Thursday, February 23, 2012

Cerita Bergambar (2)





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Pupusnya Sebuah Kastil


Kisah ini sepatutnya terbit lebih awal daripada Cerita Bergambar (1). Disebabkan beberapa masalah teknikal . . . baru hari ini dapat diterbitkan.

Kisah ini tidaklah sehebat lagenda The Lost City of Atlantis . . . Ceritanya cuma tentang pupusnya sebuah kastil atau istana kota . . . itu pun kastil mainan. Bagaimana berlakunya kepupusan itu? Mari kita ke TKP (Tempat Kejadian Peristiwa) mengambil tagline sebuah rancangan tv luar negara yang sedang popular di tanah air kita sekarang.

Di kastil inilah, pada pagi hari Isnin 13 Februari 2012, cucu sulung teman . . . si Ahmad Iman Iskandar aka Amad (Aii) . . . sedang tekun menjalankan aktiviti membaca bukunya.









Amad . . . sebagaimana dia dikenali di dunia sebelah sini . . . gembira duduk relaks atau berbaring sambil menikmati bahan kandungan buku yang ditatapnya.

Dia terus sahaja memegang dan membelek-belek buku itu tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya. Suasana tenang.

Tiba-tiba Amad bangun dan berlari keluar. Dia meninggalkan kastil dengan tergesa-gesa. Mengapa agaknya? Tak tahulah teman akan sebabnya . . .








Apabila teman menjenguk ke ruang hadapan . . . kelihatan dua lagi cucu teman tiba. Si Ajim (Azim Muqry Basrie) dan si Umar Ilham Majid (Uim) dah tiba!

Nah . . . sebentar lagi tentu jadi gamat keadaannya . . . fikir teman. Memang tepat apa yang teman fikirkan. Amad dan Umar mula menunjukkan aksi-aksi akrobatik dan gerakan gimnastik yang luar biasa. Melompat, menerjah, berguling-guling dsb. Budak-budak le katakan!









Suara dan jeritan yang hiruk pikuk daripada keadaan sedemikian tak usahlah dihairankan lagi. Amad dan Umar sangat teruja menunjukkan skill masing-masing.

Teman macam kedengaran mereka berceloteh . . . "Enjoy while you can . . . bro," "Yeah bro, this is perfect. This is D-moment!"







Ajim kurang menyerlah aksinya. Mungkin dia tidak selesa beraktiviti sedemikian. Mungkin juga dia takut . . . he, he. Dia membawa diri . . . bersendirian.

Aktiviti dua bersepupu itu berterusan selama hampir dua jam. Amad lompat Umar tarik. Umar berguling Amad terjun. Pendeknya mereka berdua menjunam ke sana dan menjunam ke sini. Macam tak terkawal lagi pergerakan mereka . . . Sapa punya cucu-cucu ni?





Tiba-tiba teman terdengar suara nyaring Opah mereka. Alahai . . . rupanya si Opah dah terkejut melihat kastil 'berangin' itu hampir tumbang dibuat kedua-dua orang penghuni kecilnya.

Si Amad dan si Umar hampir tercampak ke atas lantai . . . hampir terkena pintu yang sedia terbuka berdekatan tempat kastil terpasang!

Apa lagi . . . si Opah pun berkata,"Buka sahaja kastil ini . . . kalau tak tahu nak bermain dengan betul!"

Tambah Opah lagi . . . " Keluarkan . . . lepaskan angin kastil ni . . . dan simpan aje bila dah kempis benda ni nanti!"






Pulang saja ibu dan bapa saudara cucu-cucu teman itu dari pejabat masing-masing pada sebelah petang . . . Opah pun menyuruh mereka melakukan dengan serta-merta kerja mengempiskan kastil yang tadinya terbina dengan gah sekali!

Maka . . . selepas itu . . . pupuslah kewujudan kastil atau istana kota berisi angin itu dari pandangan ramai. Tamatlah riwayat kastil yang baru sekali terpasang sejak dihadiahkan kepada si Amad!







Teman bernostalgia . . . mengimbas kembali kisah Atlantis yang pernah teman baca waktu dulu-dulu.


Ha ah . . . menggigit jari jadinya cucu-cucu teman yang begitu bersemangat sebagai akrobat dan ahli gimnastik pada tengah hari tadi. Tak dapatlah tunjuk bakat lagi.


Kesian juga teman melihat mereka itu . . . tapi diam-diam teman berasa lega. Aman le sikit selepas ini, he, he.





Begitu salah satu keseronokan bercucu weh. " Money can't buy . . . man," kata si jiran . . . jiran mana lagi . . . kalau tak si Omputih kat rumah teman tu le.

Teman bernostalgia dengan lagu . . . "Can't Buy Me Love" nyanyian the Beatles.



{Disclaimer: 11 foto yang dipaparkan di atas hanya merakamkan senario sebelum ketibaan dua orang sepupu si Amad di TKP. Foto-foto selepas Ajim dan Umar tiba tidak sesuai dipaparkan atas sebab-sebab teknikal. Para pembaca bayangkanlah sendiri apa dan bagaimana mungkin senarionya . Penulis bagaimana pun tidak harus dipertanggungjawabkan andainya 'bayangan' yang dibuat para pembaca nanti mengundang saman kerana berbaur 'fitnah' . . . he, he, he.}









 
dsuarang.blogspot.com