Tuesday, June 18, 2013

Kasih 21






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Bermalam di d'SUARANG


Hari ini Selasa 18 Jun 2013 . . . Kasih Camelia Majid (Kcm) berusia 21 hari. Kasih dilahirkan pada 29 Mei 2013. 

Kasih dibawa ibu bapanya Halmy dan Liza mengunjungi d' SUARANG malam tadi  . . . dan langsung bermalam di rumah Atuk Majid dan Opah Alimah ini buat pertama kalinya. 

Alhamdulillah . . . Kasih ternyata sihat dan selesa tidur di sini. Bayi comel ini cuma terjerit apabila lapar dan mahu makan . . . ha, ha, ha . . . persis perangai salah seorang daripada anak-anak penulis ketika kecilnya dahulu! Tak payah sebut nama . . . sendiri tau!












Kehadiran Kcm (anggota termuda keluarga AMB setakat ini) di d' SUARANG . . . amat menyenangkan sepupu-sepupunya. Senang mereka nak buli kot . . . atas tiket berstatus 'abang' dan 'kakak'! He, he, he.



















\










Tak mengapalah. Bergurau adik beradik itu dapat menambahkan kemesraan kekeluargaan dan mengeratkan tali silaturahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita . . . hmm. 


















Setelah dimandikan opah . . . Kasih dipakaikan pakaian bersih . . . dan sesudah siap . . . kasih sekeluarga berangkat pulang. In Shaa Allah kita berjumpa lagi di lain waktu.

Semoga Kasih terus sihat walafiat dan membesar sebagai seorang yang solehah dan berhemah tinggi. Atuk dan opah doakan. Amin. 





Bamuda
dsuarang.blogspot.com