Wednesday, January 13, 2016

Waktu Q?






Assalamualaikum 
n
 Selamat Sejahtera



Seloka Waktu 'Q'


Waktu Q-ku bersama keluarga . . . duduk semeja menjamu selera . . . sambil mendengar cerita harian . . . sering tersebar pada waktu makan. Ada juga ehwal semasa. Kami pun suka berkongsi cerita. Kadangkala ada kesempatan . . . wah bergosiplah atau mengumpat sakan. Bahan scoop pulak katakan! Leka kami dibuai kehangatan. Ampunilah kami wahai TUHAN!


Waktu Q-ku bersama famili. Duduk santai menonton TV . . . sambil menikmati rancangan malam . . . keluar komen yang 'makan dalam'. Rancangan hiburan paling serasi. Tak berapa segar agaknya 'motivasi pagi'. Tak apalah asal kami dapat berkumpul semua . . . satu keluarga sepakat. Mengawasi dan menghindari. Kepincangan hidup moden dalam masyarakat. 



Waktu Q-ku beramai-ramai. Memang sesuatu yang sangat bernilai. Main game segala macam. Terup, domino, congkak, catur dan dam. Bertekak sampai penat. Tak apa, silaturahim keluarga bertambah erat.


Satu lagi waktu yang berkualiti . . . apabila bercuti bersama famili. Melancong sambil bergembira . . . ke berbagai destinasi . . . cuti-cuti Malaysia.


Waktu Q-ku bersama anak isteri. Detik yang paling aku hargai ketika kami dapat berjemaah. Beramal ibadat kepada ALLAH. 

Bagiku ini waktu teristimewa. Selepas solat kami berdoa. Mohon perjalanan hidup terpelihara. Agar kami tidak dalam kerugian melalui waktu yang disia-siakan. Berkatilah keluarga kami wahai TUHAN! 




Bamuda

dsuarang.blogspot.com