Wednesday, April 23, 2014

Nostalgia Penuh Makna









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Tak Kenal Maka Tak Cinta


Para pembaca yang budiman lagi saya hormati . . . 


Tahukah anda di tempat mana wujud suasana yang ada kaitan dengan berbagai-bagai bahan / peristiwa seperti terakam dalam gambar-gambar tertera di bawah ini?






































Di negara-negara Eropah, Asia, Afrika, Amerika, Oceania?

Atau . . . tempat ini terletak di daerah lain? 

Cubalah cari jawapannya sendiri-sendiri terlebih dahulu . . .


. . . dan selepas itu secara jujur akuilah sama ada kita peka terhadap kewujudan tempat istimewa ini . . . tempat yang amat dekat dengan kita . . . di dalam negara sendiri!
















Suatu hal yang menarik . . . bangunan yang sekarang menjadi premis menempatkan bahan-bahan kisah dan sejarah keberlangsungan perjalanan peristiwa tentera darat kita . . . dahulunya berek rekrut tentera. 


















































Bangunan lama itu telah diubah suai dengan amat teliti hingga menampakkan ciri-ciri binaan dan reka letak moden yang terangkum dalam kerangka / struktur lama. Suatu idea yang bijak. 













Sedarkah para pembaca bahawa Tentera Darat Malaysia kini sudah ada muzium mereka sendiri? 












Sebuah muzium tentera berintegriti dan berkualiti tinggi yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia!


Sebuah muzium termoden di Malaysia yang pernah mendapat Anugerah Merit Kategori Pelancongan Terbaik (Tarikan Warisan) 2005/2006.












Pameran di Muzium Tentera Darat berkonsepkan pendekatan informatif dan interaktif bersesuaian dengan aspirasi masa kini. 










[Petikan drpd brosur Muzium Tentera Darat]


Muzium Tentera Darat telah sempurna perasmiannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail,  pada 28 Jun 2005.
















Muzium ini terletak di Jalan Sua Betong, Port Dickson, Negeri Sembilan. 











































Penulis serta rombongan tiba di muzium ini bersama Lt Kol Hj Basri Omar PGB (Bersara) pada jam 1:30 ptg.










Menanti kami di sana ialah Timbalan Pengarah / Administration Curator Muzium Tentera Darat, Lt Kol Mohamud bin Hj Mohamad.








Kami berkunjung ke situ selama lebih daripada 3 jam yakni sehingga pukul 5:35 ptg.
















Penulis tidak terasa jemu atau penat langsung menyaksikan pameran bahan dan artifak bersejarah di muzium ini. 







[Petikan drpd brosur Muzium Tentera Darat]











Walaupun perlu berjalan dari satu blok bangunan ke blok yang lain . . . dan turun naik dari satu aras ke satu aras yang lain pula, penulis tetap bersemangat melakukannya.

Ini semua demi menghargai sesuatu yang begitu tinggi dan mulia nilai hubungannya dengan kedaulatan negara kita.   






[Petikan drpd brosur Muzium Tentera Darat]








Setiap peristiwa yang signifikan dengan sejarah kewujudan dan kemajuan Tentera Darat dan yang juga merupakan sejarah penting bagi negara kita yang tercinta ini dipersembahkan secara amat kronologis. Teratur dan kemas.
















































































































































Penulis pun bergerak menelusuri berbagai detik dan peristiwa bersejarah yang dialami Tentera Darat Malaysia dari era ke era.



































Berbagai-bagai jenis dan bentuk perubahan telah dilakukan pihak berwajib Tentera Darat untuk meningkatkan imej dan kredibiliti ketenteraan di Malaysia.


Tujuan dan matlamat usaha yang dilakukan ini akan hanya tercapai sekiranya kedua-dua pihak . . . tentera dan orang awam . . . memahami dan menghormati peranan sebenar angkatan tentera di negara ini. 































































































































































































































Walaupun negara telah merdeka masih banyak ancaman dan tentangan musuh harus dihadapi. 

Musuh berkerenah dari luar. Petualang merosakkan keamanan dan kemakmuran dalam negeri sendiri. Musuh luar nampak nyata. Musuh dalam selimut . . . lebih berbahaya!
  
Maka apabila pengorbanan jiwa dan raga harus berpanjangan . . . banyaklah pula derita, kerugian dan kesedihan yang harus ditanggung. 






































































































Banyak perjuangan harus dilakukan. Banyak kekecewaan harus ditelan sebelum tercapainya sesuatu kejayaan dan tercipta kegembiraan. 





















































Banyak pihak yang memperlekeh institusi ketenteraan kita. 

Banyak yang memandang dengan 'sebelah mata' sahaja segala jasa yang dicurahkan anggota tentera kepada negara dan rakyat jelata. 

Ramai yang tidak tahu (tidak mahu?) menghargai jasa dan bakti anggota tentera . . . walaupun mereka yang di dalam institusi ketenteraan telah sering memberikan maklumat tentang kerjaya tentera . . . dan paling penting anggota tentera sendiri telah bertungkus lumus dan bermati-matian memberikan khidmat sehingga tahap mempertaruhkan jiwa mereka untuk kepentingan orang lain.  





























Khidmat bakti yang anggota tentera curahkan semata-mata untuk memastikan rakyat di tanah tumpah darah ini dapat tidur dengan nyenyak dan hidup dengan penuh keamanan dan kesentosaan sentiasa!  
   



















































































Tak kenal maka tak cinta! Begitu kata-kata hikmat orang tua-tua kita sejak dahulu. 


Betapa tepatnya kata-kata tersebut dapat kita ukur andai kita prihatin terhadap sikap yang ditunjukkan khalayak dan kata-kata cacian yang dilemparkan setengah-setengah mereka yang bersikap negatif terhadap angkatan tentera negara mereka sendiri! 


Maka . . . salah satu cara mudah untuk belajar menghargai jasa dan sumbangan khidmat angkatan tentera kita ialah melalui sokongan-sokongan awalan yang kecil-kecilan terhadap mereka.


Sokongan moral dan material kemudiannya pasti meningkat setelah kita berpandangan semakin positif terhadap angkatan tentera kita. Renungkanlah.

Ternyata pada akhir lawatan . . . banyak yang dapat penulis cerapkan ke dalam minda sebagai bahan pengetahuan tambahan yang lebih jelas lagi sahih.
    
Pada keseluruhannya, penulis amat berpuas hati dengan hasil lawatan ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson pada Sabtu 19 April lalu.  


Namun . . . masih ada 'cumanya'.  Penulis 'cuma' mahu mencatatkan rasa sedikit terkilan tidak dapat mengalami keseronokan menyaksikan persembahan audio visual "Pepper Ghost" (hologram) dan tidak dapat merasai suasana malam hari di pelabuhan Kota Melaka dsb . . . akibat kegagalan fungsi / kecacatan teknik.














Diharapkan kerja-kerja pemulihan / penyenggaraan boleh dilaksanakan secepat mungkin agar 'kecacatan' ini diatasi segera dan para pengunjung Muzium Tentera Darat akan terus dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang tersedia. 


'Kapsul Masa' kelihatan sangat menarik. Namun peredaran waktu countdown biarlah tepat.











Semoga waktu pembukaan 'kapsul' pada 1 Mac 2033 kelak tidak terawal atau terlewat walau sehari pun.  


Beberapa aspek sikap dan kesungguhan hati serta ketinggian semangat anggota tentera darat sendiri timbul menjadi tanda tanya di dalam fikiran penulis ketika melihat-lihat pameran di muzium ini. 

Sudahkah atau pernahkah mereka itu pergi menyaksikan pameran di Muzium Tentera Darat, Port Dickson?


Sekurang-kurangnya sebagai tanda sokongan terhadap aset dan aktiviti pihak institusi mereka sendiri. 

Atau, satu pertanyaan yang mungkin tidak kena pada tempatnya . . . tahukah mereka Muzium Tentera Darat ini wujud? 

Mungkin suatu cara galakan (arahan halus?) dapat dilaksanakan / dikeluarkan oleh pihak berwajib Tentera Darat (khasnya kepada anggota baru) mengharuskan mereka mengunjungi Muzium Tentera Darat ini sebagai langkah awal mengenali sejarah dan aktiviti golongan mereka sendiri. Sudah kenal baru sayang!

Akhirnya ada satu persoalan kecil yang terlintas di minda penulis. Mengapa tidak dikenakan sedikit bayaran masuk (nominal sahaja) ke Muzium Tentera Darat ini? Mungkin ikhtiar ini dapat juga menampung sedikit sebanyak kos penyenggaraan "in the long run".

Lagi pun . . . sudah menjadi semacam lumrah perangai manusia. Mereka lebih menghargai sesuatu kemudahan apabila terpaksa membayar untuk menikmati kemudahan itu berbanding kalau mereka mudah mendapatkannya secara percuma! Wallahuaklam.


Penulis ingin merakamkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan kunjungan penulis ke tempat ini penuh bermakna. 


Kunjungan penulis ke sini hari ini pasti menjadi kenangan peribadi yang cukup bermakna buat diri penulis.

Kenangan yang berlanjutan untuk sesuatu jangka waktu yang berpanjangan.



































































































Penulis mohon kemaafan andainya ada pandangan penulis yang tidak disenangi mana-mana pihak.




















Semua pandangan penulis bersifat amat peribadi . . .  dikemukakan tanpa sebarang prasangka . . . dan tanpa niat menuding jari untuk menyalahkan sesiapa.

Wassalam.  


Nota n Penghargaan:

1.[Catatan seterusnya (ketiga dalam siri kunjungan ke Muzium Tentera Darat ini) akan menyusul. . . ]


2.[Terima kasih Marlyana Haniz kerana merakamkan foto-foto kunjungan yang menghiasi siaran blog kali ini.]





bamuda
dsuarang.blogspot.com