Wednesday, October 15, 2014

Suasana Dalam DTC






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Hari Konvokesyen Roy



Buat kesekian kalinya sejak tahun 1977 penulis diizinkan Allah SWT menjejakkan kaki ke dalam Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya untuk menyaksikan Istiadat Konvokesyen. 






Sesungguhnya ini kali ke-5 penulis menghadiri majlis yang sentiasa gilang-gemilang lagi penuh tradisi ini. 

Kali ini penulis menemani Anum menyaksikan Roy dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang oleh Canselor Keempat Universiti Malaya dalam Istiadat Konvokesyen 2014.










{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}








{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}



































































































Istiadat bermula dengan Pemasyhuran Cancelor dan Pelantikan Pro-Canselor.










{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}














{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}
















{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}
















{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}























Selepas itu Canselor menyampaikan ijazah kehormat kepada dua orang penerima. Mereka ialah Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar yang dianugerahkan ijazah Doktor Hubungan Antarabangsa dan Datuk Rasammah Naomi Bhupalan Rajendram Nee Navarednam yang menerima ijazah Doktor Pendidikan.
























{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}








{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}























{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}


















Kemudian berlangsung pula acara penyampaian Anugerah Pelajaran DiRaja oleh Canselor kepada dua pelajar paling cemerlang sepanjang sesi pengajian mereka di Universiti ini iaitu Izhar Mustaqin Madisa dan Lim Dwei Wen.















{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}







{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}














{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}























Setelah para graduan dianugerahkan Ijazah Kedoktoran mereka masing-masing . . . tibalah giliran para graduan Sarjana pula naik ke pentas untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana mereka.












Inilah saat yang ditunggu-tunggu Royhai'zam bin Basri. Inilah juga ketika yang dinanti-nantikan Anum (speaking omputih sikit = Roy's better half  . . .  yang sentiasa memberi sokongan padu) serta juga ahli-ahli keluarga yang lainnya. 










{Keratan drpd Buku Konvokesyen 2014 Universiti Malaya}




Tahniah Roy . . . berkat usaha dengan penuh tekun dan yakin . . . inilah hasilnya. Alhamdulillah. Teruskan usaha begini . . . puncak kejayaan pasti dapat digenggam.




































































Penulis tumpang gembira merayakan detik-detik kegemilangan ahli keluarga seperti ini. 

Sesuatu yang ingin penulis sampaikan untuk ingatan bersama . . . sentiasalah bersyukur kepada Allah SWT atas segala anugerah-NYA kepada kita.



Banyak baiknya kita contohi resmi padi . . . semakin tunduk setelah semakin berisi. 



































Akhirnya . . . Bahagian Pertama sesi pagi Isnin 13 Oktober bagi Istiadat Konvokesyen 2014 ditangguhkan.

Canselor dan ahli-ahli Perarakan Besar melangkah turun dari pentas dan bergerak keluar dewan. Tugas mereka telah terlaksana dengan jayanya. 




















































































Para hadirin yang telah berada di DTC sejak awal pagi hari ini berpuas hati dan bergembira dapat menyaksikan individu yang mereka sayangi mengalami saat-saat yang sungguh bermakna dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan masing-masing. 













Mudah-mudahan lebih ramai lagi ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan anak bangsa penulis akan terus berjaya menggapai tahap pengajian di peringkat yang lebih tinggi.



Tahniah Roy . . . Tahniah Anum 
 Tahniah Semua. 








bamuda
dsuarang.blogspot.com