Sunday, July 20, 2014

Semarak Ramadan PTS






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Memupuk Semangat Kekeluargaan





Mukadimah: 

Aktiviti 'berziarah dan bersilaturahim' di kalangan ahli sudah menjadi amalan PTS sejak hampir 15 tahun yang lampau setiap kali bulan Ramadan menjelma.

Bagi sanak saudara yang belum berkesempatan mengetahui perkara ini, PTS melakukan aktiviti yang berkenaan di rumah ahli yang bersetuju menyediakan tempat dan mengadakan sedikit juadah untuk para tetamu yang hadir. (Amalan ala potluck oleh sanak saudara yang datang tentu sahaja digalakkan.)
     
Aktiviti ini diadakan pada setiap hari Sabtu sepanjang Ramadan. Bermula dengan berbuka puasa, acara berterusan dengan bersolat Maghrib, Isyak dan kemudian bersolat sunat Tarawih berjemaah. Majlis berakhir dengan acara tahlil dan bacaan doa selamat.

Tujuan aktiviti ini diadakan semata-mata untuk beramal ibadat bersama-sama dan sambil itu mengeratkan silaturahim di antara sanak saudara dalam keluarga besar PTS (keluarga Tok Said, Tok Shariff, Onyang Konah).

Adalah menjadi harapan PTS aktiviti ini dapat diteruskan sampai bila-bila, insha-Allah.




Kita merancang. Allah SWT menentukan. Maka dengan izin-NYA jua, aktiviti Ramadan PTS yang ketiga untuk bulan Ramadan ini dapat diadakan di Shah Alam.



Aktiviti berlangsung dengan lancarnya pada hari Sabtu 19 Julai 2014 bersamaan 21 Ramadan 1435H.



Tuan Hj Mohamed Suhaimi Baharuddin dan isteri beliau Pn Hjh Hashimah Hashim berperanan sebagai tuan rumah.







Seperti biasa, acara bermula dengan berbuka puasa (ringkas) sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. 




















Ahli-ahli PTS yang hadir kemudiannya menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah. Tuan Khairul Anuar Baharuddin mengimamkan solat tersebut






















































Selesai solat fardu Maghrib para hadirin menjamu selera semula. Sambung berbuka puasa tadi.

Mereka menjamu selera dengan makanan yang lebih berat. Baru rasa relaks sedikit. Lega . . . dah makan nasi le katakan!


































Tiba waktu Isyak. Para hadirin berjemaah menunaikan solat fardu Isyak. Tuan Hj Suhaimi pula menjadi imam. Allahuakbar.

















Sementara menunggu semua ahli benar-benar sudah bersiap sedia untuk bersolat sunat Tarawih para jemaah sempat bersembang kecil. 


Ada sembang lucu. Ada sembang serius. Ada yang sekadar tumpang seronok saja!






















Apapun, segalanya berlangsung dalam suasana kekeluargaan yang ceria dan mesra.


Sebentar kemudian menyusul aktiviti bersolat sunat Tarawih. Para jemaah mengambil tempat masing-masing untuk melakukan ibadah tersebut.
























Hj Suhaimi sekali lagi memimpin solat Tarawih berjemaah ini. Beliau dibantu oleh Khairul sebagai bilal.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sesempurna mungkin.

Bacaan doa selamat dan tahlil di bawah pimpinan Hj Suhaimi dilaksanakan sebagai acara terakhir bagi malam Semarak Ramadan PTS ini.
























































































































Sesudah tamat segala acara ibadah, keluarga PTS terus bersilaturahim antara satu sama lain lagi.








































Sebelum berpisah (pada waktu hampir tengah malam) ahli-ahli yang masih segar dan bersemangat sempat juga menjamah serba sedikit juadah ala 'moreh' yang disediakan oleh tuan rumah.




















Terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara yang telah menjayakan aktiviti Ramadan kali ini.

Penghargaan kepada Hj Suhaimi dan Hjh Hashimah sekeluarga atas kesudian mengadakan majlis ini.  

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala apa yang kita usahakan!

Insha-Allah kita berjumpa pada Sabtu 26 Julai 2014 yang akan datang di rumah Tuan Hj Wahab Nordin / Pn Hjh Norlin Osman di Rawang pula. 

Kehadiran semua anggota keluarga dan sanak saudara PTS dialu-alukan.




Taman hiburan di pinggir kota,
Redup dengan jati dan bambu;
Jangan biarkan PTS kita,
Hidup segan mati tak mahu!





*Catatan:

{Penghargaan kpd Halim Majid n Zakiah Doni atas sumbangan foto. Terima kasih.}







bamuda
dsuarang.blogspot.com