Wednesday, May 16, 2012

Nostalgia 2012 di Singapura




Assalamualaikum 
(al-Fatihah buat saudaraku Hj Aeji Karmak yg telah pergi dahulu )


 Arab Street & Masjid Sultan


Petang Ahad 6 Mei 2012. Aku dan ahli-ahli keluargaku Alimah, Mazlyn, Marlyana, Afzan dan Ahmad Iman Iskandar berkesempatan mengunjungi Arab Street dan Sultan Mosque (Masjid Sultan) yang berhampiran.

Daerah-daerah di Singapura sebelah sini memang menjadi tempat yang banyak menyimpan kenangan buat diriku. Tahun-tahun 1960-an membawa kepada tahun-tahun 1990-an. Dari aku mula mengunjungi Singapura sebagai seorang muda yang suka melancong hinggalah ketikanya aku menjalankan tugas rasmi penerbitan di sana. Aku sering ke daerah ini.

Dalam kunjunganku kali ini aku tertarik melihat deretan bangunan kedai yang masih terpelihara. Seni bangunannya yang asal seperti yang terdapat pada zaman-zaman dahulu! Sungguh nostalgik.






Arab Street, Singapura yang aku kenali sejak dulu . . . 





Masih seperti dahulu . Cuma . . .
di daerah luar sana . . .  tentulah banyak skyscrapers moden . . .  lambang negara maju!







Apa pun . . . posing sajalah untuk kenang-kenangan . . .



Satu . . .




Dua  ..........................................................Tiga - Pose bersama: Alyn, Amad, penulis




Tiga generasi



Di sebuah gedung kasa robia
  Penulis, Amad dan Alyn



Berada di Arab Street pada petang itu aku rasakan seperti  berada di Arab Street pada waktu-waktu lalu. Masjid Sultan pula aku lihat masih seperti dahulu . . .  walaupun . . . aku percaya berbagai bentuk pengubahsuaian telah dilakukan ke atasnya.

Sesungguhnya aku perhatikan . . . kawasan sekeliling daerah ini telah menjalani pembangunan yang amat pesat. Namun, aku senang masih dapat mengecam Arab Street dan Masjid Sultan (yang kelihatan sedang mengalami kerja-kerja pengubahsuaian lagi) . . . walaupun kawasan sekitarnya kini megah dengan banyak bangunan pencakar langit yang baru.






Lyana dan Hafzan tidak melepaskan peluang . . . shopping ke window shopping aje?





Meninjau ke beberapa buah kedai kain yang menimbulkan kenangan masa lalu . . . dak Amad tu pun nak mula mengukir kenangan awal ke?




Tanda SALE tu . . . untuk kain le . . . bukan penulis. Dah tak laku pun!





Jom ke tempat lain lak . . .




Ha . . . jalan ke arah Masjid Sultan . . .





Tanda jalannya sahaja yang ketara berubah. Bangunan lama sekelilingnya terpelihara.




Dulu aku sering ke sini . . .





Dari kiri: Alimah, penulis, Lyana



Aku harap pihak pemerintah Singapura mengekalkan dasar pewujudan tempat atau kawasan bernostalgia tinggi sebegini.

Sekurang-kurangnya dengan terpeliharanya daerah-daerah seperti ini di Singapura . . . para pelancong lama seperti aku . . . tidaklah akan amat terasa berada di sebuah negara yang terlalu asing . . . setiap kali mengunjungi  pulau yang berjiran rapat dengan tanah airku . . . baik dari segi jarak mahupun sejarahnya!







Kiri: Tuan Hj Aeji Karmak ................................... Kanan: Pn Hjh Salehah Karim




Pn Hjh Aida Sani



Penghargaan yang tinggi kami sekeluarga tujukan kepada Tuan Hj Aeji Karmak dan isteri beliau Pn Hjh Salehah Karim dan juga kepada Pn Hjh Aida Sani kerana sudi menemani kami dalam kunjungan ke Arab Street dan Masjid Sultan itu. Terima kasih daun keladi.


















Amad didukungi Mak Cu Lyana




Dari kiri: Salehah, Aida, Alimah, penulis, Aeji

















Dari kiri: Salehah, Aida, Alimah, penulis, Aeji




Dari kiri: Lyana, Alyn (memegang Amad), 
Salehah, Aida, Alimah, penulis, Aeji

















Dari kiri: Afzan, Alyn (memegang Amad), 
Salehah, Aida, Alimah, penulis, Aeji



Insya-Allah kita dapat berjumpa lagi dalam keadaan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan pada masa-masa akan datang. Amin. 


Bamuda
dsuarang.blogspot.com