Wednesday, September 1, 2010

Masihkah Bersemangat Merdeka





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,



Sumpah dan Janji



Jika seseorang sudah berusia 53 tahun dia lazimnya dianggap sudah cukup 'dewasa' atau 'matang' sebagai manusia. Jika sesebuah negara telah menyambut ulang tahun ke 53 kemerdekaannya semalam apa pula status yang hendak diperuntukkan kepada negara tersebut? Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'bebas' dan 'berdaulat'. Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'stabil' dan sedang meningkat 'maju'.





Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Selasa 31 Ogos 2010
bsmn 21 Ramadan 1431


Malaysia ada semua ciri itu. Malaysia sebuah negara yang sedang meningkat maju. Stabil dan berdaulat. Malaysia negara yang cukup bebas. Bebas pergerakan rakyatnya, bebas kehidupan warga tetap dan sementaranya. Bebas segala orang yang menumpang di bawah langitnya dan yang berpijak di buminya. Pendeknya suatu ruang permastautinan yang ideal tersedia di negara bertuah yang bernama Malaysia ini!






Dokumen Bersejarah
Fahami sejarah untuk menghargai Kemerdekaan.


Perbandingan tahap kemajuan yang tercapai sejak zaman sebelum Merdeka hingga kini amat jauh jurang perbezaannya. Ibarat langit dengan bumi. Begitulah kesimpulan yang didapati apabila ditanyakan pendapat semua rakyat yang berteduh di Malaysia. Semuanya mengiakan hakikat ini!





Kenang Kembali
Isi puisiku tahun 1972


Tetapi ini bukan persoalannya. Apa yang aku risaukan ialah sama ada pendapat yang serupa akan disuarakan dengan yakin oleh semua rakyat Malaysia jika diajukan soalan,"Setiakah lagi bangsa Malaysia, yang mengaku cintakan negara ini, kepada Malaysia?"

Jika 'ya' jawapan mereka, mengapa kini seperti ada saja yang tidak kena dengan suasana atau persekitaran hidup di sini? Apakah keamanan dan kemakmuran negara tidak lagi diambil kira oleh bangsaku. Atau, keselesaan hidup yang dinikmati selama ini tidak lagi dihargai. Mungkin semua ini tidak lagi penting kepada sesetengah orang. Mungkin excitement baru yang mereka kejar. Agaknya kepentingan diri atau individu yang mereka idamkan. Bukan kepentingan negara yang diutamakan. Entahlah!
Soalan utamaku yang aku harap dapat direnungkan bangsaku dengan perasaan sedar diri dan penuh rasional : "Mengapa tiba-tiba ada ramai Si Kitol muncul di kalangan bangsaku kini? Mengapa pula Si Kitol yang ramai ini suka sangat mengacum pihak lain supaya saling bermusuhan? Ataupun, mereka yang bertelagah sesama sendiri!"


Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Rabu 1 September2010
bsmn 22 Ramadan 1431


Si Kitol dalam sejarah negara zaman silam sudah lama mati! Malanglah bagi bangsaku jika ramai pula Si Kitol baru yang muncul hasil klon Si Kitol yang lama. Apapun seperti yang biasa aku baca dan fahami . . . hasil bahan klon . . . dikatakan tak tahan lama. Mudah-mudahan begitulah. Jangan sudah terhantuk baru tengadah!


Bagi diriku, aku tetap seperti dulu. Dulu rakyat tidak segan silu menyuarakan rasa cinta dan sayang yang jitu terhadap negara ini. Rakyat tidak takut membuktikan apa yang mereka suarakan. Mereka tidak gentar bertindak tegas terhadap orang yang cuba memperlekehkan kedaulatan negara ini. Mereka bangga menjadi rakyat Malaysia!






Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Isnin 30 Ogos
bsmn 20 Ramadan 2010



Harapanku? Semoga masih majoriti bilangan mereka yang berpendirian seperti aku. Pendirianku ringkasnya begini:





Wallahuaklam











dsuarang.blogspot.com

0 comments