Monday, January 16, 2012

Semangat Kesetiakawanan




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Orang Marang Datang


Semangat kesetiakawanan di Madinah berterusan. Budi bahasa dan sikap sebenar individu itu terserlah. Demikian tanggapan yang berlegar dalam minda teman apabila Mohamad Hishamudin bin Muda (Hisham) menelefon teman pada tengah hari itu.

Hisham memaklumkan beliau berada di de Palma, Ampang kerana menghadiri majlis perjumpaan (reunion) jemaah Haj musim 1432/1433. [Penulis juga mendapat undangan daripada pihak penganjur majlis yang sama tetapi tidak dapat hadir sebab perlu memenuhi acara yang terbit terdahulu].



Tuan Hj Mohamad Hishamudin bin Muda


Dalam perbualan kami melalui telefon itu . . . teman terus saja mempelawa Hisham ke rumah teman. Hisham tidak pula memberi alasan menolak.

Hisham rakan sebilik teman di Madinah ketika kami sama-sama sejemaah dalam rombongan KT 70 yang menunaikan Rukun Islam ke-5 hampir 4 bulan dahulu. Sebelum itu di Makkah kami berlainan bilik.

Usia Hisham sebaya Halim . . . anak ketiga teman. Jadi kalau difikir-fikirkan dari segi norma kehidupan ala sekarang . . . apalah sangat kemestiannya individu semuda Hisham berhasrat menemui lagi seseorang 'lain' seperti teman yang jauh lebih tua dari segi usia . . . berbanding beliau? Jawapannya mudah sekali. Hisham barangkali . . . memang terdidik . . . supaya percaya dengan kebijaksanaan tindakan sentiasa memelihara pertalian silaturahim yang sudah terjalin. Allah SWT lebih mengetahui segala hikmahnya!

Apapun . . . Hisham, isterinya Norziera binti Ngah (Ziera) dan anaknya Mohd Danish Irsyad tiba di rumah teman pada kira-kira jam 3:30 ptg. Teman sekeluarga menyambut kedatangan mereka dengan gembira. Kata orang tua-tua . . . dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka . . . orang berbudi kita berbahasa . . . datang membuka rezeki pergi melenyap dosa.



Pn Hjh Norziera bt Ngah


Mohd Danish Irsyad bin Mohamad Hishamudin


Ketika tiba, Mohd Danish Irsyad yang baru masuk 3 tahun usianya itu sedang tidur dengan senyenyak-nyenyaknya. Mohd Danish Irsyad tidak sedar dia dibaringkan di atas tilam seorang diri . . . sementara kami semua makan dan berbual-bual.



Menjamu selera dengan seadanya. Sambil itu cerita 'lama' sama-sama jemaah pun kedengaran.
Perhatikan Mohd Danish Irsyad tidur nyenyak di atas tilam itu.


Bukan cerita lama aje le . . . ada pertanyaan tentang khabar keluarga, kawan-kawan sejemaah, kesihatan dan kemajuan diri, rancangan masa depan dsb . . . he, he, he . . .


"Cerita punya cerita . . . baru dalam majlis 'reunion' tadi terjumpa dia . . . dan baru saya tahu . . . dia yang sering bersembang dengan saya kat Makkah dulu tu . . . sepupu saya rupanya . . . ha ah!" kata Hisham. Masya-Allah!


Ziera . . . rakan sebilik isteri teman Alimah ketika di Madinah . . . berusia sebaya Hazry anak kelima teman. Beliau yang baru sahaja berkesempatan mengenali isteri teman selama kira-kira 10 hari di Madinah . . . begitu mesra dengan Alimah yang berkali ganda beza umur dengannya. Begitulah kebesaran kuasa dan kehendak Ilahi.



Pn Hjh Norziera dan Pn Hjh Alimah


Setelah terjaga daripada tidurnya, Mohd Danish Irsyad (anak pertama pasangan ini dan yang tunggal kini) begitu aktif sekali bermain-main dengan cucu-cucu teman. Mohd Danish Irsyad juga mesra dan ramah seperti ibu bapanya. Syabas . . . petanda didikan permulaan yang baik . . . pastinya.



Nampak macam EPL aje . Chelsea lwn Liverpool ke? Blues against Reds . . .


Mohd Danish Irsyad mengatakan sesuatu kepada Azim Muqry Basrie (Ajim) . . . Mungkin aje begini: "Fairplay huh Bro!"
Jawapan daripada Ajim mungkin lak: " No sweat Bro . . . we are Pro."


"La . . . ada lak sorang lagi pemain Blues ni . . . dak Umar Ilham Majid (Umar) . . . Cam ni tak pro le . . . kata fairplay tadi," sungut Ajim.
"Alahai Danish tak tahulah . . . Makcik coach tu yang masukkan . . . player supersub tu . . ." terang Mohd Danish.


Mohd Danish: Camni tak nak mainlah . . .
Ajim: Eh jangan le merajuk bang . . .
Mohd Danish: Ha . . . Ajim lari ke mana lak tu? Ha ah dah dia pulak yang merajuk . . . Atuk!



"Baik main dengan geng sepasukan ni . Come member Blues . . . let's play," pelawa Mohd Danish.
Umar Ilham Majid: OK Bro Dan . . . ish . . . ish . . . dahsyat Bro Dan-ish kelecek bola le . . .


Mohd Danish: Dah last game . . . Umar . . . mari kita ambil foto kenang-kenangan . . . sehingga liga musim hadapan.
Umar: Bro Dan . . . jangan lupa musim depan main EPL juga ya . . . Jangan lak balik Denmark . . . main kat sana . . . he,he.




Kiri: Smile and action . . . lah! Mohd Danish dan Ajim. Kanan: One Malaysia Act. Mohd Danish dan Umar


Lama juga kami berbual sambil makan-makan seadanya. Perasaan teman tersentuh apabila Hisham berkata," Teringat makan piza kat bilik di Madinah dulu . . ." Sesungguhnya . . . antara nostalgia yang tidak akan terlupakan!



Bersembang mengingati kembali kisah menggembirakan di Tanah Suci Makkah dan Madinah


Flashback:
Makan Piza di Bilik No. 3030 Hotel Movenpick
dari kiri -
Hjh Alimah,Hjh Hapsah Omar,
Hjh Norziera, Hj Mohamad Hishamudin

Kita bersyukur . . .

Alhamdulillah . . . Alhamdulillah . . . Alhamdulillah . . . itulah yang dapat kita ucapkan


Teman dapat memerhatikan (walaupun dengan pandangan mata kasar dan dalam tempoh yang singkat sahaja) bahawa dua orang lulusan IPT ini berpandangan jauh ke hadapan untuk mencapai kemajuan pada tahap setinggi mungkin. Mereka jelas menampakkan ciri pasangan yang giat berusaha untuk kebahagiaan bersama.







Paling menarik perhatian teman ialah Hisham dan Ziera . . . walaupun ketika usia yang muda kini telah menampakkan tanda-tanda berkemampuan menongkah arus kehidupan . . . masih bersikap . . . seperti kata jiran omputih teman tu . . . humble and down to earth . . . dan, berhemah tinggi. Pasti juga hasil didikan terbaik daripada ibu bapa mereka masing-masing.




Foto kiri dari kiri: Hj Mohamad Hishamudin, Hjh Norziera (memangku Mohd Danish), Hjh Alimah (memangku Umar Ilham Majid), Penulis. Foto kanan dari kiri: Hj Mohamad Hishamudin, Hjh Norziera (memangku Mohd Danish), Hjh Alimah (memangku Azim Muqry Basrie), Penulis, Marlyana Haniz Abdul Majid.



Kiri: Lain kali kita lawan lagi ya Reds . . . K aje Blues. Kanan: Pose untuk Press . . .


Alhamdulillah. Mudah-mudahan Hisham dan Ziera akan terus berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga dan khalayak ramai. Amin.


Foto kiri dari kiri: Mohd Danish (berdukung), Hj Mohamad Hishamudin, Hjh Norziera, Hjh Alimah, Penulis. Foto kanan dari kiri: Hj Mohamad Hishamudin, Mohd Danish (berdukung), Hjh Norziera, Hjh Alimah, Azim Muqry Basrie (berdukung), Penulis, Umar Ilham Majid (berdukung)



Mohd Danish, Hjh Norziera dan Hjh Alimah


Foto kiri dari kiri: Hj Halim Zaharyn Abdul Majid, Hj Mohamad Hishamudin. Foto kanan dari kiri: Penulis, Hj Halim Zaharyn, Hj Mohamad Hishamudin, Halmy Zahari Abdul Majid

Peers . . . Hj Halim Zaharyn dan Hj Mohamad Hishamudin di d' SUARANG



Adalah lumrah setiap pertemuan berkesudahan dengan perpisahan. Pada kira-kira jam 5:30 ptg Hisham dan Ziera memohon diri untuk pulang. Mereka akan balik ke Marang, Terengganu.



Foto kiri dari kiri: Hjh Norziera, Nurliza Zainuddin (mendukung Umar), Hj Mohamad Hishamudin (memegang Mohd Danish), Penulis, Hjh Alimah (mendukung Ajim). Foto kanan dari kiri: Hjh Norziera, Nurliza Zainuddin (mendukung Umar), Hj Mohamad Hishamudin (mendukung Mohd Danish), Penulis, Hjh Alimah (mendukung Ajim), Hj Halim Zaharyn (mendukung Dian Seri Aishah).



Dari kiri:
Hjh Norziera, Nurliza, Umar, Mohd Danish,
Hj Mohamad Hishamudin, Penulis,
Hjh Alimah, Ajim, Hj Halim Zaharyn, Dian

Hjh Norziera, Nurliza, Umar,
Mohd Danish, Hj Mohamad Hishamudin


Selamat jalan kami ucapkan kepada kedua-dua anakanda Hisham dan Ziera. Kami doakan juga agar Mohd Danish Irsyad kelak menjadi anak yang baik . . . seperti ibu bapanya . . . Hj Mohamad Hishamudin Muda dan Hjh Norziera Ngah.



Penulis menyarungkan kasut Mohd Danish Irsyad bin Mohamad Hishamudin


Insya-Allah kita dapat berjumpa lagi. Salam untuk semua.










dsuarang.blogspot.