Tuesday, October 9, 2012

Bukit Harapan


SUNDAY, 7 OCTOBER 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sumbangan Jackie Chan


Apabila Banda Aceh dilanda musibah . . . akibat Tsunami yang melanda pada 26 Disember 2004 . . .  banyaklah kemusnahan dan kerugian yang berlaku. Kemusnahan harta benda dan kerugian jiwa dan nyawa.

Apalah yang dapat kita katakan selain daripada memohon perlindungan daripada Tuhan . . . Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang . . . dan tentunya daripada manusia juga . . . manusia yang prihatin terhadap masalah dan kesusahan orang lain.

Alhamdulillah . . . rupa-rupanya masih ada manusia prihatin sedemikian di bumi Allah swt ini. Masih ada mereka yang sanggup bersusah payah untuk menyenangkan orang lain yang dihimpit kesusahan yang amat sangat apabila ditimpa sesuatu bencana.

Dalam bahasa mudah . . . masih ada manusia yang 'berhati perut' . . . walaupun dunia moden kini sudah kehilangan banyak kualiti kemanusiaan di dalamnya.






Gerbang Persahabatan






Bangunan  memperbaharui semangat . . .



Semangat persahabatan sejagat . . . 





Persefahaman yang berkat . . . 



Seperti catatan  . . .   














. . . di batu peringatan




Petang itu kami dibawa Pak Hj Zamhur berputar-putar dengan keretanya di suatu kawasan berbukit berhadapan pantai luas saujana mata memandang. Indah sekali pemandangan dari bukit itu . . . lantas ke Pulau Weh (Sabang) di seberang sana.

Terdapat banyak rumah bersaiz sederhana di atas lot-lot berasingan . . . terbina di situ. Pada anggaran penulis . . . kos pembinaannya menjangkau ratusan ribu kalau pun tidak jutaan ringgit Malaysia.

Penulis kemudiannya diberitahu Pak Zamhur bahawa projek itu merupakan antara banyak bantuan daripada berbagai  Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) negara asing untuk meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa Tsunami di Banda Aceh.






Tumbuhan Baru






Bangunan pun baru . . . 



Harus dijaga rapi . . . 







Kerana ini hak sendiri . . . 



Hasil rasa simpati . . . 












Mereka yang memberi . . . 




Dengan seikhlas hati














Bersyukur kepada Tuhan . . .



Kerana masih mengizinkan . . . 















Kita melihat mata hari dan bulan 



Projek bantuan di bukit ini bertujuan menempatkan semula mereka yang selamat daripada musibah Tsunami yang terjadi. Mereka yang kehilangan harta benda dan tempat tinggal.

Kebanyakan mereka yang diberi bantuan perumahan ini dahulunya tinggal berhampiran pesisiran pantai . . . walaupun ramai juga yang datang dari daerah-daerah lain.

Ramai yang memohon rumah kediaman di sini terdiri daripada mangsa-mangsa Tsunami yang terselamat . . .  dan tidak kurang pula bilangan mereka yang menjadi waris (atau mendakwa waris?) kepada magsa-mangsa yang terkorban.





Di Jl. Teuku Umar . . . bukit harapan







Berlaku pembangunan . . . dalam bentuk pembinaan . . . 



Sebuah perkampungan . . . 



Tanda persahabatan dan keprihatinan antara insan 



Nun . . . Sabang di seberang . . . 














Perhatikan lautan terbentang di kejauhnan . . .
lautan yang indah . . .




Lautan yang juga membawa padah . . . 








Putar-putar di kawasan bukit JC



Kawasan perumahan harapan . . . 



Penulis tertarik dengan susun letak rumah-rumah yang terbina di atas bukit itu. Aman dan nyaman sekali kelihatannya. Suasana hening di sekeliling pada petang itu pula menambah kehalusan deria estetik dalam jiwa sesiapa sahaja yang berada di situ dan memandang ke arah lautan biru di kejauhan.

Pak Zamhur juga memaklumkan bahawa bantuan ini merupakan sumbangan daripada rakyat China untuk rakyat Indonesia . . . melalui kerajaan China kepada pemerintah Indonesia.

Alhamdulillah . . . kita turut berterima kasih kepada mereka yang baik hati ini . . . dan tentunya bersyukur juga kepada Allah swt kerana telah membuka hati mereka itu untuk membantu sesama insan . . . khususnya pada waktu kecemasan dan kesempitan!




Pemandangan arah Selat Sabang . . .
 cukup gemilang





Hijau dan biru bersekali . . . 



Seolah-olah tiada bencana yang terjadi . . .















Di daerah ini  . . . di wilayah sini . . . 



Perlu dinyatakan di sini bahawa projek petempatan semula mangsa-mangsa Tsunami ini ditunjangi aktor tersohor dari Hong Kong . . . Jackie Chan. Terima kasih JC.

Mudah-mudahan Tuhan mengizinkan banyak lagi kelahiran manusia seperti Jackie Chan ini . . . demi kebajikan dan kesejahteraan manusia sejagat.






Dari arah mana sekali pun . . . 





Saujana mata memandang



Pembangunan semula . . . 
mudah tetapi indah















Tanda persahabatan Indonesia - China



Sebelum berangkat pulang ke kota . . . Pak Zamhur secara bersahaja dan jujur menyatakan kepada kami bahawa . . . beliau sering ke sini . . . pada petang-petang begini . . . untuk melepaskan lelah.

"Entah mengapa . . ." katanya, ". . . saya senang di sini ."

Penulis meyarankan agar beliau terus berbuat demikian . . . seandainya dengan berbuat demikian beliau akan lebih tenang . . . dapat menghapuskan trauma atau meringankan stress dalam diri . . .  situasi yang pasti dialami seseorang yang tiba-tiba merasai 'kehilangan' yang amat sangat.

Ada seperkara negatif yang mengganggu minda penulis ketika dalam perjalanan pulang ke kota. Penulis dapat memerhatikan  ada rumah-rumah yang ditinggalkan kosong begitu sahaja . . . tidak berpenghuni . . . di bukit Jackie Chan tadi.

Bukan itu sahaja . . . ada rumah berpenghuni pula . . . 'jelek' rupa kawasan kelilingnya. Tidak terurus atau tidak disenggarakan dengan baik.

Penulis terfikir . . . kalau seseorang itu tidak berdaya atau tidak mampu mendiami atau mengendalikan kesejahteraan kemudahan yang diberikan kepadanya oleh pihak berkuasa . . . elok kiranya dipulangkan sahaja hak milik kepada pihak berwajib . . . supaya dapat pula diserahkan kepada orang yang lebih memerlukan.

Janganlah bersikap 'tamak' mengambil sesuatu kemudahan yang diri sendiri tidak manfaatkan . . . hingga menjejaskan hak orang lain . . . orang yang lebih layak atau berhak terhadapnya.

Kasihan si Jackie Chan itu. Andaikan . . . beliau berkesempatan melihat keadaan sebenar yang kini terjadi kepada 'budi' yang ditaburkannya itu . . . tentu JC kecewa sekali!




Bamuda
dsuarang.blogspot.com