Saturday, July 24, 2010

Aii Demam




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Cukup Enam Bulan


Sejak beberapa hari kebelakangan dalam seminggu dua ini aku tak berkesempatan melakukan aktiviti menulis blog. Sibuk le sikit. Bukan apa-apa cuma si Ahmad Iman Iskandar tu tiba-tiba buat banyak ragam. Peliknya selama ni Aii baik saja. Atuk dan opah tengok dia pun boleh relaks-relaks.

Alahai . . . begini kisahnya. Selepas keluar dari hospital pada hari Isnin 12 Julai 2010 Aii berperangai lain daripada biasa. Aii dimasukkan ke PCMC pada jam 3:00 pagi Sabtu 10 Julai 2010 kerana suhu badannya tinggi. Ketika di rumah sudah mencecah 39.5'C. Kami sekeluarga amat bimbang. Maklumlah pada masa sekarang bermacam-macam penyakit sedang merebak dengan agak meluas di kalangan para penduduk negara kita. Takut le kalau-kalau denggi ke, H1N1 ke, demam panas ke, selesema akibat sebarang jangkitan ke, sakit mulut atau tekak ke, dan bermacam-macam tekaan lain yang membimbangkan le!


Kesian Aii
Hilang loyar buruk 'dak demam ni


Si Aii pula asyik menangis pada waktu-waktu tertentu ketika itu. Badannya terasa panas setiap kali dia menangis. Eh . . . ada apa-apa gangguan lain ke? Eh, seram pulak. Tapi, ini bukan cerita seram. Setelah dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan yang secukupnya doktor mengesahkan Aii tidak dijangkiti sebarang penyakit yang dibimbangkan itu. Aii kena demam "viral". Begitu le kata Doktor Anna Padmavathy A/P Soosai, (Specialist Paediatrician) yang khas merawat Aii.



"He will be OK"
Begitu kata Doc Anna (kanan) kepada Mazlyn





Aii dirawat rapi . . . dan setelah beberapa hari mulai sembuh dan ceria semula.


Alhamdulillah, setelah tiga hari dirawat dengan baik dan rapi Aii pun beransur sihat dan dibenarkan pulang pada tengah hari Isnin itu ("discharged" le cakap omputihnya). Kami sekeluarga pun berasa lega. Terima kasih kepada doktor dan jururawat serta staf PCMC yang telah menjaga dan merawat Aii dengan memuaskan sekali.














Semua ahli keluarga turut mendoakan
pemulihan segera Aii seperti sedia kala


Sampai di rumah. Setelah beberapa hari dijaga rapi oleh Opah Alimah (pembantu balik negeri lak!) Aii semakin sembuh. Aii sudah sihat seperti sedia kala. Wah sudah cergas dan ceria nampaknya.Tetapi . . . bermula pula episod baru . . .

Aii kuat merengek lak . . . itu tak kena ini tak kena. Itu nak ini nak. Dah pandai "melalak" kata saudara mara Aii! Aii tunjuk perangai. Dah pandai "melekap" juga. Orang yang jadi mangsa tak lain tak bukan . . . Opah Alimah & (dengan nada sedih) yours sincerely le! Takpa lah cucu punya pasai . . . tanggung saja . . . Pak Sheikh . . .


Gaya baru Aii selepas demam

Sesudah pulang ke rumah, Aii beransur sihat.
Mulai ceria dan segar. Tapi bawa cara & gaya hidup baru ...

Mad, takkan sihat-sihat aje nak terus berblog. Nanti orang kata Atuk ajar cucu jadi nakal . . .

Sebenarnya si Aii ni asyik nak merengek dan melekap sama Opah atau Atuk. Sampai orang tak dapat buat tugas harian dengan tenang. Jadi, bila Aii senyap nampak Atuk berblog, ajak sahaja le budak ni berblog sama . . . "If you cannot beat them, join them".

Salam semua di sana . . . saya sedang berblog ni . . . lebih tepat sedang "block" Atuk
daripada berblog dengan tenang dan sempurna. . .

Ha . . . ini le yang saya enjoy (mengacau). Oops, jangan marah ya . . . saya nak join aje. Bukan nak tunjuk terror atau nakal sangat, he he


Suatu hari ketika Aii sedang bersantai (bermain-main bersendirian) di rumah . . . tiba-tiba terdengar lontaran suara yang nyaring. Rupa-rupanya Aii yang bersuara itu. Dia menyebut (dengan cara sebutan seorang bayi of course) satu dua suku kata. Kami agak tersentak mendengarnya. Bunyinya lucu tetapi tentu mengandungi erti tersendiri kepada Aii. Ucapan Aii tu berserta gerak geri yang baru juga.



Ragam Terbaru

Aii kini amat gemar bermain dengan gadgets elektronik moden.Tetapi songkok Atuk pun dia suka juga. Songkok tu jenis tinggi (ala Minang) . . . dan kalau di kampung Atuk dulu si Aii ni dah dapat nama . . . Kulop Ahmad!





Wah, relaks nampak cucu Atuk ni. Habis le songkok teman tu ... Takpe aje asalkan parents awak nanti ganti rugi Atuk . . . Mehe songkok tu weh!

Apa pun, kami semua tetap terhibur dengan telatah anak kecil yang kini (pada tarikh 20 Julai) berusia cukup enam bulan. Patutlah macam-macam sangat "kepandaian" baru (atau pada pandangan aku "perangai" baru) dipamerkan si Aii ini. Suka hati le Aii.

Moyang Maimunah si Aii pulak menyampaikan kata-kata hikmatnya tentang keadaan dan kelakuan Aii lebih kurang begini:

"Ha, ruponya kau nak boli sumo (kepandaian baru le tu) sekali Mad! Sampai domam-domam".

Begitulah kepercayaan orang lama. Setiap "kepandaian" baru si bayi mesti datang bersekali dengan demam dan sebagainya.

Aku fikir-fikirkan . . . ada juga logiknya. Untuk kita yang dewasa ini pun kira-kira begitu. Setiap kejayaan yang ingin dicapai itu mesti datang bersamanya . . . sedikit ujian kesusahan atau kesukaran terlebih dahulu!

Kata orang, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Wallahualam.



STOP PRESS





























dsuarang.blogspot.com