Saturday, July 28, 2012

Jurugambar Amatur


FRIDAY, 27 JULY 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


 Amatur pun amaturlah . . .


Ketika mencari-cari beberapa keping gambar lama yang ingin penulis lekatkan ke dalam buku skrap peribadi . . . penulis terlihat akan foto-foto (tertera di bawah) yang diambil sendiri oleh ahli-ahli keluarga penulis di rumah.

Signifikannya . . . pengambilan foto-foto ini . . . baru dapat dilaksanakan pada sebelah pagi Ahad 23 Oktober, 2011 . . . (walaupun telah dirancangkan . . . sebelum tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 lagi) . . .  dan pada petangnya selepas waktu asar . . . penulis dan isteri perlu pula terus ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya untuk berlepas ke Tanah Suci Mekah kerana menunaikan rukun Islam ke-5.

Begitu kehendak Allah swt. Alhamdulillah. Kami akur kami bersyukur.

Kisah yang diceritakan ini  bermula apabila kami sekeluarga berbincang-bincang tentang acara mengambil gambar keluarga pada musim raya tahun  2011.

Biasanya . . . pada setiap musim Hari Raya Aidilfitri . . .  kami sekeluarga akan pergi ke studio gambar untuk merakamkan foto keluarga. Tetapi kali ini . . . kami inginkan sedikit kelainan.

"Raya tahun ni . . . kita ambil gambar di rumah saja. Setiap tahun kita asyik ke studio gambar untuk merakamkan foto keluarga. Dah jemu pula rasanya . . ."

Rata-rata . . . begitulah pandangan majoriti ahli keluarga kami . Namun ada juga terselit suara-suara protes.  Alasannya, kita bukan 'pandai' sangat mengambil gambar seperti yang dilakukan orang di studio gambar itu. 

"Alah tak syoklah . . . Tak ada sentuhan profesional. Amatur sahaja!"

Hari Raya Aidifitri tahun 2011 jatuh pada Selasa 30 Ogos 2011. Pengambilan gambar keluarga tertangguh-tangguh sehingga bulan Oktober. 

Amatur pun amaturlah! Janji kali ini kita sendiri yang ambil foto keluarga di rumah. Tak perlu susah-susah ke studio gambar.

Lagi pun . . . apalah guna memiliki kamera sendiri (yang kononnya canggih) . . . jika tiada keberanian mencuba   kapasiti kecanggihannya itu.  

Maka inilah hasilnya. Suka-suka sahaja. Dah terlewat pun siarannya ini. 



Shoot, shoot and shoot . . . suka hati kita . . .













1



2













3


4












5


6













7



8

9



10



Semua di atas: 
Aksi-aksi awal bersedia untuk bergambar . . . 



Berapa frame dah take ni?




Depan dari kiri:
 Anum (pangku Ajim), Liza (pangku Umar), Alimah, 
Maimunah, Alyn (pangku Amad), Fini (pangku Dian)

Belakang dari kiri: 
E, Ana, Roy, Halmy, Penulis, Shidi, Halim, Afzan

















Spot the difference (s) . . . throughout . . . 





























































































Done . . . ok


Mujur penulis 'terserempak' dengan foto-foto 'arkib' ini. Jika 'terlepas  pandang' akan kewujudannya,  mungkin 'lenyap' begitu sahaja gambar-gambar ini . . . tanpa dimanfaatkan apa-apa pun!


******

TUESDAY, 7 AUGUST 2012









******
[Foto-foto di atas telah diedit . . . dan . . . jiran Omputih teman sempat lagi menyampuk . . . dengan menyarankan: 

" Have fun spotting the difference again man." 

" Eh tak kosa teman . . . banyak keghoja lain weh!" sahut Pak Yeop.]  




Aksi-aksi santai selepas puas mengambil gambar . . .






























































Amatur pun amaturlah! Janji puas hati dapat memaparkan gambar-gambar keluarga yang dihasilkan tanpa bantuan 'profesional' . . . dan terhasilnya pula . . . di rumah kami sendiri!  

["Home grown stuff. . .," bisik jiran Omputih . . . siapa lagi!]



Bamuda
dsuarang.blogspot.com