Tuesday, November 12, 2013

Merpati di Trafalgar Square?






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Kisah Dalam Kisah


Oktober 2013 lalu . . . sahabatku JS melancong ke Eropah. JS pergi ke beberapa buah bandar raya di benua barat itu.


Kunjungan beliau ke daerah sana termasuklah ke London, Paris, Milan, Pisa dan Venice.

Sebenarnya JS sudah beberapa kali ke Eropah dan berkunjung ke bandar raya - bandar raya tersohor di sana. Kunjungan beliau kali ini melengkapkan perjalanan tahunan peribadinya ke Eropah khususnya ke Itali.














































































Ketika penulis bertemu dan bersembang dengannya minggu lalu . . . JS menyatakan beliau tidak banyak melawati tempat-tempat di kota raya London.


Sudah biasa katanya. Beliau ada menyebut kepada penulis begini:


"Aku tak pergi Trafalgar Square pun . . . dah tak kisah. Nak tengok apa kat situ? Merpati adalah!" 


Mendengar kata-kata JS itu . . . penulis lantas teringat akan peristiwa penulis sendiri berkunjung ke Trafalgar Square pada tahun 1988 dulu.


Tertarik konon nak tengok burung merpati yang banyak di situ. Maklumlah pada waktu itu Trafalgar Square terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai tempat istimewa yang harus dikunjungi . . . tempat yang menjadi penanda aras . . . seseorang itu telah benar-benar berada di LONDON!


Apabila difikir-fikirkan balik . . . betapalah sangat hebatnya merpati di Trafalgar Square!


Di merata-rata tempat di bandar raya KL ini pun ada banyak merpati. Di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Chow Kit, di Pudu, di Kg Baru, di Keramat, di Melawati . . . malah di mana saja . . . dan menariknya . . . tidak ketinggalan di perkarangan rumah penulis sendiri juga! 


Suatu ketika dahulu . . . Trafalgar Square sudah menjadi semacam 'branding' bagi mereka yang pergi ke London . . . 


Seperti . . . suatu ketika dahulu kemasyhuran 'kodak' sebagai 'branding' umum bagi filem fotografi, 'colgate' sebagai 'branding' umum ubat gigi, 'planta' sebagai 'branding' umum marjerin, 'fab' sebagai 'branding' umum sabun/serbuk cucian dll. 


Alahai sebagai contoh mudah . . . kita biasa dengar orang berkata begini:


"Tolong belikan 'kodak' untuk kamera ini."

" Tolong belikan aku 'colgate'. 'Colgate' dah habis."

Filem yang dibeli nanti tak semestinya 'kodak' mungkin 'fuji', 'agfa' dll. manakala ubat gigi yang dibeli pula mungkin 'pepsodent', 'darlie' atau 'najwa'! 

Demikian kisah 'branding' Trafalgar Square yang menjadi kebanggaan para pelancong ke London suatu masa dahulu.

Sekadar renungan bersama dan pertimbangan akal yang lebih matang . . . penulis menerbitkan semula di bawah ini entri daripada blog dsuarang tentang Trafalgar Square dan merpatinya . . . 






{Ulang terbit siaran drpd dsuarang.blogspot.com}




SUNDAY, SEPTEMBER 22, 2013






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Tanda Sudah ke London? 

Sepanjang era 60 hingga 80-an semacam jadi satu kemestian hampir setiap pengunjung ke London akan pergi ke Trafalgar Square (TS).

Tujuan apa? Ambil foto dengan komuniti merpati di situ le . . . bawa balik foto yang telah dicuci itu ke Malaysia. Tunjuk kepada kaum kerabat. Baru sah ke London! Bangga!

Aku pun pernah terbawa-bawa Angin Barat Gelombang Barat pada ketika itu. Konon biar trendy. Terikut-ikut juga buat begitu. Biar semua orang kampung tahu aku dah ke London pada waktu itu.


Aku ambil gambar juga kat TS tu!

Kemudian sekitar tahun-tahun 2000 . . . aku ambil pula gambar dengan komuniti merpati di sini. Apalah bezanya sangat fikirku!

Malah lebih istimewa di sini.


Maka kini aku sering mempersoalkan tindakan aku dulu itu . Perlukah? Cerdikkah? 

Takpe . . . buatlah kesimpulan sendiri . . . sendiri. Masa mematangkan manusia!































Photos below compare . . . 


Subject: 
Pigeon Feeding


Location: 
Also somewhere in Ukay . . .(Ulu Kelang) 


Argument:
Why travel afar when one can have d same activity done with even greater impact in one own vicinity!






























. . . cukup kat sini . . . 




























. . . kat laman rumah teman aje . . . 












































Jinak-jinak merpati . . . 
. . . makan di tangan  






bamuda
dsuarang.blogspot.com