Saturday, April 24, 2010

HZ & N Pentas 2: Persiapan ... [Malam ke Pagi]



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Persiapan
[dari malam tadi]




Alhamdulillah dah pagi Sabtu 20 Mac 2010. Cuaca amat cantik. Cukup redup cukup terang. Syukur kepada Allah. Malam tadi semua yang membantu telah berusaha dengan sedaya upaya dalam menyiapkan segala bahan yang hendak disampaikan kepada para tetamu . . . pada hari yang amat membahagiakan pasangan pengantin HZ & N.


di d' SUARANG














Menerima Tetamu Sebelum Majlis
Penulis & Isteri


Berkunjung Awal
Mrs Poh & anaknya Daisy (Ms Poh)
memohon maaf tidak dapat hadir esok


Tak apa Mrs Poh
dah bagi tahu ni pun OK
Thanks



[hingga ke pagi]


di Rumah Bibiq G


Pagi-pagi lagi telah bermula persiapan untuk pasangan pengantin Halim Zaharyn & Norshafini. Persiapan awal ini berlaku di rumah Pn Foziah Yassin (Bibiq G Pengantin Lelaki le . . .) Di sana pasangan pengantin HZ & N menerima khidmat solekan . . . dan final touches . . . daripada pakar andaman & kecantikan . . . untuk majlis Perkahwinan mereka. Majlis dijadualkan bermula pada jam 12:00 tgh (selepas tamat acara "potong jambul" dak Aii tu le . . . siapa lagi!)





















































. . . dan

di d'SUARANG


















Di d 'SUARANG juga berlaku persiapan pagi untuk majlis yang sama. Berbagai tugas perlu dibereskan . . . sebelum pengantin tiba di sini. Paling penting, persiapan mesti tip-top sebelum pasangan pengantin menjejakkan kaki di persekitaran d' SUARANG dan sebelum para tetamu mula datang berkunjung. Maka ... seperti biasa bergegaslah anggota keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai menyumbangkan khidmat bakti sekali lagi . . . demi kelancaran perjalanan majlis.

Terima kasih, "Yang Empunya Majlis" ucapkan kepada semua. Budi anda disanjung tinggi.






































Peristiwa agak sibuk tetapi suasana terkawal dan sungguh menggembirakan bagi kami sekeluarga. Keadaan semakin meriah pada pagi yang mulia ini. Foto kenangan sempat dirakamkan oleh beberapa orang juru foto. Ada juru foto yang boleh-bolehlah, yang semi-pro dan yang pro juga. TQ to all of you . . . and special thanks to . . . Ashraf Pauzi . . . our official photographer . . . (I guess we can call him that . . . by now!).



"Tukang Gambar" berkaliber
Inilah dia ...
Encik Ashraf Pauzi ... kita


Ha kita dah sampai ke hujung Pentas 2 ini . . . kita take five aje . . . nanti sambung semula dalam Pentas 3 berikutnya. Salam mesra dari HZ & N.





Halim Zaharyn & Norshafini







Kita Jumpa Lagi . . . Insya Allah









d'suarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads