Saturday, September 18, 2010

Terus Dengan Tetamu Aidilfitri



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Terus Dengan Maaf Zahir Batin


Kami di d'SUARANG masih gembira menerima tetamu yang datang ke sini untuk sama-sama meraikan hari mulia Aidilfitri yang masuk hari kelapan hari ini, Sabtu 18 September 2010.

Pada hari ini sahabat-sahabat lama aku sejak zaman persekolahan dahulu datang berkunjung pada sebelah pagi. Hj Nordin bin Abdul Manaf dan isterinya Hjh Faridah bt Dato' Ismail dari Jalan Gombak tiba pada jam lebih kurang 11:50 pagi. Sebentar kemudian pada kira-kira jam 12:05 tengah hari Hj Jamil bin Saeran dan isterinya Hjh Azizah pula tiba bersama anak perempuan mereka Linda. Mereka ini dari Persiaran Sikamat Kajang.

Macam berjanji pula mereka ini datang berkunjung ke d'SUARANG. Sebenarnya tidak. Mereka tidak berjanji sesama sendiri ataupun dengan aku untuk datang. Mereka masing-masing memang hendak bertemu aku sekeluarga atas semangat meraikan Hari Raya Aidilfitri. Aku tahu mereka sebenarnya datang berkunjung atas semangat kesetiakawanan yang tulen. Maklum saja kami sudah seperti adik beradik ketika tinggal sebumbung di Asrama Putera Kuala Lumpur pada tahun-tahun 50-an dan 60-an dulu!

Alhamdulillah . . . dapat lagi kami semua berjumpa dari masa ke masa. Mudah-mudahan dapat lagi kami menikmati keistimewaan sebegini untuk suatu jangka waktu yang cukup lama. Insya-Allah.

Berikut diterakan rakaman beberapa foto yang diambil (photo shoot) sempena peristiwa tersebut di atas sebagai kenangan.


Berdiri dari kiri: Nordin, Penulis & Jamil
Duduk dari kiri: Faridah, Alimah & Azizah



Berdiri dari kiri: Nordin, Penuis,Jamil & Linda
Duduk dari kiri: Faridah, Alimah & Azizah



Berdiri dari kiri: Halim, Nordin,Penulis,
Jamil, Linda & Shafini

Duduk dari kiri: Faridah, Alimah & Azizah



Dari kiri: Nordin, Faridah, Linda, Maimunah,
Azizah, Jamil, Penulis & Alimah


Pada sebelah malam pula adik iparku Foziah Yassin dan birasku Roslan Muhidin dari AU4 pula tiba di d'SUARANG. Mereka datang berkunjung bersama anak-anak mereka Mohd Amir Razief, Amira dan Nadira. Kami sekeluarga dapat berbual-bual dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara diri dalam pertemuan begini (walaupun kami sering juga bertemu pada hari-hari biasa . . . dalam peristiwa-peristiwa yang lain).






Bamuda
dsuarang.blogspot.com