Tuesday, January 3, 2012

Geylang Si Paku Geylang



 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

Kisah Berangkat Pulang


Setelah keseluruhan waktu kira-kira 43 hari berada di Kingdom of Saudi Arabia . . . lebih tepat lagi di Jeddah, Makkah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Madinah . . . maka tibalah tempohnya kami para tetamu Allah yang disyaratkan berkampung di tempat-tempat tersebut dalam usaha mencari keredaan-NYA . . . harus berangkat pulang . . . ke tempat tinggal masing-masing di tanah air sendiri.






Pada hari Ahad 4 Disember 2011, kami ahli rombongan KT 70 jemaah haji diberi taklimat tentang persediaan untuk pulang pada keesokan harinya . . . 5 Disember 2011.











Kami bertolak dengan bas dari Hotel Movenpick di Madinah pada hari Isnin 5 Disember 2011 jam 1:20 pagi dan sampai di airport Madinah pada kira-kira jam 1:50 pagi. Tiba di sana kami melalui proses imigresen dan urusan timbang menimbang dan periksa memeriksa yang hanya selesai selepas waktu solat subuh pada jam 5:29 pagi.





Hj Abdul Halim Ahmad (Ipoh) dan Hj Kamarudin Abdullah (Johor Bahru) menunggu waktu berangkat ke airport Madinah. Dah larut malam sangat ni . . .  Penat ke packing barang-barang tadi Ji? Takpe le . . . berbaloi . . .



Bergambar beramai-ramai bersama Tuan Hj Mohd Noor Yaakob, Pen Pengurus THTS Wilayah Utara merangkap Ketua Bangunan (yg paling tinggi dan mucho tu  le . . .) sementara menunggu bagasi dinaikkan ke atas bas untuk ke airport Madinah. Waktu dah hampir subuh . . . ooi



Lagi foto untuk mengenangkan tempat tinggal ketika di Madinah. Kiri: Penulis, Hj Mohd Shah, Hj Mohd Noor, Hj Kamarudin.   Kanan: Penulis, Hj Abdul Halim, Hj Mohd Noor, Hj Kamarudin. Semua nampak mengantuk dan kesejukan aje . . . Ye le . . . selagi tak lepas airport . . . kawan bimbang gek . . . excess baggage man!



Kiri: Relaks le Ji (Hj Halim) . . . Kalo lebih beban sangat kang kita bayo je le! Kalo tak tebayo . . . kita tinggekan je kat Pak Arab yang buat koje timbang-menimbang tu . . . Baru padan muka Pak Arab tu . . . (ke muka kita?)  Kanan: Penulis dan Hj Mohd Noor . . . masuk tangan dalam kocek nampak . . . sebenonya dah ngeletor sejok!



Kata-kata semangat saling beri memberi di antara ketiga-tiga Haji yang ada dalam foto (untuk mententeramkan hati masing-masing ke?) . . . sambil itu . . . bagasi dinaikkan ke atas atap bas . . . Tahan ke tu?


Pada jam 7:50 pagi barulah kami ahli rombongan KT 70 berlepas ke KLIA dengan pesawat Saudi Arabian Air (SV 5100). Kami tiba di KLIA pada jam 8:30 malam (satu setengah jam lebih awal daripada waktu kami dijangka tiba yakni 10: 00 malam.)


Kiri: Dah sampai airport Madinah. Wah . . .  Hj Halim dan Hj Mohd Hishamudin Muda (K T'ganu) tersenyum . . . bergayut pun bergayutlah. Janji dapat sampai ke tempat menaiki pesawat nanti. Kanan: Ha ah . . . Hjh Alimah dan Hjh Norziera Ngah (K T'ganu) pula tersenyum lebih lebar lagi . . . maklum dapat duduk . . . tak payah bergayut le. (Penulis yang ambil foto ni kena jadi 'kelawar' juga! . . .)



Alhamdulillah dah tiba di KLIA. Hjh ok ke? Dah sampai tanah air sendiri tentu le ok ye tak? Dah tu nak jumpa cucu-cucu lak . . .  ha ah! Badan je kat KLIA tu kot . . . Perasaan dah kat rumah . . . heh . . .


Alhamdulillah. Segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT buat kami. Banyak kenangan yang mengusik jiwa kami ahli jemaah haji 1432 H . Kenangan yang tidak akan dapat kami lupakan sehingga ke akhir ayat.




Kiri: Para jemaah Haji sibuk bergerak ke tempat menunggu bagasi. Tak sabar nak dapatkan bagasi masing-masing . . . he, he sabar Ji . . .  Kanan: Tuan Hj Mohd Al Kharid Maiden dari Pekan Meru, Selangor. Hj Mohd Al Kharid duduk bersebelahan penulis sepanjang penerbangan pesawat dari airport Madinah sampai KLIA. Semoga kita berjumpa lagi dan perkenalan ini terus berpanjangan. Amin.



Kiri: Hjh Alimah, Hjh Rahmah, Hjh Aishah dan Hjh Norziera (Siti Norhaliza?) gembira dah tiba di KLIA. Kanan: Hj Salleh pun turut gembira dah tiba KLIA . . . tapi ada second leg ke Kota Kinabalu . . . bah! Handyman kita ni tentu no problem punya . . .



2 hajah masih menunggu bagasi di KLIA. Oh itu ada datang seorang lagi. . .  Hjh Juliah pun tunggu sama ye . . . Takpe le . . . ramai-ramai lagi baik . . . tak boring sangat! 



Ha . . .  ini dua orang muda . . . steady je tunggu bagasi di KLIA. Alahai, apa nak kelam kabut ye tak? Bukan jauh sangat lagi ke KT tu. Hj Hishamudin dan Hjh Norziera mampu tersenyum terus walaupun agak keletihan setelah begitu aktif mengerjakan tuntutan rukun Islam ke-5 . . . beribadat terus-terusan . . . dan mengharungi perjalanan jauh dan . . .   dan (dgn nada perlahan) . . . bershopping le . . . {Ha aha  Ji . . . tak sia-sia le alat penimbang yang terputus coil petunjuknya itu . . . Mungkin Pak Arab kat airport Madinah yang patut check berat bagasi kita tu dah confused . . . atau takut alat penimbang mereka pulak yang akan rosak nanti . . . jika diteruskan proses timbang-menimbang itu!




Foto Kiri: Hjh Alimah dan Hjh Juliah di KLIA     Foto Kanan: Hj Abdul Manaf Ibrahim dan Hj Salleh Ibrahim (bukan adik beradik cuma 'sepusat sepusing' saja) juga di KLIA menunggu bagasi masing-masing. Sabar Ji . . . Ha kan dah dapat bagasi tu . . . Syukurlah.
 

Jeddah, Makkah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Madinah . . . kami akan terus-terusan merinduimu! Ya Allah, jemputlah kami lagi ke Tanah Suci dan Rumah-MU . . . Andainya mungkin . . . jemputlah kami selalu. Amin.




























































[ Teman bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan teman sampai ke Tanah Suci sebagai tetamu-NYA. Teman juga bersyukur kerana masih diberikan kemampuan oleh-NYA untuk megerjakan tuntutan rukun Islam ke-5 walaupun pada waktu-waktu senja hayat ini. Pesan teman kepada ahli keluarga teman sendiri khasnya . . . dan kepada sanak saudara, sahabat handai dan para pembaca amnya . . . hanyalah: Segerakanlah ke Tanah Suci untuk tujuan menunaikan kerja haji kerana banyak kebaikan dan manfaat yang dapat diraih dan dicapai ketika usia masih muda berbuat demikian.]










dsuarang.blogspot.com