Monday, January 12, 2015

Seronoknya Bersekolah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




d' Excitement of Schooling!





For the first time in their life . . . Ahmad Iman Iskandar (Amad) and Azim Muqry Basrie (Ajim) . . . will have the opportunity to savour the reality of some form of formal education. They will be going to school today . . . Monday 12 January 2015.



Amad is Rashidi's n Alyn's eldest child . . . while Ajim is Roy's n Anum's eldest son. 

Both of them have been registered and admitted into the R.E.A.L. Kids (Multiple Intelligence based Preschools) which will be their earliest alma mater.

Hopefully they will have an enjoyable learning experience there.






























































































Pagi tadi . . . suasana di d'SUARANG sibuk 'semacam' jadinya. Dua cucu atuk n opah punya hal! 

Amad dan Ajim yang begitu teruja nak ke sekolah . . . mak bapak . . . termasuk atuk dan opah mereka pula yang jadi terlibat heboh. 


Mana tidaknya . . . maklum ini kali pertama generasi cucu d' SUARANG melangkah ke 'tangga awal' universiti le katakan!

Jiran omputih teman . . . yang memang suka menyampuk itu . . . komen selamba:

"Quite a stir early in d morning, yeah.


Teman tak jawab apa-apa pun. Dulu teman pernah berasa hairan apabila adik kakak, ibu bapak, atuk opah atau ahli-ahli keluarga yang lain bersibuk-sibuk pada hari mula berlakunya kemasukan anggota keluarga junior ke sekolah. 

Teman terfikir . . . apalah yang hendak dihebohkan sangat. Alahai . . . baru nak masuk kindergarten!























































































Pagi ini teman dapat jawapan terhadap soalan yang sudah agak lama bermain di dalam fikiran. Teman alami sendiri rasa seronok dan bertuah cucu-cucu teman ini sudah akan ke sekolah . . . walaupun hanya baru di peringkat prasekolah!

Teman bersyukur dan berasa beruntung . . . Amad dan Azim sudah 'diiktiraf' meningkat layak mula menimba ilmu.

Ertinya mereka sudah mula 'membesar' dan mudah-mudahan akan terus meningkat 'besar' sebagai warga Malaysia yang sihat lagi berguna. 






































































Hari ini semua orang di d' SUARANG kelihatan riang ria sahaja. Sebabnya amat nyata. Gembira mengiringi . . . dengan doa dan harapan . . . perjalanan dua orang sepupu yang bakal memulakan suatu era baru dalam kitaran hidup insan biasa di dunia ini. Semoga kejayaan dapat ditempa dengan izin-NYA.


Hati atuk dan opah juga turut riang di pagi yang gemilang ini. Tentulah ada pula sesuatu signifikannya dengan peristiwa awal persekolahan dua cucu yang tersebut di atas tadi.


Hari ini . . . bertepatan tarikhnya 12 Januari 2015 . . . genaplah 41 tahun usia perkahwinan aku dan Alimah . Alhamdulillah sahaja yang mampu aku ucapkan ke hadrat Allah SWT. 


Aku memohon dengan serendah-rendah hati agar Allah SWT terus menunjukkan arah yang betul dan membimbing kami semua ke jalan yang benar serta yang dirahmati-NYA. Amin. 







bamuda
dsuarang.blogspot.com