Friday, August 1, 2014

Aidilfitri di Rumah Harun









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Memenuhi Undangan Sahabat


Setelah beraya di rumah Jamil tadi . . . pada petang hari kedua Aidilfitri itu juga penulis sekeluarga ke "Rumanissa" . . . rumah Tuan Hj Harun Saeran / Pn Hjh Madznah Adnan.












Kami ke "Rumanissa" untuk memenuhi undangan big brother Harun. Beliau berhajat mengadakan majlis sambutan Aidilfitri untuk keluarga dan sahabat handai terdekat pada hari itu. 













Aktiviti begini sudah menjadi suatu kebiasaan malah merupakan amalan bagi Harun sekeluarga setiap kali Syawal tiba.













































Harun sahabat lama penulis sejak dibangku sekolah lagi pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. 

Pada waktu itu kami tinggal di bawah suatu bumbung yang sama . . . Malay Boys' Hostel (Asrama Putera Melayu) Kuala Lumpur.







Beliau abang sulung Jamil. Sejak zaman persekolahan dulu Harun memang bersikap big brother terhadap kami rakan-rakan pelajar lain (termasuk penulis). 













Penulis sebenarnya satu level dengan Harun (dalam tingkatan yang sama) ketika bersekolah dulu. 

Jadi ramai teman-teman persekolahan waktu itu agak pelik mengapa penulis lebih 'berkawan' dengan Jamil adik Harun yang junior setahun.

[Jawapan mudah: Jamil dan penulis 'satu kepala' . . . happy go lucky . . . what will be will be!]


Sebab utama mengapa situasi pergaulan ini berlaku? Harun berdisiplin tinggi sebagai seorang hostel prefect di samping sering bertindak sebagai 'Abang Long' yang mengawal 'adik-adik' yang gemar buat 'perangai' ketika bersekolah dulu. 


Kami para pelajar ketika itu kurang faham akan pegangan disiplin Harun yang sedemikian.

Kami menjadi 'segan' dengan beliau hingga kelihatan seolah-olah ada 'kerenggangan' dalam pergaulan!  


Biasalah . . . pergaulan orang yang berdisiplin dengan yang kurang . . . tentu ada sedikit 'renggangnya' . . . haha hmm! 

Namun perasaan hormat terhadap big brother Harun dan kemesraan antara kami dengan beliau sebagai rakan pelajar tetap wujud dengan mesranya.


Maka berasaskan kemesraan persahabatan yang sudah terpupuk sejak zaman-zaman lampau . . . kami terus berusaha memelihara silaturahim . . . bukan sahaja antara diri . . . tetapi juga antara seluruh keluarga masing-masing.
























Alhamdulillah antara kami dan keluarga masing-masing kini telah wujud pertalian seperti saudara sendiri.

Penulis berdoa agar silaturahim antara kami ini diizinkan Allah SWT terus berpanjangan. 

Berbalik kepada perihal kunjungan kami ke "Rumanissa". Seperti di rumah Jamil tadi . . . di rumah Harun ini juga cucu-cucu penulis bergerak bebas hampir 'tanpa sempadan' . . . berlari-larian semahu mereka.

















































Penglibatan insan dengan pohon buah-buahan juga berlaku di sini. Kali ini pengunjung ke "Rumanissa" memetik buah rambutan pula. 








































Memang seronok memetik rambutan . . . namun ada suatu lagi aktiviti yang sangat menarik minat cucu-cucu penulis. 

Ternyata mereka itu amat gemar memerhatikan burung-burung di dalam sangkar yang tersedia di pekarangan rumah.  























Lama juga kami berada di "Rumanissa" yakni dari selepas waktu asar hingga menjelang waktu isyak.







Terima kasih kami ucapkan kepada Harun dan Madznah, pasangan sahabat, yang telah dengan penuh mesra menerima kedatangan kami. 











Hingga pada lain waktu . . . Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

   























WASSALAM







Penulis di hadapan "Rumanissa"
{ Gambar Fail}




bamuda
dsuarang.blogspot.com