Friday, September 27, 2013

Nukilan Ikhlas






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sebuah Puisi Untuk AFY 


Ahmad Fadzil Yassin (AFY) mengundur diri sebagai Pengarah Penerbitan (Editorial Melayu) OUP/PFB pada tahun 1998 setelah berkhidmat selama 15 tahun sejak tahun 1983. 

Secara spontan pada waktu itu . . . aku sempat menuliskan sebuah puisi (bagi pihak rakan-rakan sekerjaku yang lain juga) sempena mengenang dan menghargai jasa dan bakti AFY dalam bidang penerbitan buku-buku Melayu . . . di sebuah syarikat penerbitan internasional Inggeris yang tersohor dengan kualitinya (bukan keangkuhan?) . . . dalam menghasilkan bahan-bahan bacaan berkelas dunia!








Dan . . . pada tahun 1999, aku menerima helaian nota daripada AFY memaklumkan bahawa puisi yang tertulis dahulu itu turut beliau rakamkan dalam cerpen terbaru beliau ketika itu berjudul, "Abe, Opi dan Ares".















Aku menganggap terbitan semula puisi itu sebagai satu penghargaan . . . tambahan pula AFY ada menyatakan bahawa cerpen tersebut telah beliau cipta berdasarkan puisi berkenaan. 

Terima kasihlah AFY. Sekurang-kurangnya ada cebisan kenangan peristiwa tahun 1998 di OUP/PFB dulu dapat dikembalikan melalui bahan-bahan tersimpan seperti dipaparkan dalam entri blog dsuarang ini.



























bamuda
dsuarang.blogspot.com