Monday, July 7, 2014

Bersilaturahim Lagi (Keluarga Tok Shariff)






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ayuh Ke PJ 



Sebelum waktu tengah hari Ahad 25 Mei 2014 . . . rombongan para tetamu dari Sumatera bergerak meninggalkan rumah Hj Ismail di Selayang.  

Destinasi kami kali ini Petaling Jaya (PJ). Kami serombongan mahu ke rumah Pak Uda Hj Nadzar (bapa saudara penulis). Nama penuh beliau Mohd Nadzar bin Mohd Shariff.








Nanee, Intan, Ayi memanggil beliau Tok Uda manakala isterinya Pn Hjh Zaleha Jamil mereka panggil Nek Leha. 

Faris dan Alif pula memanggil kedua-dua mereka ini dengan panggilan Onyang.








Begitulah keadaannya pertalian dalam keluarga besar Tok Shariff hingga kini. 








Sudah banyak generasi ke bawah. Alhamdulillah . . . kita masih diizinkan Allah SWT dapat bertemu.   






























Pertemuan yang berlaku pada hari itu seolah-olah diatur rapi. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang bijak mengatur sesuatu dengan sempurna.


Sesudah saling bertanya khabar dan berbual-bual secara keluarga yang tidak selalu dapat bertemu dan berkumpul begini . . . kami pun dijamu makan. 


Walaupun baru makan sebentar tadi di Selayang . . . rezeki yang terhidang tidak baik ditolak. Makanlah sekadarnya jua. 











































Sesudah menjamu selera kami bersembang lagi. Sembang panjang-panjang . . . kata orang. 

Ketika kami bersembang itu tiba pula anak bongsu dan menantu Pak Uda Nadzar.  


Mereka ialah adinda Joey (Zulkifli Nadzar) dan adinda Fairuz (Fairuz Hussein). 

Kedua-dua mereka singgah untuk memanfaatkan kesempatan waktu bertemu dan bersilaturahim dengan rombongan keponakan dan cucu dari Sabang dan Medan ini.








Alhamdulillah . . . Nanee, Intan, Ayi dan Faris serta Alif dapat jua bertemu dengan ahli-ahli keluarga besar Tok Shariff di sini. 


Kami bersembang lagi sebelum mengambil gambar beramai-ramai.




































Wah seronoknya perasaan kami semua. Dapat mengabadikan kenangan pertemuan ini. Pertemuan yang bertambah sarat bermakna apabila buat beberapa pengunjng khususnya . . . dan hos hari ini juga . . . baru pertama kali berpeluang bertemu mesra 'in person'.













Intan khasnya dikira paling beruntung. Setelah bertemu Mak Chu Fairuz (Fairuz Hussein, artis jazz terkenal Malaysia) Intan diberikan disc album terbaru  Fairuz. 

Kebetulan itulah satu-satunya juga disc yang ada di dalam kereta Joey n Fairuz pada saat itu. 








Fairuz kemudiannya sudi pula menandatangani disc berkenaan sebagai kenang-kenangan seorang 'tante' buat 'ponakannya' . . . (yang lain-lain tengok aje le . . . haha hmm)
























Apa pun . . . Alhamdulillah pertemuan ahli-ahli keluarga besar Tok Shariff ini dapat juga berlangsung dalam suasana yang benar-benar selesa dan mesra  . . . walaupun waktu pertemuan cukup terbatas. 


[Selepas di PJ penulis dan rombongan tetamu langsung ke rumah Mak Anjang Hjh Mariam Yaakob di Segambut. Intan serombongan mahu ke teratak Bagas Impian untuk menemui Mak Anjang (Nek / Onyang Mariam) sekeluarga. Mereka ingin bermalam di situ . . . dan keesokan harinya pergi menziarahi kubur Allahyarham Pak Anjang . . . Hj Lokman Mohd Shariff.]


Penulis amat menghargai kesudian Pak Uda Hj Nadzar dan Mak Uda Hjh Zaleha serta ahli-ahli keluarga mereka yang lain . . . istimewanya Joey dan Fairuz . . . menerima kunjungan tetamu dari tanah seberang ini. 

Buat Intan serombongan juga penulis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi melakukan kunjungan mengeratkan tali persaudaraan ini.






bamuda
dsuarang.blogspot.com