Profile

My photo
yeah . . . just another blogger ... Alumnus VI KL; MU KL Retiree since 2001 Former workplaces : Public Services Commission, Malaysia. Ministry of Education, Malaysia. Oxford University Press. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.; Gapura Cita Sdn Bhd. Positions before retirement: Translator, Editor, Editorial Manager, Director, Publishing Consultant. Principle: Likes to live simple....... and will stay simple.

Saturday, February 4, 2017

Anak Merbok Jadi Orang







Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera







Dari Permatang ke Tengah Gelanggang





"Dia ni asyik ke sana ke mari aje . . . kejap sini kejap overseas. Tak tahu penat agaknya."

"Alah, apa nak herankan. Dah tugas dan rezeki dia. Kena 'pikul' dan 'kayuh' sajalah."


Begitu yang biasa aku dengar kawan-kawan dan sanak saudaranya bercakap tentangnya sepanjang aku mengenalinya.

Dan suatu hari . . . ketika pulang ke tanah air dari Kanada sekitar tahun 1995 Basri memberi kepadaku sekeping CD lagu country Inggeris. 

Penulis yang memang sejak lama sukakan lagu-lagu dalam genre ini tentulah senang menerima pemberiannya itu.



CD lagu itu merupakan album yang dihasilkan seorang artis kelahiran Texas. Namanya Tracy Byrd. Tajuk albumnya No Ordinary Man.


Apabila difikir-fikirkan semula . . . judul album itu seperti ada kaitan dengan karakter yang menjadi fokus penulisan kali ini!











Bertolak daripada peristiwa ini maka penulis memulakan penceritaan tentang insan yang bernama . . . Basri bin Omar. Insan 'no ordinary man'!









Basri bin Omar dilahirkan di Merbok, Kedah pada 22 Mei 1952. Beliau bertiga beradik. Dua lelaki dan seorang perempuan.












Kedua-dua ibu dan bapa Basri juga berasal dari Kedah. Jadi mereka ini keluarga Kedah jati.


Ibu Basri, Hjh Kholijah bt Hj Othman ketika itu seorang penjual kuih manakala bapanya, Hj Omar bin Hj Ismail bekerja sebagai buruh kilang padi.


Basri mula belajar dalam darjah satu sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Merbok, Kedah pada tahun 1959. 

Kemudian dari tahun 1960 - 1964 beliau berpindah belajar di Sekolah Kebangsaan Pendang hingga ke darjah enam.










Sijil Tamat Sekolah Rendah



Murid yang menjalani hidup secara serba 'sederhana' bersama keluarga yang sentiasa bertawakal kepada Allah untuk meneruskan sebuah kehidupan, kemudiannya terpilih untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah menengah terkenal di Ipoh.


Pencapaian akademik Basri yang baik telah membolehkannya mendapat tempat belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dari Februari 1965 hingga Disember 1970 (Tkt Khas - Tkt Lima).


Menurut Basri, apabila ditawarkan peluang belajar di STAR, Ipoh beliau pada mulanya "agak keberatan hendak meninggalkan keluarga tetapi kerana keinginan yang kuat untuk menimba ilmu dan demi kesejahteraan masa depan buat diri dan keluarga, hati terpaksa ditabahkan, langkah tetap digerakkan!"


Tambahan pula Basri sedar bahawa peluang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh sehebat STAR tidak mungkin sentiasa terbuka bagi anak desa sepertinya . . . anak seorang buruh pula!


STAR merupakan sebuah sekolah menengah Melayu yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah sekolah ini bermula pada 2 Januari 1957 tetapi ketika itu dikenali sebagai Malay Secondary School, Ipoh.


Pada peringkat awal penubuhannya STAR ditumpangkan sementara di lima buah bangunan yang pernah digunakan oleh pasukan Askar Melayu sebagai tempat pentadbiran, tempat tinggal dan tempat simpanan barangan di Baeza Avenue, Ipoh.


Pada tahun 1958 barulah STAR mendapat bangunannya sendiri dan berpindah ke bangunan itu di Tiger Lane (kini Jalan Sultan Azlan Shah), Ipoh.


Dari sinilah mula terbukti kemampuan dan kehebatan para pelajar sekolah ini melalui pencapaian cemerlang para lulusannya yang berjaya dengan gemilang menempatkan diri sebagai warga yang terbilang dalam berbagai bidang keperluan negara.


Sepanjang enam tahun berada di STAR, Basri berpeluang menunjukkan kebolehannya dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikular serta sukan.















































Pada tahun 1969 dan 1970 Basri menjadi Prefect (Pengawas) dan Penolong Ketua Rumah Merah.


Basri juga pernah menjadi Ketua, Pasukan Bolasepak STAR (1970) dan mewakili Pasukan Ragbi STAR pada tahun 1969 dan 1970.




































Basri pernah bercerita kepada penulis bagaimana beliau kerap bergelumang lecah bermandi lumpur apabila training ragbi di tengah sawah (bendang) bersama rakan-rakan sebaya di kampung dahulu!



Basri terdedah kepada banyak nilai positif selama di STAR. Beliau sudah tentu juga mempraktikkan segala pengalaman yang diperolehnya sepanjang tempoh itu untuk dijadikan bekalan hidup di dunia luar yang pasti lebih real dan mencabar kelak.















Tamat Sekolah Menengah dengan mendapat testimonial baik 





Satu kisah awal yang mempamerkan keberanian Basri menghadapi kenyataan terjadi ketika beliau menuntut di STAR. Peristiwa berlaku pada tahun 1969.


Basri dan Mohamad Deraman seorang pelajar dari Kelantan telah dihukum oleh Encik Khalid Halim (kini bergelar Dato') Guru Besar STAR ketika itu atas satu kesalahan.


Kedua-dua pelajar yang terlibat itu dihukum memohon maaf secara terbuka (public apology) kepada Daud Darus aka Daud Tulang seorang Pengawas yang telah diejek dan diperli Basri dan Mohamad Deraman.



Perbuatan mengejek dan memerli itu berlaku kerana Daud telah 'menangkap' kedua-dua murid 'nakal' yang cuba 'tuang' (ponteng) suatu aktiviti perbahasan (debat) di Dewan sekolah.


Permohonan maaf secara terbuka itu diperintahkan Master Khalid dibuat dalam Perhimpunan Sekolah! 

Alangkah memalukan jika ini mesti terjadi, fikir Basri.


Oleh itu Basri membuat keputusan berjumpa dengan Master Khalid (walau pun dengan perasaan 'gerun' juga) untuk memohon agar hukuman yang telah dijatuhkan terhadap mereka berdua itu diringankan.


Basri mencekalkan hatinya. Basri percaya kesalahan yang dilakukan mereka tidaklah memudaratkan sangat.


Master Khalid Halim amat terkenal sebagai Guru Besar yang mengutamakan disiplin. Kepada beliau 'berhemah tinggi' adalah suatu sifat yang wajib wujud dalam diri setiap orang. Beliau juga memang seorang yang amat tegas pendiriannya.


Pendekkan cerita, Guru Besar yang dianggap murid-murid STAR ketika itu sebagai seorang yang 'garang' malah sampai ke tahap 'bengis' itu rupa-rupanya adalah seorang yang amat 'manusiawi' jiwanya.


Basri mengemukakan rayuannya lengkap dengan sebab musabab kesalahan berlaku. 

Guru Besar mempertimbangkan rayuan itu berdasarkan fakta dan tahap berat kesalahan yang dilakukan!


Master Khalid akhirnya membenarkan permohonan maaf itu dibuat di hadapan Prefect's Board di bilik Prefect sahaja. Lega!


Maka Basri telah pada peringkat awal lagi dalam kehidupannya mempraktikkan suatu nilai terpuji yang memang wujud dalam dirinya. Beliau tidak takut menghadapi kenyataan, dengan perasaan yang terbuka dan hati yang jujur.

Antara nilai-nilai terpuji lain yang diserap Basri hingga kini ialah 'kemampuan berdikari', 'semangat kesetiakawanan', 'mengutamakan kebersihan', 'menepati waktu', 'berusaha gigih', 'menitikberatkan keseragaman', 'menghormati orang, 'menghargai budi', 'semangat kekitaan atau berpasukan', dan 'berdaya kepimpinan'.







Alma Mater yang tidak mungkin dilupakan









Jasa Guru Tetap Dikenang

Basri bersama Cikgu Lau Hut Yee aka Pak Lau
 Disember 2015








(14 Mei 1958)


Pak Lau ketika aktif sebagai Guru St John's Ambulance menyambut ketibaanTunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama sempena upacara perasmian STAR Ipoh



Dan . . . hasil daripada penerapan nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada segala asuhan dan latihan, pelajaran dan pendidikan serta bimbingan dan tunjuk ajar yang penuh berdisiplin diterimanya di STAR Ipoh, Basri berjaya menceburi bidang ketenteraan (Jun 1971 - Mei 2005).












Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai pemerintah 




Beliau ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda (Lt M) pada 14 April 1972 dan terus maju dalam kerjayanya sehingga bersara sebagai Leftenan Kolonel (Lt Kol) pada 21 Mei 2005.






Ensuring everything's perfect for a King 









Serah - Terima Tugas Ketua Jurutera 2002




Atas kesetiaannya kepada negara dan keberaniannya menentang dan menghapuskan pengganas komunis . . . hinggakan nyawa beliau sendiri terancam hebat . . . beliau telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 2 Jun 1976 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong .













Watikah PGB yg diterima Basri Omar





Basri telah berkhidmat dengan penuh gigih dan setia selama 34 tahun sebagai Pegawai Jurutera dalam Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).


Beliau sanggup ke mana saja atas nama menjalankan tugas mulia untuk negara. Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa yang telah beliau curahkan.





















Tugas tak mengira waktu dan tempat . . . berkhidmat dengan bijak dan jujur jadi pegangan.







Australia 1994






NBC Visit UK - 1985






Di Kg Aman 3 - Selatan Thailand 1990 (bersama A Rashid Maidin)








UNTAC Cambodia-Thailand border '93







Tragedi 25 April 1976 (Ops Gubir 2)

LKpl Abdullah bin Majid terkorban dan Lt Muda Basri bin Omar tercedera parah
 akibat terkena letupan jerangkap samar 








Banding 2004







Penghargaan drpd mantan Menteri Pertahanan
kini Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak







Keluaran Sulung Gaya Tentera







Bersalaman dengan
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
pada Hari Pahlawan



Sehingga saat artikel ini ditulis, Basri merupakan satu-satunya bekas pelajar STAR dan Pegawai RAJD yang menerima anugerah PGB. Satu pencapaian yang amat membanggakan!









Kudos ...
  Basri  menerima pingat drpd DYMM Sultan Perak









Lt Kol Hj Basri Omar PGB (Bersara) bersama isteri beliau
 Pn Hjh Zawiyah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar








Basri dan Zawiyah
31 Ogos 2016









Hari Pahlawan 2016


Sejak kecil lagi Basri amat rapat dengan ibu bapa serta adik beradiknya.

Beliau juga amat mementingkan dan memelihara silaturahim yang erat dengan ahli-ahli keluarga terdekat dan sanak saudara lain.

Begitu juga cara persahabatan yang jujur diamalkannya dengan semua rakan dan sahabat handai.














Basri ketika zaman kanak-kanak bersama ahli-ahli keluarga
di Botanical Gardens Penang, 1956



Kemesraan ini dapat dilihat berterusan hingga kini. Basri sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada dirinya sendiri.









Dengan geng lama . . . STAROBA









Reunion Form Five '65
Feb 2010



Basri bernikah dengan seorang gadis manis dari Yan, Kedah . . . Siti Zawiyah bt Abdul Aziz, pada 24 November 1977.




Pasangan ini dikurniakan Allah SWT lima orang cahaya mata. Tiga lelaki dua perempuan.







Foto 2006




Penulis dapat memerhati dan mengamati bahawa Basri telah mendidik anak-anaknya dan membimbing keluarganya dengan penuh kasih sayang dan pengertian (walau pun kadang kala tidak dapat disorokkan 'ketegasan' dan 'disiplin' ala tenteranya).



Budaya tegas dan penuh disiplin yang ditunjukkan Basri tidaklah menghairankan. Sikap bertanggung jawab, peka dan prihatin terhadap sesuatu yang berlaku di alam sekelilingnya telah tersemai dan terpupuk dalam jiwanya sejak lama.


"This man has obviously had a very good upbringing..." kata jiran omputih penulis, yang memang suka menyampuk apabila orang bercerita!


Penulis bersetuju dengan si jiran omputih ini. Basri telah diasuh dengan cukup 'baik' oleh kedua-dua ibu dan bapanya sejak zaman kanak-kanak lagi.


Kemudian Basri, anak Merbok ini, ke STAR pula . . . dapat lagi berbagai asuhan yang berkualiti untuk jadi 'orang'.

Akhirnya masuk askar. Dapat asuhan, latihan dan pengalaman ketenteraan . . . dengan segala orders dan details serta disiplinnya yang perlu dilaksanakan dan paling penting dipatuhi. Memang patut jadi 'orang'!


Sejuk perut bonda Hjh Kholijah bt Hj Othman mengandung dan melahirkan putera yang kini bergelar Lt Kol Hj Basri bin Hj Omar PGB (Bersara).


Ternyata, segala penat lelah serta susah payah seorang ayah ... Hj Omar bin Hj Ismail ... membimbing puteranya Basri juga tidak sia-sia. 











Anak Merbok dah jadi Orang!









bamuda
dsuarang.blogspot.com