Wednesday, May 4, 2016

Beza Budaya Ikut Masa








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera






Lain Dulu Lain Sekarang



Sekali air bah sekali pasir berubah. Begitu tepatnya gambaran maksud peribahasa Melayu apabila memperkatakan tentang perubahan yang berlaku sepanjang zaman atau dari zaman ke zaman.

Ada sahaja pembaharuan atau perubahan terjadi di sana sini mengiringi detik waktu yang berlalu. 

Apa yang selama ini dianggap sebagai tradisi atau kebiasaan mungkin sudah tidak sedemikian lagi keadaan atau sifatnya! 

Jadi kita kenalah bijak melaraskan tradisi atau kebiasaan yang kita anuti selama ini supaya bersesuaian dengan peredaran zaman.

"Adapting tradition to changing times," kata si jiran omputih penulis.







Penulis menyatakan demikian untuk menggambarkan setakat termampu betapa jauh berbezanya zaman penulis dahulu dengan zaman anak-anak dan cucu cicit orang sekarang. 

Dulu air di perigi. Kini air dalam besi. Dulu malam pakai pelita. Sekarang api dalam kaca. "Potik topi tongah menyalo!" Begitu kata orang di sanun tu . . . tompek den bersemondo he, he.

Lain hulu lain parang. Lain dahulu lain sekarang. Mari kita saja sembang-sembang. Tentang dulu dan sekarang. 

Dulu warong kopi di sebelah bus stand atau tempat teksi. Sekarang ada Starbuck, Coffee Bean dan banyak lagi di KLCC.

Saja gebang-gebang. Fasal dulu dan sekarang. Dulu naik kereta api usang. Bakar arang. Sekarang kereta api automatik. Suis elektrik. Malah ada LRT atau monorail ke tempat-tempat strategik.

Saja ingat-ingat. Kisah dulu dan sekarang. Dulu di kedai mamak. Makan roti atau rojak. Sambil duduk borak-borak. Sekarang di lounge hotel. Makan sandwic atau sup tulang. Sambil duduk bincang-bincang.

Saja kenang-kenang. Peristiwa dulu dan sekarang. Dulu kabaret dan joget lambak. Pilihan top si kaki 'lepak'. Sekarang discotheque dan karaoke. Menarik si elite dan golongan 'tauke'.

Saja banding-banding. Cara dulu dan sekarang. Dulu di kedai apek. Orang beli barang runcit berdikit-dikit. Sekarang di mall ternama. Orang macam kaya sakan berbelanja.

Saja fikir-fikir. Beza dulu dan sekarang. Dulu anak-anak menelaah sendiri. Sekarang mesti tuisyen saban hari. Sudah menjadi semacam ritual. 

Tuition centre mesti yang special. Mereka menggalas beban tambahan. Semata-mata untuk score dalam peperiksaan.

Saja timbang-timbang. Amalan dulu dan sekarang. Dulu anak-anak galak mengaji al-Quran. Belajar tajwid, tauhid dan fikah. Malah semua ilmu KEAGAMAAN.

Sekarang kurangnya sedemikian. Mereka lebih disogokkan dengan kelas muzik dan tarian. Kelas nyanyian dan lakonan. Malah segala ilmu KEDUNIAAN.

Saja sinis sindir-sindir. Kata si kolot dah moden hidupnya. Si gagal pula dah mula berjaya. Si fakir dulu dah mewah segala. Si daif dulu dah jadi mulia.

Saja acah-acah. Patut semuanya semakin indah. Mengapa sebaliknya semakin parah? Ramai sangat menyanggah perintah! Ramai sangat dah faham songsang. Suka berbuat perkara terlarang!




Bamuda
dsuarang.blogspot.com


Ulang Kenang : Pertemuan Dengan Sahabat Haj Zon Malaysia Timur









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Bertemu Hj Salleh dan Hjh Juliah




Jam 11:30 pagi Jumaat 9 Mac 2012. Aku dan Alimah tiba di bandar bersejarah Melaka setelah bertolak dengan kereta dari rumah kami di KL pada jam 10:00 pagi itu.

Kami berdua berasa amat gembira. Kami amat teruja untuk bertemu sahabat sebilik dan sekhemah kami masing-masing ketika berada di Tanah Suci dahulu.

Kami tidak sabar-sabar untuk menemui Tuan Hj Salleh Ibrahim dan Puan Hjh Juliah Partono. 

Pasangan suami isteri ini datang ke Melaka dari Kota Kinabalu untuk bersama-sama dengan ahli keluarga mereka yang lain menguruskan perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Fairuz (aka Johan) dengan gadis Kuala Sungai Baru di negeri bersejarah ini. 

[Majlis perkahwinan Mohd Fairuz berlangsung pada Sabtu dan Ahad esok harinya.]








Tuan Hj Salleh Ibrahim dan Pn Hjh Juliah Partono




Alhamdulillah kami semua diizinkan Allah swt bertemu dalam keadaan masih segar, sihat dan ceria.

Ketika bertemu kami tidak segan-segan menampakkan kegembiraan dan semangat kesetiakawanan yang amat sangat antara kami.


Sesungguhnya . . . kenanganku serta-merta kembali kepada waktu-waktu kami sama-sama berada di segenap daerah di Tanah Suci . . .


Kami berkenalan amat rapat dan mengetahui latar belakang kehidupan masing-masing dengan begitu dekat. 

Ringkasnya . . . kami boleh diibaratkan sebagai adik beradik sepanjang masa yang kami lalui itu.

Daripada pergaulan kami di sana aku berani membuat andaian berikut tentang diri Hj Salleh dan isterinya Hjh Juliah. 

Mereka aku perhatikan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia dan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.


[Semestinya mereka juga pasangan yang romantik. Jangan marah Tuan Haji. Aku bikin sibuk begini . . . dan maafkan andai aku tersilap. Tetapi aku sering terdengar panggilan manja di antara kalian berdua. Hmm, baguslah begitu ya tak.]


Hakikatnya Hj Salleh dan isteri beliau Hjh Juliah merupakan pasangan yang berperibadi dan berhemah tinggi.

Hj Salleh seorang yang tegas pendiriannya. Amat rajin beribadat.

[ Setiap dini hari beliau sudah bangun dan bergerak ke masjid untuk beribadat hinggalah selepas subuh].

Di bilik . . . aku dan dua lagi sahabatku menggelar Hj Salleh . . . 'The Handy Man'.

Ini kerana Hj Salleh boleh dikatakan ada membawa bersamanya segala macam peralatan dan keperluan harian . . . termasuk hanger, ampaian dan seterika! 

Beliau juga macam dispensary atau pharmacy bergerak. Segala macam ubat boleh didapatkan daripadanya.

Selain itu beliau juga amat menggemari tagline . . . It's Now or Never!


Seperkara yang aku amati . . . ada sehelai kain juga dibawanya bersama! 

Apabila . . . mungkin beliau terlihat aku agak kehairanan . . . Hj Salleh menerangkan begini:

"Saya bawa kain ini ke mana-mana saya pergi. Dah banyak tempat dia pergi bersama saya. Apa kata orang tu bah . . . macam bantal busuk budak-budak lah . . . ha, ha."










Kain Misteri?


. . . "bantal busuk" kisahnya . . .




Ha, begitu rupanya. Hj Salleh juga memang pandai berjenaka. Sebelum tidur kami berempat sebilik sering bercakap-cakap dan bercerita. 

Macam-macam cerita dan bahan jenaka akan terkeluar pada waktu-waktu begini . . . dan Hj Salleh salah seorang pelaku utamanya. Tak kering gusi kami dibuatnya!

Kejadian paling kelakar yang aku ingat . . . Suatu hari selepas subuh . . . Aku bertiga sahabat sebilikku yang lain sedang bercakap-cakap di dalam bilik. 

Hj Salleh tertidur kerana keletihan selepas balik dari bersembahyang subuh di Masjidilharam.

Tiba-tiba Hj Salleh bangun tergesa-gesa. Beliau berjalan terus hendak menuju ke sesuatu tempat . . . entah ke mana.

Kami menoleh kepadanya. Kami pelik juga apa yang hendak dilakukan Hj Salleh.

Sebentar kemudian beliau (dalam nada kecewa) berkata:

" I say . . . saya sudah missed ni. Ya Allah bagaimana boleh begini bah! Ya Allah, Ya Allah . . ."

Kami kehairanan lalu bertanya kepadanya," Apa yang you sudah missed ni bos?"

Hj Salleh: "Saya terlepas sudah . . . solat subuh ni! Ya Allah."


Kami bertiga yang mendengar kata-kata beliau ketawa serentak. Kami terangkan kepada Hj Salleh bahawa tadi 'kita' semua telah sama-sama menunaikan solat subuh. 

Ha . . . begitulah Hj Salleh. Dalam tidur pun minda beliau terus berfikir dan berfikir.

Hj Salleh lantas tersentak dan mengucap terus-terusan.


Hjh Juliah pula seorang yang pendiam tetapi mesra. Isteri Hj Salleh ini tidak banyak cakap tetapi kelihatan seorang yang penyayang . . . penuh dengan emosi kemanusiaan.

Hjh Juliah banyak membantu untuk keselesaan isteriku ketika di Tanah Suci. Terima kasih Puan Hajah.

Di Melaka . . . pada hari kami bertemu itu . . . segala kenangan mesra tersebut terimbau kembali.

Kami bercerita sahaja sambil bergelak ketawa sepanjang perjalanan untuk makan tengah hari di Restoran Jejantas Ayer Keroh.









Papan Tanda Kontroversi?




[Haji Salleh sempat menanyakan kepada penulis tentang ejaan 'Ampat' pada papan tanda di Lebuhraya PLUS yang kami lalui. 

"Mengapa tidak diperbetulkan ejaan itu?" Mungkin demikian dalam fikirannya. 

Aku sempat menerangkan kepada beliau bahawa . . . "Begitulah nama tempat itu disebut . . . Simpang Ampat (bukan 'Empat'). Mengapa demikian . . . wallahuaklam.]










Laluan Masuk ke Restoran Jejantas Ayer Keroh
Bagaimana pula dengan ejaan 'AYER' tu sahabat?
Boleh diterima pakaikah . . . Tuan Haji Salleh?



Sambil makan tengah hari itu aku sempat berkenalan lebih rapat dengan Mohd Fairuz . . . anak lelaki pasangan ini . . . yang bakal bernikah dan menjadi pengantin baru pada keesokan harinya nanti (Sabtu 10 Mac dan Ahad 11 Mac).









Sorong papan . . .







 tarik papan . . .







Buah keranji . . .







 dalam perahu . . .








Tolong makan . . .






 jangan tak makan . . .






kerana . . . 






Sahabat lama . . . 






baru dapat bertemu .







Serai garam . . . 








 secukup rasa . . .







Kita nikmati asam pedas . . .






Terlerai muram tertutup duka . . .






 Rasa di hati mendalam ikhlas.




Aku sempat menyibuk. Alahai, beri sedikit nasihat orang tua-tualah konon sambil ucapkan selamat. 

Kata-kata semangat untuk Johan kita ini mengharungi dan membina hidup berumah tangga kelak. 

Untuk Mohd Fairuz . . . tatapi dan fahamilah sajak pakcik . . . yang tak sepertinya ini:








[Sajak asal yang sudah lama tertulis . . . mudah-mudahan dapat jua menyampaikan sesuatu kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga . . .] 




Di Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka kami sempat berjalan-jalan se lepas makan untuk . . . 









rakam foto dulu . . .








 buat kenang-kenangan kemudian . . . 







tiada terhingga kegembiraan . . .  








bertemu sahabat yang budiman.







. . . posing dengan Fairuz . . . @ Johan segala juara . . .





Setelah selesai pertemuan yang ringkas tetapi amat menyeronokkan ini kami suami isteri pun memohon diri untuk berangkat pulang ke KL.

Tepat jam 3:15 petang kami berpisah. Hj Salleh, Hjh Juliah dan Mohd Fairuz . . . ke tempat penginapan mereka manakala kami menuju arah utara menelusuri PLUS ke destinasi lain bagi memenuhi itinerary peribadi kami seterusnya.







Di parkir Aeon Jusco, Melaka Sentral . . .








penulis dan isteri menemani para sahabat dari KK . . .









 Suratan atau kebetulan?








 Kereta jenis sama . . . 







 warna sama,
. . . gaya sama . . .








Kawan-kawan le katakan . . .









. . . tapi istimewanya . . . 
Sahabat penulis ini nampak macam ...
F1 Racer



Sepanjang perjalanan pulang . . . aku dan Alimah bercerita lagi tentang pengalaman gembira kami tadi. 

Kami bersyukur kepada Allah swt kerana membolehkan pertemuan itu dilaksanakan dengan lancar.

Kami berdoa semoga dapat bertemu lagi dengan sahabat-sahabat kami ini dan yang lain-lain juga dalam keadaan yang benar-benar ikhlas dan penuh keceriaan . . . filled with utmost sincerity and an established sense of joy.

Terima kasih Tuan Hj Salleh 
dan Puan Hjh Juliah.








 Insya-Allah kita berjumpa lagi.








Bamuda
dsuarang.blogspot.com