ketiga (SR3) untuk bulan yang mulia tahun ini.








Dah Tiba Waktu Berbuka Puasa . . .


Duduk dari kanan: 
Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff & Md Noor Idris.

 Berbaris dari paling hadapan:
 Penulis, Hj. Baharudin, Megat Husni, Roslan, Kamaruddin, Mohd Badrin. 







Dari kiri: 
Hazry, Md Noor, Hj Mohd Nadzar, Halmy.







Berbuka ringkas sebelum bersolat fardu Maghrib














Dari kiri:
Halmy, Md Noor, Hj Basri, Hj Abdul Wahab, Hj Suhaimi. 







Penulis bersama Hj Mohd Nadzar







Hj Abd Wahab Nordin bersama Hj Suhaimi Baharudin
  






Hazry dan Penulis 














Ahli-ahli keluarga membantu membentang sejadah untuk para jemaah bersolat.




Aktiviti SR3 bermula dengan acara berbuka puasa apabila masuk waktunya. Para hadirin berbuka ringkas dengan kuih muih dan buah-buahan sebelum solat Maghrib berjemaah. 

Imam solat fardu Maghrib ialah Tuan Hj Baharudin Osman dari Shah Alam. Tuan Hj Baharudin (Tok Sulung Din kepada penulis) adalah daripada keturunan keluarga Onyang Konah.







Tuan Hj Baharudin Osman












Para jemaah selepas bersolat fardu Maghrib.















Para jemaah mendengar bacaan imam 







Masih giat mendengar dan berdoa











Para jemaah dapat menyempurnakan solat fardu Maghrib dengan lancarnya








Setelah bersolat Maghrib, semua ahli keluarga pun dipersilakan menyambung acara berbuka ringkas tadi. 

Kali ini para hadirin dihidangkan nasi serta lauk pauk sebagai sajian yang 'lebih berat' sebelum bersembahyang fardu Isyak diikuti dengan solat sunat Tarawih.







Antara juadah yang tersedia.






 Alhamdulillah serba sederhana.







Dari kiri: 
Badrin, Md Noor, Hj Mohd Nadzar








 Hj Baharudin Osman






























Foto kiri: Hj Abd. Wahab dan Foto kanan: Hj Suhaimi menjamu selera.















Ahli-ahli keluarga PTS menjamu selera.














Ahli-ahli keluarga dari Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Bukit Antara Bangsa, Ampang, Segambut, dan Keramat dll turut hadir memeriahkan perjumpaan Keluarga PTS kali ini.






Dari kiri: 
Razief, Rashidi, Badrin, Hj Lokman, Hj Mohd Nadzar.










 Dari kiri:
 Siti Rohani, Alimah, Mak Uda Zaleha.



Selesai menjamu selera masing-masing, azan Isyak pun diserukan bilal muda Hafiz Lokman (adik sepupu kepada penulis) diikuti dengan para jemaah bersembahyang sunat dua rakaat dan kemudian bersolat fardu Isyak. 

Imam solat fardu Isyak ialah Tuan Hj Lokman Mohd Shariff dari Segambut. 

Tuan Hj Lokman (Pak Anjang kepada penulis) adalah daripada keturunan keluarga Tok Shariff.






Bilal Muda Mohd Hafiz Lokman






 Hafiz dan Hj Lokman







Depan:  
Hafiz, Hj Lokman & Hj Baharudin. 
 Belakang: 
Mohd Rashidi. 




































































Para jemaah menunggu waktu bersolat fardu Isyak









Tuan Hj Lokman Mohd Sharif














Para jemaah bersiap sedia untuk bersolat fardu Isyak.






























Foto kiri: 
 Hj Lokman mengimamkan para jemaah bersolat fardu Isyak. 
 Foto kanan dari kanan:
Hj Mohd Nadzar, Penulis, Hj Baharudin, Hafiz.



















Tuan Hj Lokman Mohd Shariff







Selesai bersolat fardu Isyak






 Mengaminkan doa selepas bersolat.







Terus mengaminkan doa yang dibacakan Imam Hj Lokman selepas solat fardu Isyak.
















































Menunggu waktu untuk bersolat sunat Tarawih









Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff



Solat sunat Tarawih menyusul sebaik sahaja tamat solat fardu Isyak.

Solat sunat Tarawih diimamkan imam muda Tuan Hj Suhaimi Baharudin (pangkat bapa saudara muda kepada penulis) dari Shah Alam. Beliau keturunan daripada keluarga Onyang Konah.

Bilalnya pula ialah Tuan Hafiz Lokman dari Kg Pandan. Beliau keturunan daripada keluarga Tok Shariff.





Imam muda Hj Suhaimi mengimamkan para jemaah bersolat sunat Tarawih







Solat sunat Tarawih sedang ditunaikan.











Masih berlangsung . . .












Kiri: Para jemaah menunaikan solat sunat Tarawih.






 Imam muda Hj Suhaimi Baharudin


Para jemaah selesai menunaikan solat sunat Tarawih.




Alhamdulillah solat sunat Tarawih juga dapat dijalankan dengan selesa dan penuh kyusyuk tanpa sebarang halangan atau gangguan.








Berihat Sebentar . . .
sebelum bertahlil dan membaca doa selamat



Sebaik sahaja tamat para jemaah mengerjakan solat Tarawih, bacaan tahlil dan doa selamat pun dilaksanakan oleh Tuan Hj Baharudin bersama Tuan Hj Lokman. Semua yang hadir mengaminkan doa yang dibaca. Mudah-mudahan segala yang terbaik dikabulkan Allah SWT.

















Roslan, Royhai'zam dan Megat Husni . .





dan, Mak Uda Zaleha serta Siti Rohani turut mengaminkan doa
 yang dibaca pemimpin majlis tahlil dan berdoa selamat.




Di akhir majlis para hadirin yang rata-ratanya terdiri daripada kaum keluarga PTS dipersilakan menjamu selera dengan sedikit hidangan 'manisan' (jamuan pencuci mulut).













Jom kita semua makan sikit lagi


























Sambil itu mesyuarat tidak rasmi ahli-ahli PTS sempat diadakan dalam suasana yang mesra lagi saling memahami.

Tujuan mesyuarat sama seperti yang dahulu-dahulu sebelumnya yakni untuk menyuntik semangat kesegaran kepada PTS.









Bincang-bincang







Dari kiri: 
Hj Lokman, Hj Mohd Nadzar, Penulis dan Mohd Rashidi



Perbincangan tidak rasmi PTS






Dari kiri: 
Mohd Badrin, Mohd Hafiz, Hj Lokman, Hj Mohd Nadzar, 
Penulis, Mohd Rashidi, Md Noor, Mohd Razief.







Dari kiri: 
Hj Suhaimi, Kamaruddin, Hj Baharudin, Mohd Badrin, Mohd Hafiz.













Dah dapat sesuatu keputusan . . . Mari kita laksanakan tujuan baik ini . . .







Kita tunggu dan lihat le . . . sambil tu boleh makan juga . . .







Ok kami setujulah kalau begitu. Bolehlah wakilkan kepada kami tugas itu . . .







Dah . . . 
bolehlah kita teruskan dengan agenda berikutnya sekarang
 (secara tak rasmi aje) . . .









 Badrin dan Hafiz 


Dan, pada akhir perjumpaan keluarga kali ini sumbangan ikhlas sebanyak RM 300 tiap-tiap satunya telah dapat diuntukkan kepada dua keluarga PTS yang kematian ahli keluarga masing-masing baru-baru ini.

Sumbangan ini dapat diberikan hasil kutipan derma ikhlas daripada ahli-ahli PTS yang hadir dalam pertemuan keluarga PTS selama tiga Sabtu dalam bulan Ramadan ini (Semarak Ramadan 1,2 dan 3). 

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff selaku Presiden PTS kepada Pn Hjh Norlyn Osman sebagai wakil kepada keluarga Allahyarham Azlan Osman dan keluarga Allahyarhamah Sapiah @ Noraini Abdullah.

Info lanjut akan disampaikan kepada ahli-ahli PTS oleh Urusetia PTS yang berkenaan melalui surat pekeliling dalam masa yang terdekat.







Akauntan Kehormat (utk malam tu saje ...)













Kira punya kira . . . dah betul ke?







Kome double check le . . . saran Presiden Hj Mohd Nadzar. 








Ha, dah betul dah kata Md Noor sambil diperhatikan Marlyana dan Siti Rohani.



Doa penulis, dan pastinya doa ahli-ahli PTS yang lain juga . . . semoga segala yang kita rancangkan untuk kebaikan bersama akan mendapat restu Ilahi.

Mudah-mudahan diizinkan-NYA permohonan kita, serta dipergandakan Allah SWT dengan berganda-ganda lagi rahmat dan nikmat yang Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Amin.



Sehingga bertemu pada ruang dan waktu yang lain . . .








Terima Kasih drpd kami sekeluarga d d'SUARANG.



Padan sangat memandang ke Timur,
Tepat kata Perdana Menteri; 
Badan sihat dipanjangkan umur,
Dapat kita bercerita lagi.





Bamuda
dsuarang.blogspot.com